{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda mempaga - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda mempaga - Google Blog Search


Anak tukang jahit pelajar terbaik UIAM

Posted: 23 Aug 2008 12:00 AM PDT

Kematian bapa pada usia 13 tahun jadi pendorong
ANAK kepada ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang jahit terpilih sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-24, di sini, semalam.

Syrizatul Azwa Karim, 24, berasal dari Muar, Johor mengambil pengajian Kejuruteraan Mekatronik dan kini bertugas sebagai Eksekutif di Sime Darby Berhad menyifatkan kejayaannya itu sebagai pengiktirafan membanggakan walaupun tidak pernah meletakkan harapan terpilih sebagai pelajar terbaik.

Beliau berkata, kehilangan bapa ketika usianya 13 tahun menjadi pendorong untuk belajar bersungguh-sungguh.
"Anugerah ini untuk ibu menyara kami tiga beradik dengan menjahit," katanya selepas menerima anugerah berkenaan, semalam.
Pada Konvokesyen Jubli Perak UIAM bermula semalam, seramai 3,300 graduan menerima ijazah masing-masing, dan 100 daripada mereka berjaya mendapat CGPA melebihi 3.6. Mulai tahun ini, universiti juga memperkenalkan pemakaian jubah dan motar kepada graduan sebagai satu pembaharuan yang positif.

Syrizatul Azwa menyatakan kejayaannya bergantung kepada disiplin diri yang tinggi selain sikapnya yang suka mendekatkan diri dan banyak bertanya pensyarah.
"Saya juga memberi tumpuan sepenuhnya ketika berada di kelas selain mengambil langkah menyiapkan tugasan dengan cepat sekurang-kurangnya dua hari selepas diberikan," katanya yang malu apabila orang memanggilnya pelajar bijak.

Penerima Anugerah Diraja, Suhaimi Mohd Nasir, 23, menyatakan rasa terharunya kerana dipilih menerima anugerah yang tidak pernah dicita-citanya itu.
"Ibu bapa saya paling gembira dengan pengiktirafan ini dan saya sangat bangga lebih-lebih lagi dalam keluarga hanya saya yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading," katanya yang kini bertugas sebagai Penolong Pengurus Kewangan di Telekom Malaysia Berhad.

Suhaimi, anak peneroka dari Felda Mempaga, Bentong, Pahang berkata, beliau menyertai program tutor yang dianjurkan universiti sebagai cara belajar dan mendekatkan diri dengan pensyarah.
Selain Suhaimi, seorang lagi penerima Anugerah Diraja adalah Thinzar Oo@Najama, berasal dari Myanmar.

Thinzar, 22, kini mengintai peluang melanjutkan pelajaran sambil bekerja di negara ini.
Thinzar turut menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Ko-Kurikulum Peringkat Nasional kerana mewakili UIAM dan menjadi juara Pertandingan Pengaturcaraan Antara Universiti di Universiti Multimedia pada 2006.

Anak kepada pasangan peniaga kecil dan suri rumah, berkata kerinduan kepada keluarga menjadi pendorong kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh selain beliau amat meminati bidang teknologi maklumat (ICT).

Pendebat UIAM, Tasniem Ahmed Elyass, 21, dari Sudan menerima Anugerah Presiden dan Pelajar Cemerlang Ko-Kurikulum Peringkat Antarabangsa.

Beliau menyifatkan pengiktirafan itu sebagai hadiah bermakna untuk bapanya, Ahmed Elyasss, pensyarah sejarah di UIAM yang menggalakkannya menyertai Kelab Debat serta sering berdialog secara ilmiah bagi membantu meningkatkan kemahirannya berdebat, selain berfikir dengan kritis.
"Kesibukan berdebat yang menuntutnya ke luar negara dan meninggalkan pengajian adalah kunci yang menjadikan saya lebih berdisiplin ketika belajar," katanya yang akan pulang ke Sudan menabur bakti di Darfur dengan membantu rakyat terbabit konflik politik di sana.

Sementara itu, konvokesyen UAIM kali ini turut menyaksikan Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Datuk Dr Ang Bon Beng menerima Ijazah Sarjana Undang-Undang.

Ang membuktikan statusnya sebagai pengarah eksekutif syarikat yang mengetuai 3,000 pekerja dengan empat hingga lapan mesyuarat setiap hari serta terpaksa ke luar negara sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan tidak menjadi penghalang untuk melanjutkan pelajaran.

Beliau berkata, disiplin, kesungguhan, minat dan motivasi tinggi selain bantuan rakan sekuliah banyak membantunya berjaya menamatkan pengajian sarjananya dalam tempoh dua tahun.
"Ada masanya saya tidak dapat menghadiri kelas kerana terpaksa ke luar negara atau menghadiri mesyuarat syarikat. Namun, saya bertuah kerana rakan banyak membantu memberi nota dan merekodkan syarahan," katanya yang juga pemegang Sarjana dan PhD dalam Pentadbiran Perniagaan.

Ang, 59, yang bercadang melanjutkan pelajaran dalam pengajian psikologi berkata, beliau memilih UIAM kerana status universiti itu sebagai satu-satu universiti antarabangsa di negara ini yang menawarkan sarjana undang-undang yang mengandungi undang-undang syariah.

"Kini, orang ramai mula beralih kepada sistem kewangan dan perbankan Islam. Maka, pengetahuan yang diperoleh menerusi pengajian di sini akan membantu saya mendalami bidang berkenaan. Lagipun, universiti ini bertaraf antarabangsa," kata datuk kepada seorang cucu ini.
Credit: Berita Harian Online

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat