{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda perasu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda perasu - Google Blog Search


Bersama Mazidul: Isyarat Lucah

Posted: 22 Apr 2011 09:59 AM PDT

Pagi tadi saya berselisih dengannya ketika dia menunggang motosikal di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Hoi! Mazidul!," jeritnya dalam loghat Kelantan.

Saya memberhentikan kereta dan memanggilnya dengan baik.

"Awak muda lagi, cuba hormat sedikit bila memanggil orang lebih tua," ujar saya.

Berwajah garang tanpa senyuman, dia menjeling saya sekaligus pantas memulas minyak motorsikal, bunyi membingkitkan suasana di kawasan perumahan.

Kira-kira jam 6.25 petang sekali lagi saya berselisih dengan pemuda saya anggarkan berusia lingkungan awal 20 an terbabit.

Kali ini dia pantas memintas kereta saya, membuat pusingan balik dan berhenti. Sebaik saya melintasi motosikal ditunggangnya, dia memulas minyak sekuat-kuat hati di khalayak ramai. Pembonceng motosikal, remaja saya anggarkan berusia belasan tahun.

Untuk rekod, memulas minyak motosikal sehingga enjin mati sekalipun bukan kesalahan jenayah.

Tidak berpuas hati, dia bertindak mengekori kenderaan saya hingga ke jalan utama.

Hati saya tergerak mencapai kamera digital di kerusi penumpang. Seperti saya jangka, menggunakan cermin pandang belakang, terlihat kelibatnya menunggang motosikal tanpa topi keledar.

Sebaik dia memintas kenderaan saya pandu, saya rakamkan aksi 2 remaja terbabit.

Menyedari gambarnya saya rakamkan, dia kemudian menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari hantu tangan kanannya sebelum menunggang laju.

Saya difahamkan, motosikal terbabit didaftarkan atas nama pemilik berasal dari Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan. Pemiliknya berusia 48 tahun.

Awal malam tadi, dia sekali lagi menunjukkan isyarat lucah sama ketika saya minum bersama beberapa rakan di restoran berhampiran kawasan sama.

Memulas minyak bukan kesalahan jenayah tetapi menunjukkan isyarat lucah, dia boleh disiasat mengikut Kanun Keseksaan.

Saya maklumkan kepada kenalan remaja terbabit, laporan polis akan saya buat dalam tempoh 48 jam jika dia tidak datang menemui saya untuk berbincang.

Barangkali dia sakit hati, justeru saya ingin mengetahui faktor penyebab jiwanya tersentuh  sekaligus menimbulkan kemarahannya.

Jika hanya ditegur kerana kurang beradab, tindakan susulannya, saya kira melampau. Barangkali dia masih tidak mengetahui tinggi rendahnya bumi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat