{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda besout - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda besout - Google Blog Search


Peneroka <b>Felda</b> Gunung <b>Besout</b> ingatlah masa susah-DS Zambry

Posted: 17 Apr 2011 08:08 PM PDT

Seramai 229 peneroka Felda Besout di Sungkai menjadi jutawan segera apabila menerima hak milik tanah ladang kelapa sawit seluas 4 hektar yang bernilai lebih kurang RM1 juta setiap seorang.

Pengeluaran hak milik itu dibuat kerajaan negeri atas dasar peneroka terbabit telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menasihati peneroka supaya tidak sewenang-wenang menjual tanah mereka dengan mempercayai tawaran-tawaran yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya walaupun polisi Felda tidak membenarkan tanah yang diberikan hak milik dipindah milik kecuali kepada waris terdekat, namun wujud pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memperdaya peneroka untuk dapatkan tanah tersebut dengan pelbagai cara lain.

"Kerajaan berharap jangan ada peneroka yang berniat menjual tanah yang diberikan ini kerana jika ini berlaku pihak tidak bertanggungjawab ini mempunyai pelbagai cara untuk dapatkan tanah ini.

"Simpanlah tanah ini buat anak dan cucu supaya masa depan mereka terjamin," katanya ketika berucap sebelum menyampaikan hak milik kepada peneroka di Dewan Semai Bakti, Felda Besout Sungkai.

Selain tanah ladang kelapa sawit, kesemua 229 peneroka itu masing-masing menerima suka ekar lagi tanah bagi tapak rumah daripada kerajaan negeri.

Sebelum itu, Dr Zambry menyempurnakan majlis pecah tanah projek perumahan generasi Felda kedua seluas 60 hektar di Gugusan Besout.

Projek itu melibatkan pembinaan 1,700 unit rumah pelbagai jenis termasuk banglo, berkembar, teres dan pangsapuri lima tingkat.

Katanya ianya merupakan kawasan kedua yang diluluskan kerajaan bagi menampung keperluan rumah generasi kedua peneroka.

Katanya kawasan pertama yang diluluskan kerajaan adalah bagi generasi kedua Felcra di Seberang Perak melibatkan 60 hektar.

"Kita sedang cuba selesaikan masalah keperluan rumah generasi kedua Felda dan Felcra ini secara berperingkat-peringkat. Kita sedar masalah ini semakin serius di setiap tanah rancangan bukan sahaja di Perak, malah seluruh negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat