{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda besout - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda besout - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda besout</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 03:31 AM PDT


"SLIM RIVER - Seramai 495 isteri peneroka Felda Gunung Besout 2 dekat sini dipercayai menjadi kumpulan pertama dari seluruh tanah rancangan yang menerima durian runtuh Fasa 2 pagi ini.

Setiap mereka menerima cek RM5,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Rata-rata mereka merasa terkejut kerana dalam ucapan pengurus Felda Besout 2, Encik Fadhil Mansor sebelum itu berkata cek durian runtuh itu hanya akan disampaikan beberapa hari lagi setelah mendapat keputusan mesyuarat antara Pengurus Besar Wilayah (RGM) seluruh negara hari ini.

Mohd Khusairi menyampaikan berita yang menggembira para isteri peneroka itu, setelah beliau mengetahui bahawa cek-cek berkenaan sudah ada di pejabat pengurus rancangan dan telah mendapat lampu hijau daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sejurus sebelum memulakan ucapan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim hadir ke program perhimpunan bulanan peneroka (roll-call) tanah rancangan itu pagi ini bagi menyampaikan cek peruntukan RM100,000 untuk membina menara Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang telah diluluskan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada April lalu.

Dalam ucapannya, Mohd Khusairi berkata beliau bersimpati melihat kehadiran hampir keseluruhan isteri peneroka tanah rancangan itu, kerana beberapa hari lalu ada yang menghebahkan kononnya cek durian runtuh akan disampaikan dalam program berkenaan.

"Biarlah saya mendahulukan keputusan mesyuarat RGM dan bertanggungjawab atas perkara ini demi menggembirakan isteri-isteri peneroka yang begitu berharap untuk mendapatkan cek itu hari ini. Saya minta cek itu diserahkan hari ini juga," katanya dalam ucapan disambut sorakan dan tepukan gemuruh.

Ketika berucap melancarkan prospektus saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memberitahu bahawa penyampaian wang durian runtuh Fasa 2 kepada isteri-isteri peneroka akan dilaksanakan pada 7 Julai bersempena sambutan Hari Peneroka 2012 dan perasmian Menara Felda.
 

Seorang isteri peneroka Felda Besout 2, Puan Khatijah Awang Desa, 49 melahirkan rasa gembira dan terkejut apabila mendapat berita bahawa cek durian runtuh itu diserahkan hari ini.

"Terima kasih kepada wakil rakyat kami kerana berusaha supaya cek tu disampaikan kepada kami pada hari ini. Terima kasih juga kepada Perdana Menteri kerana telah mempertimbangkan supaya kami isteri peneroka juga menerima durian runtuh RM5,000 ini," katanya yang juga Pengerusi GPW tanah rancangan berkenaan.

Puan Masnah Othman, 48 yang juga isteri peneroka turut bersyukur menerima cek durian runtuh itu hari ini dan berhasrat untuk menyimpan wang berkenaan dalam akaun Tabung Haji miliknya." - Berita Felda

Blog Felda: <b>felda besout</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Sep 2012 09:09 PM PDT

As usual... kalau turn raya kat KL dulu... pada petang hari raya pertama tuh jugak kiteorg akan bertolak balik ke kampung en.teman di Felda Gunung Besout!  Lepas dah beraya with my dad & family pada pagi hari raya tuu... kiteorg semua bertolak ke umah Mak Long aku kat Pandan Jaya!  nie memang aktiviti wajib tuk ziarah mak long aku pada pagi hari raya sebab family belah arwah mak dah takde sapa yg paling tua melainkan Mak Long!  Sedih gak bile dah takde datok ngan nenek nie.. kalau ade pasti rasanya raya lebih meriah kan?

Cam aku dah citer kat dlm entry sebelum nie yg en. teman kan tak berapa nak sihat pada hari raya kali nie.. so gambar² candid & moment raya memang kurengggg sangatttt!! memang aku cam sedeyy jerk tengok collection gambar² raya tahun nie!  ye lah tak dpt nak buat kenang kenangan moment indah beraya bersama keluarga... takpe lahhhh.. yg penting en.teman sihat.. itu yg lebih utama pada aku.. aku tahu kalau dia sihat mesti adee jerr gambar² yg menarik boleh aku share kat blog nie..  so nan hado lah gambar kami tengah makan² rendang ketupat & kuih raya, borakk², gurau², dan jugak sessi salam bersalamann serta berpelukkan antara kami bersama ahli keluarga terchinta!

Segalanya kenangan indah itu sekadar melekat indah dlm kotak memori kami semua sahaja! hihi.. takpe, en.teman dah janji.. tahun depan dia bayar balik.. kalau dia sihat.. dia nak jadik official photographer utk majlis hari raya katanya! hahahaha... sokak hati lah Bee!! :p

OK back to my raya stories... petang raya tuh.. dari umah Mak Long.. aku balik umah jap.. amik² barang... dlm lepas Asar terus kami bertolak pulang ke umah Mak Mertua ku!  Alhamdulillah.. around 6:30 petang kami sampai kat umah MIL.. yg aku suker travel during hari raya pertama nie sebab tak banyak kereta.. smooth jerrr perjalanan kami!

Sampai² jer kat umah MIL.. semua org dah tukar uniform hari raya!  hahaha.. ye lah.. dah lewat petang kan.. semua org dah get ready nak mandi! Semua dah pakat pakai kain batik & kain pelekat jer! hehehe.. So, aktiviti amik gambar di tunda ke esok hari sebab aku pun dah tak sabar nak tukar pakai kain batik gak! haha!

Malam tuh kat umah MIL takde keje lain.. melainkan makan.. dan makan dan makannn jer kerja nya! sampai dah naik sebuu dah perot aku okkk!  pas makan.. borak dan borak dan borak sampai lah tertido kekdahnya! hihi.. Then on the next day... kami menanti kehadiran ahli keluarga dari Ipoh pulak!

Biler sebahagian family member dah balik.. mula lah umah MIL terasa sunyi.. nie part yg paling tak best!  tapi nasib baik lah ade dua budak kenit nie yg menjadik penceria teratak nenek!

Tetiba jer ade org dtg cakap kat aku.. "Eh, jom amik gambar!"

aikkk??? dah sihat dahh???

Dalam pada kiteorg dok bergedikss santai nie.. abg ipar aku pun balik dari open house!  so, en.teman ajak amik gambar with the whole family since kami belum sempat amik gambar sekeluarga!  Bergegass semua org pegi bersiap comey² tuk amik gambar!  siap ade yg tukar kepada baju raya 1 Syawal balik...


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat