{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


Persiapan raya tinggal abu

Posted: 29 Jul 2013 02:56 PM PDT

Kuala Lumpur: Impian menyambut kemeriahan Aidilfitri bagi lima keluarga berkecai selepas kediaman mereka dan sebuah pejabat musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, api marak dengan cepat menyebabkan lima kediaman dan sebuah pejabat yang terletak berderetan di Jalan Pasir Tengah membabitkan 19 penghuni, musnah.


Seorang mangsa, Mazla Zahari, 46, berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga anaknya berusia satu hingga lima tahun sedang tidur.

"Sebaik mengetahui ada kebakaran, saya terus membawa anak dan ibu saya berusia 70 tahun keluar dari rumah dan mengarahkan mereka masuk ke dalam kereta yang diletakkan depan rumah. Sebaik mengundur kereta, saya mendapati api sedang marak membakar rumah.


"Habis semua tempahan biskut raya pelanggan dan baju raya kami hangus dalam kebakaran itu," katanya yang menganggarkan kerugian hampir RM100,000.


Beliau berkata, dia menerima tempahan biskut raya daripada beberapa pelanggan dan semua tempahan itu sudah hampir siap.

Foto

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran deretan rumah di Kampung Pasir Baru, semalam.

Seorang lagi mangsa, Rafeah Othman, 37, berkata, dia kini buntu memikirkan di mana mereka akan menetap selepas kediaman yang disewa lebih lima tahun lalu musnah terbakar.


Berikutan itu, Rafaeh dan suami serta empat anaknya berusia antara dua dan 12 tahun akan menetap di dewan berhampiran bersama mangsa lain.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8 pagi dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Seputeh dan Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat