{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda maokil - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda maokil - Google Blog Search


::::: Aku Budak Trolak :::::: TPM Saran Belia <b>FELDA</b> Ceburi Pertanian

Posted: 24 Oct 2010 08:06 AM PDT

SEGAMAT 24 Okt. - Generasi belia Felda disarankan melibatkan diri dalam aktiviti pertanian dan penternakan sebagai salah satu sumber pendapatan bagi menyahut seruan Pelan Transformasi Ekonomi yang diumumkan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, generasi tersebut perlu merebut setiap peluang yang ada untuk menaikkan taraf hidup golongan peneroka dan secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara.

"Projek perintis yang sedang dijalankan oleh pihak Felda adalah seperti penternakan lembu, kambing boer, tanaman vanila, jagung nelson, serai paha ayam, nangka madu dan banyak lagi.

"Semua ini menghasilkan pendapatan yang amat lumayan jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada majlis penutupan Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) Wilayah Segamat di Gugusan Felda Maokil, Labis di sini hari ini

Felda Maokil menjadi lokasi kelima bagi penganjuran karnival selama tiga hari dua malam itu dengan matlamat utamanya untuk menyemarakkan perpaduan dan muhibah di kalangan warga Felda di seluruh negara.

Menurut Muhyiddin, kerajaan akan terus menyokong usaha Felda untuk membantu golongan belia peneroka dengan menjalankan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan yang memenuhi keperluan semasa.

"Pada tahun ini, Felda telah memperuntukkan sejumlah RM9.85 juta bagi program latihan kemahiran dan kursus kepada generasi baru dan di samping itu, sebanyak RM11.8 juta telah disediakan bagi mengadakan Skim Tuisyen Felda (STF) kepada anak-anak kita.

"Malahan kita juga tidak lupa menyediakan peruntukan khas kepada kepimpinan peneroka dan belia bagi mereka menjalankan aktiviti seperti Anugerah Belia, program untuk generasi baru dan juga Karnival Iktiraf kita pada hari ini," katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang mengatakan Felda telah bankrap sedangkan organisasi tersebut masih kukuh.

Katanya, untuk 2009 sahaja, Felda telah membayar cukai pendapatan sebanyak RM77.96 juta, bonus raya sebanyak RM37.17 juta, dividen Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebanyak RM369.19 juta dan bayaran zakat perniagaan sebanyak RM25.82 juta.

"Kita mahu dedahkan betapa tidak bertanggungjawab dan berniat buruknya mereka terhadap Felda, institusi mulia milik kita semua, yang telah terbukti membela dan menjaga kita selama ini," katanya.

Sumber: Utusan Online

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat