{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Archive for Julai 2011

Felda pasoh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda pasoh - Google Blog Search


Blog Felda: <b>Felda pasoh</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2011 12:00 AM PST

Suatu hari di thaun 1999 - RSAT, Kem Senawang. Pagi tersebut dijadualkan untuk pemeriksaan perubatan. Rasanya tidak perlu saya bercerita tentang prosedur tersebut. Yang menariknya, seorang kenalan (yang baru saya kenal) mengalami heamophobia (ketakutan pada darah). Dia beratur di depan saya ketika itu. Kemudian, tibalah gilirannya. Jarinya dibersihkan dengan 'alcohol swab' dan seterusnya dicucuk dengan sebatang jarum. Setitik darah merah mula terbentuk pada jarinya. Melihat titisan darah tersebut, dia mula rasa pening. Hmmm... inilah kali pertama saya bertemu dengan seorang yang takut pada setitik darah. Mungkin dia seorang yang benar-benar berhati mulia. 

Saya ada membawa kamera dan bergulung-gulung filem pada masa itu tetapi entah apa yang telah berlaku, semua filem tersebut tidak dapat dipakai. Yakni, saya kehilangan semua cetakan memori pada masa itu. Sedihnya.

Apapun, kenalan tersebut akhirnya menjadi antara sahabat baik saya ketika menempuhi saat-saat pahit manis pada tahun-tahun berikutnya. Bukan setakat itu sahaja, malah kami berkongsi pelbagai minat seperti melukis, kartun, komik... senang kata, alam kreativiti. Dan oleh kerana itu juga, kami sering dikerahkan untuk kerja-kerja dalam bidang itu. Haih, penat.

23 Ogos 2008 - Sepuluh tahun selepas kami berkenal, dia telah melangsungkan perkahwinannya di Felda Pasoh, Negeri Sembilan. Sebagai sahabat baik, takkan saya tak hadir? Lagipun, kebetulan saya agak lapang masa itu (biasalah, menganggur mah...). Saya, ditemani beberapa kawan, telah memandu dari Kuala Sungai Baru, Melaka ke Seremban dan kemudiannya ke Felda Pasoh. Fuh, jauh juga perjalanan yang ditempuhi. Namun, permandangan sepanjang perjalanan juga amat indah terutamanya di kawasan Jeram Toi (itu, lain kali saya cerita).

Hampir tengahari, rombongan telah tiba di rumah kampungnya. Felda Pasoh merupakan kawasan peneroka kelapa sawit dan seperti kawasan yang seumpanya, memang meriah apabila ada majlis keramaian. Penduduk-penduduk sekampung pasti akan tiba mengunjung memeriahkan suasana.

Apa yang istimewa di kampung tersebut ialah perkahwinan ini ialah perkahwinan yang penuh beristiadat Tentera Laut Diraja Malaysia. Antara yang menjadi tarikan pada majlis ini ialah barisan kawalan yang mengiringi pengantin dan seterusnya membentukkan gerbang pedang untuk pasangan bahagia ini.

Namun, saya tidak mendapat tempat yang terbaik untuk merakamkan suasana indah ini kerana ternyata ramai lagi yang ingin merakam gambar. 

Di sana, saya juga berpeluang berjumpa dengan beberapa kawan lama dan abang pengantin (yang pernah berkerja di tempat yang sama suatu ketika dahulu). Dapatlah saya bertukar berita sementara menunggu acara yang dinanti-nantikan.

Tidak lama kemudian, tibalah jejaka tampan segak berpakaian seragam istiadat putih TLDM bersama pasangannya yang berseri-seri. Boleh dikatakan pinang dibelah dua. Erm... sebenarnya, saya memang tak pernah lihat bagaimana rupanya pinang dibelah dua. Tapi memandangkan ramai yang setuju dengan perumpaan itu, saya ikut saja.

Memandangkan saya kurang selesa dengan suasana yang penuh dengan orang (introvert ataupun anti-sosial), saya telah mengundur diri secara senyap-senyap. Dalam hati kecil ini, saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini dan semoga mereka bahagia selalu.

Yo, saya tahu suatu hari nanti kamu pasti akan membaca blog ini. Jadi, ini didedikasikan kepada kamu diatas persahabatan kita. Terima kasih.

P.S. Kata nak bagi gambar yang kamu tangkap kepada saya (yang ada muka sayalah). Tak ada pun?

Dalam gambar di bawah ini, dari kiri ke kanan: Shao Weng, Hazreen, Segar, budak kaca mata hitam, saya (yang paling hensem tu), Aidi (mencangkung), tak ingat, tak kenal, tak ingat, Hadi, Shairul dan tak ingat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

felda gedangsa - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda gedangsa - Google Blog Search


мой дорогой- my Dear LIFE: Peneroka dah maju - <b>Felda Gedangsa</b>

Posted: 03 Jul 2011 10:48 AM PDT

Hari semalam(ahad 3 Julai 2011) aku telah menjadi anak mithali..hehee mithali ke???hurm ntahla... tapi hari tersebut aku ikut abah pergi ke Felda Gedangsa..rasanya tak ramai yang tahu tempat ni..lagi lagi budak zaman aku ni hah..yang dia tau pavillion, mid valley, alamanda, summit, sunway piramid, wangsa walk, mines, mahkota parade, dataran pahlawan, komtar, jusco, giant, tesco, mydin n sooooooo onnn..tapi ade tak kat yang aku list tu FELDA??? tak ade kan?? mungkin sesetengahnya tahu sebab mungkin mereka ni memang asal situ, tak pun tok nenek dia menetap di felda.. so ape yang ade kat felda ni??? 
Felda ni ade banyak tanah yang diusahakan oleh pemilik-pemilik tanah aka peneroka...so sesipa yang minat bercucuk tanam ni bola jadi peneroka..aku malas nak cerita panjang-panjang tapi bole klik sini (wikipedia) atau pun klik sini ( web felda) majukan? siap ade web da skang!=)
Ade benda yang aku tak suka pasal felda ni..sori ek sape yang terbaca ataupun memang saja nak baca. biarlah menjadi rahsia family aku..cume berdesing je bila sebut-sebut felda ni..tapi aku pulak kena jejakkan kaki kat felda tu..hurm~~ pasrah dan redha..mungkin ketentuanNYA...so nila pintu gerbangnya..
So hari itu adelah HARI ULANG TAHUN FELDA GEDANGSA yang ke.....hihihi aku tak tau..tak pay attention sebab niat aku hanya la teman bapak aku and tolong mane-mane yang patut untuk promote Unit Trust dalam MAAKL funds. so ade interested? hehe sempat promote lak..ramai jugak la yang berminat tapi more to invest in cash...kita ade dua method to invest which is cash or epf. so peneroka tak ada epf cume ade cash yang banyak...kechingkechingkeching...$$$$....so dr simpan kt bank which dapat 1% paling banyak baik invest which is MAAKL target return dalam 8% to 15%..ni based on history for 10 years..majlis tu diadakan di perkarangan Masjid Gedangsa..
so nila serba sedikit pasal Felda Gedangsa =)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

felda lok heng - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lok heng - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 09:43 PM PDT


My Lovely Cakes: Tempahan dr Ct - <b>Felda Lok Heng</b> barat

Posted: 05 Apr 2011 08:19 PM PDT

Terima kasih di ucapkan dan Selamat Pengantin Baru buat Ct dn pasangan Huzaimie, kerna menempah kek ala english, cupcake dan popcake dr saya..proses menghantar satu cabaran baru bg sy..tp alhamdulillah semua berjalan lancar. Semua selamat sampai ke destinasi..alhamdulillah dan sy disambut mesra oleh ct dn ibunya. terimakasih sekali lg.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Felda jelai - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda jelai - Google Blog Search


Blog Felda: <b>Felda jelai</b> - Google Blog Search

Posted: 22 May 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>Felda jelai</b> - Google Blog Search

Posted: 22 May 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>Felda jelai</b> - Google Blog Search

Posted: 22 May 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>Felda jelai</b> - Google Blog Search

Posted: 22 May 2011 12:00 AM PDT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

felda trolak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda trolak - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda trolak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Oct 2009 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda trolak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Oct 2009 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda trolak</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Oct 2009 12:00 AM PDT


::::: Aku Budak <b>Trolak</b> :::::: Info <b>Trolak</b>

Posted: 31 Oct 2009 11:59 PM PDT

Gugusan FELDA Trolak terdiri dari gabungan 3 buah tanah rancangan FELDA. Kawasan rancangan FELDA tersebut ialah Felda Trolak Utara, FELDA Trolak Selatan dan FELDA Trolak Timur.

Gugusan FELDA Trolak


FELDA Trolak Utara


FELDA Trolak Selatan


FELDA Trolak Timur


Papan tanda yang ditemui 500 meter dari simpang Gugusan FELDA Trolak dari arah selatan


Persimpangan ke Gugusan FELDA Trolak

Pengurus-pengurus FELDA Trolak

Felda Trolak UtaraHanim bin Haji Abd. Ghafar
Felda Trolak SelatanMohd Habib b. Sairi
Felda Trolak TimurRosli Bin Rejab

Ketua Peneroka FELDA Trolak

Felda Trolak UtaraAbd. Majid bin Che Mat
Felda Trolak SelatanMuhamad Arshad bin Abdullah
Felda Trolak Timur

Sekolah Gugusan FELDA Trolak

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak, FELDA Trolak Selatan

  • Sekolah Kebangsaan Trolak Utara

  • Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan

  • Sekolah Kebangsaan Trolak Timur

  • Sekolah Agama Rakyat Nurul Hidayah, FELDA Trolak Utara

  • Sekolah Agama Rakyat FELDA Trolak Selatan

  • Sekolah Agama Rakyat FELDA Trolak Timur

  • Tadika Kemas, FELDA Trolak Utara

  • Tadika Kemas, FELDA Trolak Selatan

  • Tadika Kemas, FELDA Trolak Timur

  • Pasti Nurul Ain, FELDA Trolak Utara

Pekan Sehari Felda Trolak

Felda Trolak UtaraHari Khamis
2.00 petang hingga 6.00 petang
Felda Trolak SelatanHari Selasa
2.00 petang hingga 6.00 prtang
Felda Trolak TimurHari Jumaat
3.00 petang hingga 6.00 petang
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

felda tun ghafar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tun ghafar - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda tun ghafar</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2011 12:00 AM PDT

Semalam teman ada terbaca mengenai Allahyarham Tun Ghafar Baba..Rupa-rupanya kita telah terlupa salah seorang tokoh yang banyak memberi sumbangan terhadap perpaduan, kemajuan dan penstabil politik negara kita..Justeru itu, teman berusaha untuk mencari sedikit maklumat untuk semua pembaca mengenai Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini..Diharapkan ilmu yang teman peroleh dari wikipedia ni membantu kita semua mengenali bekas pemimpin AGONG negara kita..Al-Fatihah buat beliau..


"..Sesungguhnya segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu."-Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak..

Abdul Ghafar Baba

Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004).

Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi pemungut bola golf dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman. Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi bercerai pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bongsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia.

Politik

Tun Ghafar Baba mula mengorak langkah untuk memperjuangkan nasib bangsa dan negara Malaysia, apabila melibatkan diri dalam politik pada tahun1940 dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Melaka ketika berusia 15 tahun. Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948.

Pada 1955 Tun Ghafar menyertai UMNO di Melaka. Kira-kira 11 tahun kemudian, bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung BN (1974-1993).

Beliau mula terbabit secara sepenuh masa dalam politik dengan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Melaka Luar pada pilihan raya umum pertama 1955. Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11 pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999.

Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinet selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Menteri Melaka

Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun.

MARA

Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula 1September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.

Masalah Kepimpinan MCA

Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden Tan Sri Dr Neo Yee Pan.

Menolak Jawatan Menteri

Pada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan Perdana Menteri Tun Hussein Onn . Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir menjalani pembedahan jantung.

Timbalan Perdana Menteri

Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi.

Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1987.

Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi.

Jawatan

§ JawatanSetiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951,

§ Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955

§ Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973

§ Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967

§ Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993

§ Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962

§ Naib Presiden UMNO 1962 - 1987

§ Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985 dan 1986)

§ Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993

Beliau merupakan seorang yang rendah diri, tabah dan sentiasa berjuang demi nasib bangsa Melayu.

Lain-lain

Beliau pernah menjadi Pengerusi PGA dan 'Lawn Tennis Association' mulai Disember 1984, Presiden 'Asian Tennis Circuit Council', Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Melaka, Pengerusi 'Merdeka Scholarship Fun Committee' dan Bekas Presiden Bulan Sabit Merah Melaka.Add Image

Penghargaan

Tun Ghafar Baba enggan menerima sebarang gelaran datuk atau pingat daripada mana-mana sultan . Tambahan pula Melaka tidak mempunyai sultan atau raja kecuali Yang diPertua Negeri Melaka. Sehingga akhir hayatnya beliau dipanggil Encik Ghafar sahaja.

Pingat darjah kebesaran yang pernah diterima oleh Tun Abdul Ghafar adalah anugerah kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 27 Julai 1985, anugerah 'Bapa Perpaduan' oleh Pemuda UMNO Kota Melaka pada tahun 1987, 'Malaysian Institute of Management Honorary Fellowship Award' pada tahun 1988, anugerah 'Bapa Yang Disayangi' oleh Persatuan Telegu Malaysia pada tahun 1990, pingat kebesaran S.S.M. yang membawa gelaran 'Tun' pada tahun 1995 dan anugerah 'Tun Abdul Razak Foundation National Award' pada 19 Mac 1998.

§ Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba di Masjid Tanah, Melaka juga dinamakan sempena nama beliau. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Masjid Tanah. Encik Abdul Ghafar bin Baba selaku Ketua Menteri Melaka telah meletakkan batu asas pada 24 September 1962.

§ MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 27 Julai 2006 selepas beliau meninggal dunia bagi mengenang jasa beliau. Majlis penjenamaan semula itu dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.

§ Muzium Tun Abdul Ghafar merupakan rumah asal beliau di Jasin, Melaka.

§ Enam Felda di Melaka dinamakan semula sempena nama Tun Abdul ghafar iaitu Felda Tun Ghafar Machap, Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Felda Tun Ghafar Menggong, Felda Tun Ghafar Kemendor, Felda Tun Ghafar Air Kangkong dan Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu pada 7 April 2007.

Meninggal Dunia

Pada 23 April 2006. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang. Beliau berusia 81 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas isterinya Dayang Heryati binti Abdul Rahim.Sembahyang jenazah diketuai oleh Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria dan pengkebumian diketuai oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Halim Wan Harun. Tun Abdul Ghafar merupakan negarawan ke-4 disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan selepas Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn .

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

felda neram - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda neram - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Blog Felda: <b>felda neram</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda neram</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda neram</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2011 07:29 PM PDT


Blog Felda: <b>felda neram</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2011 12:00 AM PDT


Ceramah Kelompok <b>Neram</b> | KEADILAN Kemaman

Posted: 09 Jun 2011 07:41 PM PDT

June 10, 2011 · 2:41 am

Alhamdulillah sempat bersama-sama dengan lebih kurang 30 peneroka Felda Neram untuk ceramah kelompok. Majlis disertai oleh Ketua Cabang, Ketua Penerangan, Bendahari Cabang dan Hj Mansor Uddin, Pengarah DUN Air Putih. Sambutan yang baik dan orang ramai yang hadir turut dibekalkan dengan risalah penerangan kes DSAI dan Buku Jingga.

Insya Allah PKR Cabang Kemaman akan menganjurkan satu ceramah perdana di Felda Neram dalam masa terdekat untuk cuba mendekati anak-anak muda di Felda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blog Felda: <b>felda neram</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jun 2011 07:08 PM PDT


Apam Polkadot - Cikgu Wan Sk Kg Baru <b>Felda Neram</b>

Posted: 01 May 2011 02:38 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Terima Kasih untuk Wan dan kawan-kawan yang menempah apam pokadot. Moga kalian semua berpuas hati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat