{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Hias dan rapi

Posted: 28 Apr 2013 04:30 PM PDT

Industri penjagaan kuku kini menjadi ikutan fesyen, jana ekonomi

Tidak ramai antara kita yang tahu siapakah pencipta pengetip kuku, walaupun alat itu digunakan selalu. Mungkin tidak penting bagi kebanyakan antara kita, asalkan kuku dipotong pendek, kemas dan selesa.

Pencipta pengetip kuku tidak diketahui siapa sebenarnya, tetapi berdasarkan sejarah, peralatan itu dikatakan bermula di Amerika Syarikat apabila paten pertama untuk mengembangkannya, didaftarkan lelaki Inggeris dikenali, Valentine Fogerty pada 1875.

Selain beliau, paten pengetip kuku lain juga didaftarkan oleh William C Edge (1876) dan John H Hollman (1878). Bagaimanapun, pengetip kuku asal diubah sedikit patennya dan didaftarkan, Eugene Heim, CĂ©lestin Matz dan Cincinnati Ohio pada sekitar 1881 hingga 1885.

Bayangkan, sebelum wujudnya pengetip kuku, masyarakat dulu berkemungkinan menggunakan batu tajam atau menggigit kuku dengan gigi untuk memendekkan kuku, berikutan ketika itu gaya hidup mereka yang tidak mengambil peduli soal kebersihan diri.

Perubahan zaman

Apabila zaman berubah, gaya hidup juga berubah. Selain pengetip kuku, banyak lagi peralatan dan aksesori lain diperkenalkan bagi mencantikkan kuku seperti pengetip lebihan kulit sekitar kuku atau kutikel, pengecat kuku dan peralatan mengilat permukaan kuku atau dipanggil 'buffing'.
Ahli Jawatankuasa, Persatuan Pembangunan Kemahiran Juruteknik Kuku Malaysia (Malaysian Nail Technicians Skill Development Association (MNTA), Michelle Hee, berkata hakikatnya penjagaan dan kecantikan kuku bukan sesuatu yang baru terutama di Eropah kini memiliki ikutan tersendiri.

Katanya, penjagaan dan rawatan kuku pada masa kini bukan saja berkaitan kebersihan dan menyerlahkan penampilan diri yang rapi, tetapi untuk memenuhi tuntutan fesyen dan bergaya, bertepatan dengan rentak aliran gaya hidup terkini, di samping mengecapi kepuasan diri.

Michelle berkata, sekitar tahun 50-an, aliran kecantikan bagi penjagaan kuku adalah menyerlahkan penampilan menggoda yang hanya memerlukan sebotol pengilat kuku dan sebatang gincu berwarna merah menyala.

Katanya, memasuki era 70-an gaya penjagaan kuku lebih tampak semula jadi. Masih ada lagi menggunakan cat kuku tetapi memilih warna merah bata, perang dan ungu lembayung.

"Memasuki tahun 90-an, lingkungan tahun itu adalah kombinasi seluruh abad 2000 kerana dunia mula bekerja secara 'online' dan aliran gaya kuku juga lebih menarik dari tahun sebelumnya. Masyarakat Malaysia juga tidak terkecuali terikut-ikut dengan aliran itu. Salah satu sebab negara kita mula berkembang maju dalam industri ini ialah kerana pendidikan dan taraf hidup rakyat yang bertambah baik.

"Industri kuku bermula di Malaysia lebih daripada 10 tahun lalu. Senario itu semestinya lebih berteknologi tinggi dan tidak mustahil dalam tempoh lima tahun lagi, mungkin satu pewarna kuku boleh berubah menjadi tiga hingga empat warna," katanya ketika ditemui pada pertandingan Anugerah Kemasan Kuku 2013 pada Pameran Perdagangan Kecantikan Profesional Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.

Beauty Profesional 2013 edisi kedua itu menghimpunkan lebih 350 pedagang dan jenama yang turut membabitkan beberapa pengamal kecantikan diri dari negara luar iaitu Singapura, Korea dan Taiwan. Himpunan terbesar itu bukan saja membabitkan kecantikan dan penjagaan kuku, tetapi meliputi kecantikan diri seluruh tubuh dengan menawarkan produk berkualiti menerusi kehadiran teknologi tinggi.

Bagaikan pereka fesyen

Michelle yang juga juri Piala Malaysia Kedua, Pertandingan Anugerah Kemasan Kuku (Smart Nails Awards Competition) 2013 berkata, hari ini kecantikan kuku menjadi satu gaya hidup dan fesyen ikutan seperti memadankan warna kuku dengan pakaian pada majlis atau acara yang tertentu.

Warna dan rekaan kuku juga dicipta serta ditampilkan berlainan untuk majlis atau acara tertentu seperti perkahwinan, menghadiri parti, meraikan Hari Ibu, Hari Kekasih, Tahun Baru Cina, Merdeka, Hari Krismas serta sebagainya yang boleh dijadikan gaya fesyen mengikut musim.

Katanya, senario itu semakin menular dalam kalangan masyarakat, sekali gus melahirkan ramai juruteknik kuku dalam industri pekerjaan. Apatah lagi, seni menghias kuku memerlukan kemahiran dan kreativiti supaya gaya kuku dipaparkan tampak hebat, menawan dan menarik.

"Juruteknik kuku adalah 'pereka fesyen' bagi kuku. Boleh dikatakan, mereka juga berperanan seperti pereka fesyen pakaian, tetapi bidang tugasnya ialah mencipta fesyen khusus untuk kuku dan berkhidmat di salun kuku," jelasnya.

Tambahnya, juruteknik kuku diiktiraf apabila industri penjagaan kuku dirasmikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan mempunyai 'National Occupational Skills Standard (NOSS)'. Antara peranan NOSS ialah memberi pendidikan dan latihan kepada pelajar, meningkat jumlah jualan bagi kilang atau import serta eksport peralatan kuku, membantu meningkat peluang kerjaya untuk juruteknik kuku, meningkat peluang untuk usahawan yang lebih berjaya dan menjana jumlah jualan di Malaysia.

Michelle berkata, hari ini penawaran dalam industri rawatan dan penjagaan kuku turut meningkat, berdasarkan permintaan ramai. Apabila ini berlaku, sekali gus ia mampu menjana ekonomi negara.

"Bagaimanapun, saya tiada statistik tepat untuk menentukan pendapatan diperoleh menerusi industri ini kerana salun penjagaan kuku di Malaysia juga terlalu banyak," katanya.

INFO: Panduan penjagaan untuk kecantikan kuku:

1. Minum banyak air. Mengekalkan badan kita terhidrat setiap hari, kita akan memastikan kuku juga terhidrat.

2. Elakkan menggunakan kuku sebagai peralatan seperti mengungkit, menggores dan memotong atau lain-lain.

3. Cara semula jadi untuk mengekalkan dan menjaga kesihatan kuku adalah mengamalkan pemakanan dan diet seimbang. Makan makanan yang mengandungi protein, kalsium dan jus minuman harian.

4. Pastikan tangan dan kuku sentiasa berada dalam keadaan bersih dan lembap. Amalkan menyimpan krim tangan kecil dan krim kuku di dalam beg tangan dan jadikannya sebagai tabiat memakai krim setiap kali selepas mencuci tangan.

5. Elak daripada menyentuh bahan kimia dengan tangan.

6. Pakai sarung tangan apabila melakukan kerja-kerja rumah atau berkebun.

7. Pastikan selepas melakukan rawatan kuku, tidak diikuti dengan sebarang aktiviti berat seperti pembersihan.

8. Masa paling sesuai untuk mengecat kuku adalah satu atau dua jam sebelum tidur. Pastikan berada di dalam kawasan yang mempunyai ventilasi yang baik.

9. Kuku rapuh biasanya disebabkan kekurangan zat besi. Dinasihatkan supaya makan makanan yang mempunyai banyak zat besi untuk memastikan kuku yang sihat.

Penampilan baru

Posted: 28 Apr 2013 04:21 PM PDT

Pelanggan teruja sertai sesi ubah gaya oleh jurusolek profesional

Didandan dan disolek cantik sehingga menyerlahkan penampilan serta memberikan kepuasan diri. Lebih menarik, perkhidmatan diberi cukup murah dan berbaloi.

Semua itu bukan sekadar mimpi indah tetapi pengalaman menarik dilalui peserta yang terpilih menerusi laman sosial, Facebook Fan Page milik jenama farmasi terkemuka, Guardian Pharmacy dan mereka menghadiri sesi ubah gaya.

Menerusi tema, Just Gorgeous Just You, Guardian memilih 10 peserta dengan solekan menarik. Istimewanya, semua terpilih hanya diminta menyolek wajah sendiri dan menghantar gambar menarik mereka untuk dinilai juri di Facebook.

Hanya dengan berbelanja minimum sebanyak RM30 di mana-mana farmasi Guardian termasuk produk tajaan, baucer bernilai RM10 diberikan kepada pelanggan, ia membuka peluang kepada mereka yang cintakan kecantikan dirias wajah serta didandan kemas oleh jurusolek profesional.

Sebarkan pengetahuan

Acara sesi ubah gaya yang berlangsung dua hari, meriah dengan menggamit kehadiran seramai 1500 peserta, bermula dari jam 11 pagi hingga 7 petang di pusat beli belah, 1 Utama, Damansara, baru-baru ini.
Peserta turut diberikan beg cenderahati yang mengandungi produk dan kupon penjimatan bernilai lebih dari RM80. Kemeriahan terserlah apabila peserta menggunakan kesempatan, untuk disolek menggunakan jenama terkenal seperti Maybelline dan didandan oleh jurudandan A Cut Above.

Sebaik saja disolek, masing-masing bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan. Acara tambah menyeronokkan apabila 10 peserta terpilih daripada laman Facebook diberi peluang membuat 'catwalk' di atas pentas bersama jurusolek.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Guardian, Yuswanis Yusof, berkata acara itu sudah enam kali dijalankan dan setiap tahun ia mendapat sambutan menggalakkan.

"Aktiviti ini menarik perhatian ramai pelanggan kami. Pelanggan bukan saja berpeluang disolek dan didandan dengan bayaran RM10, tetapi juga mendapat maklumat berkenaan penggunaan produk dengan betul dan mendapat tahu berkenaan perkembangan produk terkini.

"Sebulan sebelum acara, kami sudah membuka promosi ini kepada pelanggan untuk menyertainya. Setakat ini, lokasi acara hanya di sekitar Lembah Klang saja ," katanya.

Teruja tampak cantik

Pelajar, Ruwaida Ruzlan,22, berkata gembira dapat menyertai sesi solekan yang dianjurkan itu dan tidak sangka diberi peluang menggunakan produk kecantikan, Maybelline ketika sesi solekan dijalankan.

"Bukan saja wajah dirias cantik, rambut saya juga turut didandan indah oleh jurudandan profesional. Hanya dengan RM10, semua yang diinginkan menjadi kenyataan," katanya.

Kegembiraan itu dikongsi bersama, Farah Hanis Mustapa, 23, yang menjadikan farmasi Guardian sebagai lokasi mendapatkan barangan kecantikan dan kesihatan tidak melepaskan peluang untuk ditatarias jurusolek.

"Saya teruja apabila diberi peluang seperti ini. Bukan saja cantik tetapi kita juga dapat mengetahui teknik solekan yang betul," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat