{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Anggota PGA tidak boleh lupa pengalaman tidur atas kubur pengganas

Posted: 29 Apr 2013 01:36 AM PDT

PAPAR: Bagi Koperal Mohamad Riduan Kasim, pengalaman tidur di atas kubur militan Sulu adalah antara yang tidak mungkin dilupakannya ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu.

Anggota Batalion 16, Pasukan Gerakan Am yang berpangkalan di Kem Kinarut di sini itu berkata, suasana gelap menyebabkan mereka tidak dapat melihat dengan jelas keadaan sekitar dan hanya mengetahui kewujudan kubur pada pagi esoknya.

"Saya ada terhidu bau busuk, bagaimanapun kami semua ingat ada binatang yang mati selain kami terlalu penat sehingga tidak mempedulikan bau itu," katanya kepada Bernama selepas majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di dewan masyarakat di sini, hari ini.

Mohamad Riduan, 32, merupakan antara 13 anggota pasukan keselamatan yang menerima anugerah itu daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.


Katanya beliau juga amat terkejut apabila mendengar berita kematian ASP Zulkifli Mamat kerana pada malam sebelumnya beliau sempat bertugas bersama Allahyarham. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/29

KLIA menang anugerah Perkhidmatan Imigresen terbaik dunia

Posted: 29 Apr 2013 12:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memenangi anugerah Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2013 pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax, yang diadakan sempena ekspo Terminal Penumpang di Geneva baru-baru ini.

Pengurus Besar Kanan Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Azmi Murad berkata, KLIA diundi secara konsisten untuk kecemerlangan perkhidmatan pekerja semenjak 2010, dan ini adalah kemenangan kedua untuk anugerah kategori Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia.

"Untuk diiktiraf secara berterusan dalam kecemerlangan perkhidmatan pekerja untuk tiga tahun adalah mengagumkan dan pencapaian ini menggambarkan usaha gigih kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi berkata pencapaian itu adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membantu meningkatkan reputasi KLIA.


Keputusan itu berasaskan kajian ke atas 12 juta penumpang yang diselesaikan dalam tempoh 10 bulan, membabitkan 388 lapangan terbang.


Kajian itu mengkaji pengalaman keseluruhan penumpang dalam 39 perkhidmatan lapangan terbang, daripada ketibaan di lapangan terbang, melalui proses transit dan pelepasan hingga ke pintu berlepas. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/29

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat