{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda keratong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda keratong - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda keratong</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 11:15 AM PDT

Semasa saya menjadi ahli Panel kepada Majlis Dialog di Felda Keratong 3 petang semalam, satu persoalan yang ditimbulkan ialah berhubung dengan ladang peneroka yang diurus oleh Felda.

Peneroka yang bertanya memulakan soalannya dengan mengatakan bahawa Felda telah memberikan Penyata Hutangnya sebanyak lebihkurang RM100,000.00. Dia bertanya bolehkah dia rampas tanah itu dari Felda kerana apabila dia menemui Pengurus Felda berkenaan Pengurus itu menyatakan bahawa kalau peneroka itu rampas tanah yang diuruskan oleh Felda itu, maka Peneroka itu bukan lagi dianggap sebagai Peneroka dan dia kena keluar dari Rancangan Felda.

Soalan itu dia kemukakan kepada saya untuk jawapan.

Saya mulakan jawapan dengan menyoal balik samada tanah yang nak dirampas itu tanah milik Felda atau milik Peneroka. Peneroka berkenaan menjawab bahawa tanah ladang itu milik beliau. Maka jawapan saya bahawa kalau tanah ladang itu milik Peneroka yang berkenaan itu, tak timbul masalah "rampas"; "Tanah kita, dan kita nak urus sendiri, tak mahu Felda uruskan bagi pihak kita, tidak ada apa-apa masalah? Ambil alih sahajalah dan Felda tidak boleh berbuat apa-apa, dan kepada Pengurus yang mengugut Peneroka itu, saya berpesan supaya tahu hak undang-undang tanah samada dibawah GSA atau pun dibawah Kanun Tanah Negara. Mana ada dalam dunia ini seseorang pemilik tanah yang mahu menguruskan tanahnya sendiri boleh dipecat dan dikeluarkan? Dan saya nyatakan bahawa di Felda Keratong 3 sudah lebih dari 3/4 daripada Peneroka-Peneroka itu telah ambil alih pengurusan tanah ladang mereka sendiri. Peringkat awal memang macam-macam ugutan dibuat oleh Pengurus, tetapi apabila lebih ramai Peneroka yang urus sendiri ladang mereka, Pengurus pula berunding dengan Peneroka-Peneroka supaya mereka menghantarkan buah sawit mereka ke Kilang-Kilang Felda dan tidak kepada Kilang-Kilang swasta."

Peneroka yang bertanya itu adalah dari Felda Keratong 5. Dia memberitahu lagi bahawa hutangnya dengan Felda sudah mencecah RM100,000.00. Dia tanya saya samada hutang itu perlu dibayar atau pun tidak.

Saya telah huraikan mekanisme hutangnya itu, dan setelah dibuat analisis yang telus, didapati sebenarnya bukan beliau yang berhutang dengan Felda tetapi Felda yang berhutang dengan beliau tidak kurang dari RM200,000.00. Saya nasihatkan Peneroka itu supaya dia meminta Kunci Kira-Kira dari Felda, dan didalam Kunci Kira-Kira itu nanti dinyatakan berapakan hutangnya dengan Felda dengan pengiraan yang diodit dan berapa pula pendapatan beliau dalam tempoh yang sama secara berodit.

Selagi itu tidak dibuat tidak ada Peneroka Felda yang berhutang dengan Felda, dan saya memberitahu bahawa Peneroka-Peneroka Felda Palong 4, 5 dan 6 telah memfailkan saman terhadap Felda mengenai lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan kepada Peneroka-Peneroka; dan Peneroka-Peneroka Gugusan Keratong boleh juga memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan Kira-Kira Pendapatan dan Hutang ini supaya masalah ini dapat diselesai "once and for all".

Di Felda Keratong 1, saya juga diminta mengulas mengenai pengurusan ladang samada menjadi satu kesalahan kepada Peneroka-Peneroka mengambil alih pengurusan ladang masing-masing yang kini diuruskan oleh Felda.

Peneroka-peneroka kini telah melihat rakan-rakan mereka yang menguruskan ladang masing-masing dengan mengambil alih urusan dari Felda. Pendapatan mereka adalah tinggi tidak kurang dari RM7,000.00 setiap bulan dan tidak menanggung sebarang hutang. Manakala peneroka-peneroka yang menyerahkan urusan ladang kepada Felda hanya memperolehi elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1500.00 sebulan (gross) dan menanggung hutang yang meningkat dari masa ke masa diantara RM70,000.00 hingga RM100,000.00 dengan menanggung risiko tanah mereka akan diambil alih oleh Felda jika gagal membayar hutang mereka kerana didalam surat Perjanjian Tambahan yang ditandatangani oleh mereka dengan Felda, Felda berhak memasukkan kaveat keatas tanah peneroka-peneroka.

Sdr Rebin Birham yang berucap sebelum saya telah menerangkan Janji Palong dan Janji Palong ini juga telah menjadi kertas cadangan yang diterima oleh Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar Kedah pada 15hb Januari yang lalu. Dan didalam Janji Palong itu, hutang Peneroka Felda akan dihapuskan apakala Pakatan Rakyat memerintah Negara selepas PRU-13 dan bagi mereka yang tanam sendiri akan wujud mekanisme bagaimana mereka juga akan diberikan imbuhan.

Saya menerangkan kepada Peneroka-Peneroka Felda bahawa Pakatan Rakyat tidak memilih warna (bulu) didalam memperjuangkan hak dan kepentingan Peneroka Felda, kami akan perjuangkan hak mereka samada mereka itu ahli PAS, PKR, UMNO ataupun tiada berparti.

Peneroka Felda samada PAS, PKR atau UMNO mempunyai kesamaan hak dan kepentingan dan hak serta kepentingan mereka ini adalah tidak sama dengan kepentingan pimpinan UMNO yang kaya-raya dan menggunakan rakyat untuk kepentingan mereka sendiri, dan untuk itu, semua Peneroka Felda tanpa mengira parti Politik perlu bersatu demi memperjuangkan hak dan kepentingan mereka bersama.

Full content generated by Get Full RSS.

Blog Felda: <b>felda keratong</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Sep 2012 11:56 AM PDT

KERATONG: Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat hari ini. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Kathib Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap khatib terbabit yang membaca khutbah perihal isu "Keadilan Dalam Islam". Khatib yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya. Menurutnya selepas selesai mengimami solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. "Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan" katanya.

Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab "Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik". Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata "Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah". Lalu Ustaz Suhaimi menyahut "Jika Dato' fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato' baca khutbah minggu depan" . Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid. Mungkin cabar itu dibuat bagi "membelasah" Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar. Melihat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata "Elok kita berbicara dalam masjid Dato'.. kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar". Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan "geram" dan "penuh emosi" diluar. Mungkin bagi mereka, sekejap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Khatib yang membaca khutbah solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya. Namun dek kerana beliau tidak keluar dari masjid, akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4

Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali. JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes "Raba Punggung" di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini namanya juga dikaitkan dengan kes "Norrita Samsuddin" hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan "tiada pembunuh sebenar". Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa " terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu". Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini. Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian "rumah Allah". Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu. Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.

[Nampaknya kes ini bakal menjatuhkan resputasi JJ yang khabarnya sedang mengintai untuk menjatuhkan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang tidak lama lagi. Kami difahamkan JJ sedang membina kekuatannya, kerana beliau tahu bila Najib Razak menjadi Perdana Menteri nanti sudah pastilah namanya akan naik sebagai calon yang paling sesuai ke jawatan MB Pahang itu. Team Adnan harus berhati-hati dengan kelibat dan gerakan "grass root" yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Rompin yang paling biadap ini. Jika tidak negeri Pahang akan berada dalam "kegelapan" kerana ditadbir oleh kaki "raba punggung" dan "kaki skandal seks" seperti beliau itu].

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat