{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Pegawai polis cedera dirempuh penunggang lesen L

Posted: 31 Aug 2013 11:00 AM PDT

AHMAD Shah Abdul Rasheed yang mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, semalam.

PONTIAN 31 Ogos - Seorang pegawai polis cedera akibat dirempuh seorang penunggang motosikal yang cuba mengelak daripada diperiksa dalam sekatan jalan raya di Kilometer 60.5, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.10 pagi ketika mangsa, Inspektor Ahmad Shah Abdul Rasheed, 28, mengetuai sekatan jalan raya bersama empat anggota polis dan 20 anggota sukarelawan berhampiran Simpang Empat, Pusat Perdagangan Pontian.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, tiba-tiba sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki berusia 23 tahun cuba mengelak daripada ditahan dan memecut laju melepasi sekatan itu.

"Penunggang terbabit gagal mengawal kenderaannya dan merempuh Ahmad Shah yang berada di tengah jalan manakala dua anggota polis lain sempat mengelak.

"Berikutan itu pegawai polis terbabit tercampak sehingga mengalami kecederaan di bahu kiri dan kedua-dua belah telinga," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, penunggang motosikal itu yang berkerja di sebuah restoran makanan segera di Singapura ditahan di tempat kejadian selepas motosikalnya terjatuh.

Beliau berkata, Ahmad Shah dikejarkan ke Hospital Pontian sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Johor di Johor Bahru manakala suspek direman selama tiga hari sehingga Isnin ini mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zahaliman memberitahu, penunggang motosikal itu hanya memiliki lesen L namun cuba melarikan diri kerana bimbang kenderaannya disita.

Wajib pertahan kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh LUQMAN HAZIQ
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 30 Ogos - Rakyat pelbagai kaum digesa bukan sahaja bersama-sama berganding bahu memastikan negara terus selamat, malah wajib mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain itu semua pihak turut diminta supaya sentiasa menjaga dan memastikan kesejahteraan berpanjangan.

"Marilah kita doakan agar negara tercinta terus dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, keteguhan ekonomi, dijauhkan daripada segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran negara.

"Tanamkanlah rasa kasih sayang antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan semoga sentiasa hidup dalam kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman," katanya dalam status terbaharu menerusi laman sosial, Facebook sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 esok.

Beliau turut berdoa semoga negara ini sentiasa dilindungi dan di bawah keampunan Allah SWT.

Dalam entri bertema Rakyat Muafakat Negaraku Berdaulat Negeriku Berkat itu, Mohamed Khaled berkata, Muafakat Johor menjadi tulang belakang kepada pelengkap kesejahteraan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri ini.

"Penekanan muafakat kepada aspek keharmonian, kesepakatan, persefahaman, bertolak ansur, bekerjasama serta menanam jati diri sebagai anak negeri Johor tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit wajar dipelihara dan dipupuk agar terus menjadi teras amalan bangsa Johor," katanya.

Pemuda UMNO Chaah Bandar edar 1,000 Jalur Gemilang

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

PESERTA Kembara Merdeka bersama pelajar dan warga SMK Chaah bergambar sambil mengibarkan Jalur Gemilang di pekarangan SMK Chaah, Labis, semalam.

LABIS 30 Ogos - Sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 esok, Pemuda UMNO Cawangan Chaah Bandar mengedarkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah, semalam di bawah program Kembara Merdeka.

Ketuanya, Mohd. Shah Shukoree Abu, 32, berkata, program itu bertujuan menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat terutamanya pelajar untuk mengingati Hari Kemerdekaan dengan bersama-sama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah dan kediaman mereka.

Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang yang diedarkan itu adalah sebagai simbolik dan sokongan Pemuda UMNO Cawangan Chaah Bandar kepada Kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Kami memilih SMK Chaah kerana sedar semangat kemerdekaan dan patriotisme ini harus dipupuk bermula di peringkat sekolah," katanya selepas berkonvoi menggunakan motosikal bagi mengedarkan Jalur Gemilang berkenaan.

Konvoi tersebut mendapat kerjasama daripada persatuan motosikal berkuasa tinggi, Botak Bikers yang disertai lebih 40 penunggang dan melalui jalan utama di Chaah sebelum berhenti dan mengagihkan kesemua bendera tersebut kepada para pelajar SMK Chaah.

Mohd. Shah turut mengajak rakyat, khususnya di negeri ini supaya mengingati pentingnya kemerdekaan bagi setiap lapisan masyarakat.

Ini kerana kita perlu menjaga keamanan agar tidak berlaku pergolakan seperti negara luar. Keharmonian dan keamanan penting bagi negara dan kita patut bersyukur dengan keadaan ini," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Chaah, Maimon K. Mohamed berbesar hati menerima kunjungan rombongan tersebut dan memuji langkah itu untuk menunjukkan semangat kesetiaan kepada negara dan berharap program berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program sebegini bukan sahaja dapat memupuk semangat sayangkan negara dan cintakan kemerdekaan dalam kalangan pelajar, sebaliknya kepada seluruh warga sekolah ini termasuk guru dan ibu bapa.

Ini satu tambahan aktiviti untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan negara kita yang pastinya akan disambut meriah dan bermakna di sini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat