{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemelah - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemelah - Google Blog Search


Bongkar masalah

Posted: 08 May 2011 10:58 PM PDT

Lawatan rumah ke rumah jalan terbaik

FELDA KEMELAH - Wakil rakyat dan pemimpin setempat giat menjalankan lawatan dari rumah ke rumah dalam usaha untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi, seterusnya berbincang untuk mengatasinya bersama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, program Jejak Aspirasi Felda dan Sepetang Bersama Pemimpin yang diadakan itu adalah pendekatan terbaik untuk mendengar masalah yang dihadapi rakyat setempat.

Menurutnya, sebanyak lapan buah rumah berjaya dilawatinya dalam program kali kedua itu bersama Pengurus Felda Kemelah dan pihak seranta.

"Setelah menziarahi, kita mendapati ada tiga rumah lain yang sedang dikenal pasti untuk diziarahi dalam satu masa yang akan ditetapkan kemudian nanti.

"Penduduk di kawasan Felda sepatutnya tidak menghadapi sebarang permasalahan kerana pihak pengurusan Felda sentiasa meneliti keperluan yang kurang dan sentiasa mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang timbul," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Dalam lawatan itu, Ayub memberitahu menemui seorang lelaki yang berumur lingkungan 50 tahun yang tinggal bersendirian di bawah kolong dan tidak menerima sebarang bantuan hingga kini.

"Perkara seperti ini yang kita tidak mahu terjadi dan tidak sepatunya berlaku," katanya.

Ayub berkata, semua rumah yang dikunjungi itu akan diberikan maklumat dan tunjuk ajar mengenai penyelesaian dari segi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di samping JKM itu sendiri membuka kaunter di Dewan Felda Kemelah.

"Saya menyarankan kepada pihak Felda dan ketua kampung untuk mengenal pasti setiap individu yang mengalami masalah untuk dipanjangkan kepada ADUN dan disalurkan kepada JKM bagi tindakan lanjut," katanya ketika melawat rumah Manisah Karsih.

Petikan Sinar Harian Edisi Johor | 2 Mei 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat