{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Pas Kelantan pecat ahli ikut fahaman Syiah

Posted: 31 Jul 2013 01:17 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU 31 Julai - Pas Kelantan akan mengambil tindakan tegas dengan memecat mana-mana ahli parti itu sekiranya terdapat bukti mereka terlibat dalam menyebar dan menganut fahaman Syiah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan, Pas memandang serius perkara tersebut dan tidak akan teragak-agak memecat mereka yang terlibat.

Beliau berkata, sebelum ini kepimpinan Pas juga telah menyebut mana-mana ahli parti itu yang berpegang kepada ajaran Syiah diminta keluar daripada Pas. Itu pendirian asas Pas sejak daripada dahulu.

Katanya, daripada segi agama, Syiah memang ditolak oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah dan rakyat Malaysia serta ahli Pas sendiri sememangnya berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ujarnya, Pas sejak daripada dahulu menolak fahaman Syiah ini memandangkan dari segi agama fahaman berkenaan jelas menyeleweng dan banyak kesilapan dalam akidah.

"Kalau ada bukti kita akan pecat mereka (ahli Pas) yang menganut fahaman Syiah, sekarang kita tidak mempunyai bukti di kalangan ahli Pas yang mengamalkan Syiah, walaupun terdapat tohmahan bahawa ada pimpinan dan ahli Pas ini yang mengamalkan Syiah.

"Kita tidak ada bukti jadi kita tidak boleh bertindak semata-mata di atas dakwaan dan tohmahan itu sahaja. Sehinga kini kita juga tidak ada laporan, kalau ada kita akan siasat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Hafaz: Pelajar Terengganu wakil Malaysia ke Algeria

Posted: 31 Jul 2013 01:05 AM PDT

KUALA TERENGGANU 31 Julai - Seorang pelajar tahun empat Persijilan Tahfiz Institut Al-Quran Terengganu (IQT) Ikhwan Amin Hidayat, 19, akan mewakili Malaysia pada pertandingan al-Quran Antarabangsa Algeria yang berlangsung pada 28 Julai hingga 7 Ogos.

Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar IQT, Hanapi Awang @ Sulong berkata, pelajar tersebut dipilih oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke pertandingan itu berjudul 'Algerian International Competition For The Glorious Quran 10th Session 2013M/1434H'.

"Alhamdulillah, pelajar ini menyertai pertandingan antarabangsa ini dalam kategori 30 juzuk hafazan Al-Quran.

"Pada awal tahun ini juga Ikhwan Amin menjadi johan dalam pertandingan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu dan mendapat saguhati dalam pertandingan Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan juga dalam kategori 30 juzuk," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA

Aidilfitri: ATM tingkat aset di pantai timur Sabah

Posted: 30 Jul 2013 11:58 PM PDT

KUALA LUMPUR 31 Julai - Angkatan Tentera Malaysia (ATM), melalui Ops Sanggah, akan meningkatkan aset di perairan pantai timur Sabah menjelang sambutan Aidilfitri kali ini untuk menghadapi sebarang ancaman di musim perayaan.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ia akan menyaksikan penambahan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Di lautan banyak melibatkan kapal dan aktiviti maritim, jadi kita perlu bersiap sedia dalam menghadapi sebarang situasi," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pesawat peronda maritim sememangnya membuat tinjauan bagi memastikan keselamatan perairan negara terjamin.

Zulkifeli turut mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa tempoh tiga minggu yang diberi kepada penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah untuk keluar dari negara ini sebagai satu 'kesilapan'.

Beliau berkata: "Kita guna waktu itu untuk buat kajian kerana kita tahu di pantai timur Sabah ramai yang berketurunan Sulu...kita buat kajian sikap, bagaimana pandangan mereka, masa rundingan berlaku, kita guna untuk bercakap dengan rakyat Malaysia berketurunan Sulu.

"Yang jelasnya mereka sesekali tidak pernah dan tak setuju terhadap pencerobohan ini dan sentiasa menyokong 100 peratus tindakan kerajaan." Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang turut serta pada sidang akhbar itu berkata, isu risikan yang lemah dan dakwaan kesilapan tiga minggu berkenaan tidak wujud.

"Itu cara kita, pendekatan kita, budaya kita selesaikan masalah. Kita tengok peristiwa Memali dan Sauk, semuanya akan bermula dengan rundingan dan perbincangan.

"Kita tak mahu lebih banyak pertumpahan darah dan kerosakan harta benda berlaku. Jika rundingan itu gagal, barulah kita ambil tindakan," tegasnya.

Insiden pencerobohan bersenjata pengganas mulai 12 Feb lalu itu mengorbankan 10 anggota keselamatan negara. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat