{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


PERKESO bayar pampasan RM2 bilion tahun lalu: Ismail

Posted: 30 Jul 2013 02:28 AM PDT

KUANTAN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membayar pampasan RM2 bilion kepada pencarum di seluruh negara tahun lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib.

Beliau berkata, pampasan itu dibayar kepada pencarum yang terbabit kemalangan dan pemeriksaan di tempat kerja perlu sentiasa dibuat bagi mengurangkan risiko kemalangan.

"Dengan cara ini, ia mungkin dapat mengurangkan kehilangan tenaga pekerja mahir dari pelbagai sektor," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek dan Peralatan Pemulihan Sempena Hari Raya kepada 24 penerima berjumlah RM300,379.32 di sini, hari ini.

Beliau berkata, lebih 63,000 anggota perkhidmatan awam bertaraf sementara dan kontrak kini layak mencarum dalam skim PERKESO mulai 1 Jun lalu.

"Nasib mereka kini lebih terbela dan mereka tidak lagi perlu bimbang apabila dilindungi insurans bagi mengelak menanggung kesusahan jika terbabit kemalangan atau musibah," katanya.

- BERNAMA

Tiba awal di lapangan terbang semasa Aidilfitri, kata AirAsia

Posted: 30 Jul 2013 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: AirAsia menasihatkan penumpang yang menggunakan perkhidmatannya sempena tempoh cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri, supaya berlepas awal ke lapangan terbang bagi mengelak terlepas penerbangan.

Dalam satu kenyataan, Air Asia menasihatkan penumpang supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan dan menyelesaikan semua urusan penerbangan masing-masing bagi mengelak terlepas penerbangan akibat kesesakan.

Penumpang dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan pemeriksaan masuk layan diri menerusi web atau telefon mudah alih, 14 hari sebelum berlepas dan sehingga sejam sebelum masa penerbangan (bagi penerbangan AirAsia AK/FD/QZ/PQ), kata AirAsia.

Bagi penerbangan AirAsia X (D7), pemeriksaan masuk layan diri boleh dilakukan 14 hari sebelum berlepas hingga 4 jam sebelum jadual pelepasan, kata AirAsia.

Penumpang bagi penerbangan antarabangsa perlu terus memasuki kawasan pemeriksaan imigresen walaupun pemeriksaan masuk layan diri dan bagasi sudah dilakukan.

Syarikat itu juga berkata, penumpang yang tidak boleh banyak bergerak dan berkeperluan khas, hanya dibenarkan memeriksa masuk di kaunter.

Pemeriksaan masuk juga diperlukan untuk tempahan kumpulan 10 atau lebih menggunakan nombor tempahan penerbangan yang sama (PNR), katanya.
- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat