{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


7 kawasan mengalami gangguan bekalan air

Posted: 30 Aug 2013 02:19 AM PDT

KUALA SELANGOR 30 Ogos - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terpaksa menghentikan sementara operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang kerana berlaku kejadian minyak diesel memasuki sumber air di Hulu Sungai Selangor.

Kejadian tersebut mengakibatkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. - UTUSAN ONLINE

PM, TPM sertai 10,000 tetamu di sambutan Raya sayap UMNO

Posted: 30 Aug 2013 01:19 AM PDT

PERDANA Menteri, Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri tiga sayap UMNO di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kemeriahan sambutan majlis hari raya tiga sayap parti UMNO - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini tambah berseri dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu tiba kira-kira 2 petang disambut kepimpinan sayap parti termasuk Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizad Abdul Jalil; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Turut serta barisan kepimpinan parti termasuk Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib-naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Mewakili ketiga-tiga sayap parti, Shahrizat dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang memeriahkan majlis itu.

Majlis rumah terbuka Merdeka Raya itu turut mengambil peluang untuk memperingati jasa pejuang negara yang telah memungkinkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.

Kira-kira 10,000 tetamu membanjiri sambutan itu sejak majlis bermula kira-kira 11 pagi bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kehadiran tetamu disambut mesra kepimpinan sayap Shahrizat, Khairy dan Rosnah dan Exco-exco.

Pelbagai juadah hari raya termasuk sate, lemang, rendang, mi rebus, kambing panggang, roti jala, mi goreng dan pelbagai manisan serta buah-buahan menanti pengunjung. - BERNAMA

Perniagaan: Kerajaan komited tangani rasuah - PM

Posted: 30 Aug 2013 12:05 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kerajaan komited menangani rasuah yang sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengingatkan persekitaran perniagaan dalam negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang membuat ikrar itu berkata, pewujudan portfolio tadbir urus dan integriti dalam kabinet selain menggubal peruntukan perundangan liabiliti korporat bagi melengkapkan kewujudan undang-undang anti-rasuah, jenayah komersil dan syarikat sedia ada, membuktikan komitmen itu.

"Saya mahu menjadikan rasuah sebagai sejarah di Malaysia, dan tidak berlaku lagi pada masa depan. Dan ini bermakna mengubah budaya organisasi dan perniagaan," katanya pada majlis penutupan Program Etika Melatih Jurulatih Majlis Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di sini hari ini.

Selain itu, syarikat multinasional, syarikat senaraian awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) secara sukarela telah memperkukuh kawalan dalaman dan menyertai program ikrar korporat bagi membuktikan komitmen mereka terhadap prinsip-prinsip anti-rasuah.

Di peringkat ASEAN, beliau berkata, negara anggota Asean berusaha mewujudkan komuniti ekonomi tunggal menjelang 2015, yang penting bukan sahaja bagi membangunkan ekonomi mampan, malah merupakan isyarat mengenai komitmen mereka terhadap amalan perniagaan beretika dengan bertindak bagi menangani rasuah di negara masing-masing.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menetapkan paras yang lebih tinggi dari segi amalan terbaik, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sejak tiga tahun lepas, suruhanjaya itu telah melatih dan mengesahkan integriti pegawai dan berusaha menubuhkan unit-unit integriti di kesemua agensi kerajaan dan GLC.

"Ini secara menyeluruhnya merupakan campur tangan penting dalam persekitaran perniagaan. Dan pulangan atas pelaburan ini juga sangat penting," katanya.

Bagi tadbir urus dan komersil, nilai penting ialah amanah, katanya.

"Jika kita menunaikan janji kepada rakyat - sebagai contoh, usaha berterusan menangani rasuah yang dibuat secara konsisten, nilai itu akan meningkat,"" kata Najib.

Perdana Menteri berkata, ganjarannya bukan sahaja dalam bentuk persekitaran perniagaan yang lebih terbuka dan telus, pasaran lebih cergas dan peluang lebih besar, malah memperbaharui keyakinan terhadap keupayaan kerajaan untuk berubah kepada yang lebih baik.

Beliau berkata, di kebanyakan negara, masyarakat tidak berapa yakin terhadap institusi kewangan, memandangkan rakyat akan menanggung beban akibat dasar yang salah.

"Ada bank keterlaluan, menyalahgunakan kepercayaan pemegang saham dan peserta pasaran, dan apabila sistem gagal, pembayar cukai yang terpaksa menanggungnya," katanya.

Najib memuji inisiatif yang diambil oleh sekretariat APEC yang memperkenal dan memberi tumpuan kepada etika perniagaan memandangkan ia akan mengurangkan peraturan yang tidak jelas, kompleks dan bercelaru.

"Dengan menggalakkan budaya dan etika bertanggungjawab yang digariskan oleh standard sejagat yang jelas, negara boleh membuat sumbangan bermakna dalam membincangkan kaedah permodalan pasaran yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat moden selain membuat perubahan ketara untuk meletakkan ekonomi masing-masing pada tahap yang lebih baik," kata Perdana Menteri. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat