{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Ahli UMNO terima kaedah baharu pemilihan

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

ALOR GAJAH 30 Julai - Ahli UMNO di peringkat akar umbi dapat menerima kaedah baharu pemilihan anggota Majlis Tertinggi UMNO (MT) Oktober ini kerana proses tersebut dianggap lebih terbuka dan demokratik.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, maklum balas daripada sesi penerangan dan taklimat yang dijalankan berhubung kaedah pemilihan MT itu didapati tidak mendapat bantahan atau dipertikaikan daripada ahli parti di seluruh negara.

''Sesi penerangan dan taklimat yang UMNO adakan di setiap negeri berjalan lancar malah boleh dikatakan ahli di peringkat bahagian dan cawangan faham dengan kaedah pemilihan mengikut perlembagaan parti yang baharu.

''Mereka menyifatkan pemilihan pucuk pimpinan parti kali ini lebih demokrasi kerana memberi peluang kepada 150,000 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara untuk memilih pemimpin parti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Mara di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Alexander Nanta Linggi; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Keusahawanan Negeri, Datuk Hasan Rahman dan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa.

Khairy tempelak Guan Eng gagal bezakan PKM dengan PKC

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak Lim Guan Eng berikutan kegagalan Setiausaha Agung DAP itu membezakan antara pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis China (PKC) yang memerintah republik itu hari ini.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng mempertikaikan kerjasama antara Pemuda Barisan Nasional (BN) dan parti pemerintah China itu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sengaja melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada UMNO.

Menurutnya, tujuan Pemuda BN memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China adalah untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik terutama dalam usaha meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Katanya, jauh beza dengan PKM yang telah melakukan tindakan ganas terhadap rakyat Malaya dan Malaysia, sebelum serta selepas kemerdekaan.

"Saya tidak faham kenapa dia (Guan Eng) tidak boleh membezakan antara kedua-dua entiti tersebut.

''Memang benar pada asalnya ideologinya sama tetapi Parti Komunis China telah melalui perubahan dan setelah Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak memulakan hubungan dengan negara China maka mereka telah pun berhenti memberi sokongan kepada parti-parti luar negara terutamanya di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majli Berbuka Puasa Pergerakan Pemuda UMNO yang turut dihadiri Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid dan Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang mempertikaikan hubungan diplomatik antara kedua-dua Pemuda UMNO dan Parti Komunis China yang disifatkan beliau telah menyerlahkan sikap kepura-puraan dan dwistandard parti terbesar Melayu tersebut dalam usaha-usaha menangani anasir komunisme di negara ini.

Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan, soal utama yang tidak ditekan Guan Eng ialah mengenai filem The New Village yang berdasarkan sedutan yang dilihat memberi gambaran positif terhadap pengganas PKM.

"Beliau sentiasa tidak menjawab isu pokok iaitu sensitiviti rakyat Malaysia yang masih lagi sensitif terhadap isu pengganas komunis," tegasnya.

Katanya, perkara tersebut menimbulkan kemarahan pelbagai pihak justeru, Pemuda UMNO meminta Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada filem itu.

"Tindakan Kementerian Dalam Negeri tepat untuk menangguhnya dahulu. Ini kerana kita lihat Tanda Putera, maka filem itu ditunda dan ditangguh selama satu tahun selepas penilaian semula.

"Dalam hal The New Village, kita mahu perkara sama dibuat juga. Itu perkara yang tidak disentuh Guan Eng kerana dia tidak faham perbezaan PKM dan Parti Komunis China hari ini dalam isu hubungan diplomatik," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat