{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda pasoh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda pasoh - Google Blog Search


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: BAGAIMANA NEGARA BOLEH MAJU JIKA PM PUN <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2005 12:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA anda beranggapan semua Perdana Menteri itu adalah orang yang cerdik atau bijak, mungkin anda tersilap. Di negara kita, sukar untuk mendapatkan PM yang bijak yang mampu mengawal jemaah menterinya, bahkan ada kes menteri pula `menipu' PM. Ertinya, siapa yang bijak dan siapa yang tidak cerdik?

Semalam kita dikejutkan dengan berita Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Beliau dituduh menipu PM ketika itu bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006. Beliau bagaimana pun tidak mengaku bersalah dan telah diikat jamin sebanyak RM 1 juta dan kes akan disebut semula pada 31 Mac nanti.

Skandal PKFZ ini bukan baru kita dengar. Pemimpin pembangkang terutamanya DS Anwar lebih awal mendedahkan kes ini, tetapi seperti biasa pemimpin Umno mendakwa DS Anwar suka mencipta isu dan menyebarkan fitnah. Ketika itu Dr Ling Liong Sik yang sebelum ini turut dilibatkan di dalam skandal ini masih menjadi Menteri dan Presiden MCA. Tan Sri Chan Kong Choy juga begitu. Justeru itu, situasi yang selamat buat mereka ketika itu.

Sekarang mereka menjadi `bekas' dan `power' pun sudah hilang. Habis sepah, madu dibuang. Tentulah tidak masuk akal jika mahu dakwa Abdullah Badawi atas skandal ini walaupun sepatutnya beliau perlu bertanggungjawab. Mungkin kerana `tertidor', maka beliau tidak menyedari ada `penipuan' berlaku. Benar atau tidak Pak Lah ditipu kita tidak tahu tetapi kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah menipu. Lojiknya, tentulah semasa proses kelulusan projek itu melibatkan banyak pihak bukan di antara Pak Lah dengan mereka sahaja. Agak sukar mahu difikirkan kesemua yang terlibat tidak mengetahui adanya `penipuan'. Jika tahu, mengapa tidak dilaporkan waktu itu kepada PM? Tidakkah itu sebagai satu subahat? Ada dakwaankah kepada yang bersubahat ini?

Akhirnya ada yang berkata wujud `kambing hitam' untuk menyelamatkan seseorang. Siapa seseorang itu? Atau, sememangnya PM kita ditipu? Jika benar, malang sungguh kita ada PM yang mudah tertipu./wfauzdin.blogspot.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hari sukan Tadika Kemas <b>Felda Pasoh</b> 3

Posted: 11 Nov 2010 08:19 AM PST

Unit berita SeriFM berkesempatan membuat liputan sempena hari sukan Tadika Kemas Felda Pasoh 3 pada hari Rabu 10/11/2010. Acara sukan yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah. Ibu bapa serta para penjaga ( datuk dan nenek ) kepada kanak – kanak ini memberi sepenuhnya komitmen tanpa berbelah bagi dalam menjayakan sukan ini.Sokongan dan teriakan semangat daripada ibu bapa dan penjaga menjadikan acara ini begitu ceria.

Sebanyak 6 acara suka yang melibatkan kanak – kanak  dipertandingkan manakala yang melibatkan ibubapa dan penjaga serta AJK tadika sebanyak 4 acara diadakan.Cabutan nombor bertuah turut diadakan bagi menghangatkan lagi hari sukan tersebut. Upacara penutup dan juga penyampaian disempurnakan oleh penyelia kanan Kemas Jelebu. Turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jelebu dan juga pengerusi tadika kemas Felda Pasoh 3.

Anak – anak adalah generasi pewaris negara. Kita yang mendidik dan melentur mereka dengan ajaran yang sempurna. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan hari sukan Tadika Felda Pasoh 3.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat