{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Tiket Piala FA Pahang, Johor DT dijual esok di dua stadium

Posted: 30 May 2013 12:48 AM PDT

KUANTAN: Penyokong Pahang boleh mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Darul Makmur dan Stadium Mini Temerloh, bermula jam 10 pagi esok.

Naib Presiden Satu Persatuan Bola Sepak Pahang Datuk Dr Omar Othman berkata Pahang selaku tuan rumah mendapat 70,000 tiket daripada 90,000 yang dipohon.

"Bagi pemegang tiket pada perlawanan 28 Mei lepas, mereka boleh menukar tiket berkenaan dengan yang baru di dua lokasi terbabit.

"Mereka hanya boleh menukar tiket perlawanan sedia ada dengan tiket yang baru manakala penukaran kepada wang tidak akan dilayan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Katanya penukaran tiket itu tidak melibatkan tambahan wang, namun bagi yang membeli tiket baru mereka akan dikenakan bayaran RM15.


Pada masa yang sama, jika pemegang tiket 28 Mei lepas tidak mahu menggunakannya untuk perlawanan Piala FA itu, mereka boleh menggunakan tiket tersebut untuk perlawanan Pahang yang akan datang di Stadium Darul Makmur, katanya.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA itu yang dibatalkan Selasa lepas akibat kekecohan penyokong Pahang dan Johor DT akan dilangsungkan semula di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, bermula jam 4.15 petang seperti yang diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Pahang selaku tuan rumah pada perlawanan itu dikenakan denda RM100,000 kerana empat kesalahan manakala Johor DT pula didenda RM20,000 kerana dua kesalahan.

Mengulas lanjut, Omar berkata walaupun Pahang tetap sebagai tuan rumah di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini, urusan tiket dan keselamatan adalah di bawah FAM.

Katanya sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat beberapa dakwaan dan insiden yang timbul pada malam Selasa lepas.

Pada perlawanan separuh akhir pertama, Johor DT mengalahkan Pahang 1-0 dan pemenang perlawanan Sabtu depan akan bertemu juara bertahan, Kelantan pada final 29 Jun ini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Dua pelajar lelaki dilaporkan hilang di Pekan

Posted: 29 May 2013 11:45 PM PDT

KUANTAN: Dua pelajar lelaki dilaporkan hilang sejak Ahad lalu selepas keluar dari rumah masing-masing di Kampung Permatang Cengkeroh, di Pekan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata pelajar terbabit, Abdul Razak Abdullah, 12 dan Aminuddin Ismail, 13, dipercayai bersahabat.

"Menurut laporan yang dibuat keluarga mereka, kedua-dua pelajar terbabit meminta izin untuk keluar dari rumah.

"Abdul Razak dipercayai keluar rumah kira-kira 9 pagi dengan memberi alasan hendak melihat orang menyembelih lembu manakala Aminuddin keluar pada 8 pagi dengan memaklumkan keluarga, beliau mahu ke bandar Rompin," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata kedua-dua keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Selasa lepas setelah mendapati pelajar terbabit tidak pulang.


Katanya sehingga kini, kedua-dua pelajar itu masih belum ditemui dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta melapor kepada pihak polis. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat