{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda perasu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda perasu - Google Blog Search


Anak minta Suhakam campur tangan isu <b>Felda</b> Techno Plant - AR <b>...</b>

Posted: 09 May 2011 07:16 AM PDT

Oleh Latifah Kasmuri

KUALA LUMPUR– Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Suhakam menjadi orang tengah membantu menyelesaikan masalah berkaitan anak syarikatnya Felda Techno Plant mengenai kegagalan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan tanam semula kebun peneroka hingga mengakibatkan peneroka terpaksa menanggung kerugian besar.

Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, pengurusan Felda gagal menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tanam semula kebun melalui Skim Tanam Semula kelolaan Felda.

"Penyelenggaraan Felda gagal," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

"Peneroka Felda menyediakan kebun dengan keluasan 10 ekar (empat hektar) untuk proses tanam semula tetapi Felda tidak menjalankan tugas dengan sempurna sehingga tergendala," katanya.

Mazlan turut berkata, peneroka juga dibebani hutang, misalnya ada peneroka di Jengka 16 mempunyai hutang kira-kira RM91,199.

"Bagaimana peneroka hendak membayar hutang sedangkan kebanyakan umur peneroka juga sudah lanjut," katanya selepas penyerahan memorandum peneroka Felda kepada Suhakam.

Sebelum ini, menurut beliau, projek Tanam Semula Kelapa Sawit di Felda Ciku 1 dan Felda Perasu Gua Musang telah dilaksanakan lebih setahun lalu.

Namun, hasil tinjauan ke kedua-dua skim Felda pada 29 November lalu, mendapati keadaannya sangat semak.

Katanya lagi, terdapat anak pokok sawit yang baru ditanam dimusnahkan oleh haiwan perosak. Peneroka juga dituduh menjadi penyebab kepada kerosakan tanaman sedangkan kebun sudah diberi sepenuhnya untuk penyelenggaraan Felda.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pihaknya akan melihat masalah itu memandangkan ia melibatkan aspek hak asasi manusia nafkah yang perlu ditanggung semula oleh pengurusan Felda.

Ujarnya, kegagalan penyelenggaraan Felda menyebabkan kesemua hutang dilambakkan kepada peneroka walhal peneroka berhak mendapat pampasan di atas masalah tersebut.

Sha'ani turut berkata, beliau akan menyiasat dan meminta pegawai Felda memberi penjelasan kepada peneroka berkenaan masalah ini kerana peneroka telah hilang manfaat yang sepatutnya diterima sehingga kos sara diri meningkat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat