{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Najib, Muhyiddin hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri sayap UMNO

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

NAJIB Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor melihat kek Merdeka Raya sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Muhyiddin Yassin dan isteri, Noorainee Abdul Rahman, Khairy Jamaludin (dua, kanan), Shahrizat Abdul Jalil (tiga, kanan), Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kanan) dan Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri). - BERNAMA

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu tiba kira-kira pukul 2 petang dengan disambut kepimpinan sayap parti iaitu Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Yang hadir sama, barisan kepimpinan parti termasuk Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib-naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Rumah terbuka yang bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang itu menyaksikan lebih 10,000 masyarakat pelbagai kaum saling beramah mesra selain menikmati pelbagai juadah di kios-kios makanan serta minuman.

Berkonsepkan Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku yang mengambil sempena tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56, majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Jamal Abdillah, Hafiz, Alyah dan Lan Kristal.

Tengku Razaleigh belum membuat keputusan

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

GUA MUSANG 30 Ogos - Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk bertanding atau tidak dalam sebarang jawatan tertinggi parti itu.

Beliau berkata, keputusan muktamad akan hanya dibuat pada hari penamaan calon bagi pemilihan Majlis Tertinggi UMNO, 28 September ini.

"Pada masa ini saya tidak mahu membuat sebarang keputusan, tunggu 28 September, yang mana pada masa itu semua ahli UMNO yang layak termasuk saya boleh mendaftar untuk merebut sebarang jawatan pada pemilihan UMNO Oktober depan.

"Hari itu saya akan buat keputusan," katanya kepada pemberita dalam majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang di Kampung Lambok di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani; ADUN Galas, Ab. Aziz Yusof dan Naib Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Mohd. Syahbuddin Hashim.

Terdahulu, Razaleigh turut meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat yang terdiri daripada Orang Asli di kampung berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya keputusan bilakah beliau akan bersara daripada politik, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, perkara itu telah diumumkan pada setiap majlis yang dihadirinya dan Pilihan Raya Umum (PRU-13) adalah yang terakhir ditandinginya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat