{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tun ghafar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tun ghafar - Google Blog Search


Isa tidak berganjak tanding Naib Presiden UMNO - Utusan Online

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

ALOR GAJAH 29 Ogos - Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Isa Abdul Samad berkata, beliau tidak akan berganjak daripada keputusan awal yang diambilnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Menurutnya, tidak ada desakan daripada mana-mana pihak atau individu yang memintanya membuat pertimbangan semula berhubung pengumuman yang dibuatnya untuk bertanding jawatan tersebut.

''Walaupun pada hari pendaftaran nanti berkemungkinan besar hanya saya seorang sahaja menawarkan diri bertanding Naib Presiden bersama tiga penyandang, hasrat saya itu tetap akan diteruskan.

''Saya tidak berdepan dengan sebarang masalah apabila menawarkan diri untuk bertanding kerana semua ini akan ditentukan oleh kebijaksanaan perwakilan nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Warga Felda Tun Ghafar Hutan Perca di dewan orang ramai, di sini malam tadi.

Isa berkata, setakat ini hanya beliau sahaja yang mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden.

''Saya tak dengar ada calon lain nak bertanding jawatan ini, mungkin ada yang berminat macam saya tetapi mereka menunggu pada hari pendaftaran baru nak umum," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat