felda tenggaroh - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda tenggaroh - Google Blog Search |
Harian Metro: Setempat - <b>FELDA</b> JENGKA 19 Posted: 08 May 2011 03:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera parah dalam pergaduhan antara dua kumpulan curi kereta yang bersenjata pedang samurai, besi dan pisau di Taman Intan Baiduri, Kepong, di sini, awal pagi semalam, dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan. Sebelum pergaduhan tercetus kira-kira jam 3 pagi, satu daripada kumpulan curi kereta itu dilapor menyerang sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (IPD) Sentul kerana menyangkakan mereka ahli kumpulan musuh.
Kumpulan tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira itu kemudian berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dinaiki kumpulan sasaran mereka.
Menceritakan kejadian itu, Ku berkata, sepasukan anggota polis menerima maklumat daripada orang awam mengatakan akan berlaku pergaduhan antara dua kumpulan curi kereta sebelum bersiap sedia di kawasan berkenaan dengan melakukan rondaan.
"Sebaik tiba di satu jalan mati, kumpulan suspek itu merempuh belakang kereta anggota polis berkenaan. Tiga lelaki segera keluar dengan bersenjatakan pedang samurai, besi dan sepucuk pistol.
|
Posted: 07 May 2011 10:56 PM PDT MERSING: Akibat tidak mempedulikan nasihat ibu angkat yang melarangnya menunggang motosikal keluarga, seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut selepas terbabit dalam nahas berhampiran persimpangan masuk ke Felda Tenggaroh 2, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5.45 petang, motosikal ditunggang Nor Hafawati Radzuan, 13, terbabas sebelum melanggar sebuah kenderaan empat roda dari arah bertentangan iaitu menghala ke Felda Tenggaroh.
Ibu angkat mangsa, Khasida Junid, 46, berkata sebelum itu dia dan suaminya ke Kota Tinggi pada hari kejadian, mereka melarang Nor Hafawati menggunakan motosikal itu kerana bimbangkan keselamatannya. Kisah selanjutnya di metro hari ini. Nota: Anak-anak perlu mendengar cakap orang tua. Balasan sesiapa yang mengingkari orang tua, Allah swt. akan beri on the spot atau lambat laun kena juga. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda tenggaroh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |