{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Guna kaedah 2+1 lebih cekap

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 29 Ogos - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) akan mula melaksanakan sistem baharu kutipan sisa pepejal dengan kaedah 2+1 secara berperingkat bermula 1 September ini di kawasan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) iaitu Sikamat, Ampangan dan Paroi.

Pengurus Besar Kumpulannya, Adnan Ibrahim berkata, sistem kutipan baharu dengan kaedah 2+1 itu akan menggantikan sistem lama dengan sisa domestik di kutip tiga kali seminggu.

"Kaedah baharu 2+1 ini bermaksud kutipan sisa isi rumah dan organik akan dilakukan mengikut kekerapan dua kali seminggu, manakala kutipan sisa yang boleh dikitar semula, sisa pukal dan sisa kebun akan dilaksanakan sebanyak sekali seminggu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Adnan, sistem 2+1 telah mengubah landskap kutipan sisa pepejal di negara ini bagi mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan.

Menurut beliau, sistem kutipan 2+1 dirangka untuk meningkatkan kadar kitar semula, mengurangkan tekanan pusat pelupusan sampah dan mewujudkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan rakyat negara ini.

Sehubungan itu, kata Adnan, penduduk diminta melakukan pengasingan sampah sisa makanan, kitar semula dan kebun bagi memastikan kutipan sampah dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Tong sampah beroda SWM yang telah diberikan secara percuma hendaklah digunakan bagi mengelak kegagalan kutipan sisa berjadual oleh pihak operasi.

"Sisa makanan hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik sampah, diikat kemas dan dibuang ke dalam tong sampah beroda SWM.

"Tong sampah beroda pula hendaklah diletakkan di hadapan rumah ketika hari kutipan sisa berjadual," katanya.

Bagi sisa yang boleh dikitar semula, kebun dan pukal, Adnan memberitahu, perlu dimasukkan ke dalam beg plastik sampah, diikat kemas dan diletakkan di hadapan rumah ketika hari kutipan sisa kitar semula, kebun dan pukal.

Tambah beliau, sistem kutipan baharu itu akan dimulakan secara berperingkat dari 1 September ini melibatkan 26,001 premis di 129 buah taman dalam kawasan MPS.

10,000 buku Syiah dirampas

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

Pegawai JAIM menyusun sebahagian daripada risalah berkaitan Syiah yang dirampas di sebuah kilang cetak di Cheng, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 29 Ogos - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) merampas sebanyak 10,000 naskah buku berkaitan ajaran Syiah di sebuah kilang cetak di Cheng di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, serbuan ke atas kilang tersebut susulan penemuan 140 naskah buku ajaran Syiah setebal 40 muka surat yang diletakkan di setiap kereta di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini Jumaat lalu.

Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat intipan sebelum menyerbu kilang tersebut.

"Hasil serbuan kita merampas semua bahan cetakan buku ajaran Syiah berjumlah 10,000 naskah yang cuba diedarkan di beberapa lokasi di negeri ini," katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Rahimin berkata, dalam serbuan tersebut juga KDN bukan sahaja merampas buku yang dalam proses untuk dicetak malah risalah dan plat mencetak turut dirampas.

Menurutnya, serbuan ke atas kilang di Cheng adalah kali kedua dilakukan oleh JAIM.

"Sebelum ini, kilang ini juga kita kenal pasti yang mencetak buku berkaitan Syiah yang pernah dirampas di sebuah rumah di Paya Dalam tiga tahun lalu," katanya.

Sehubungan itu katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 48, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri laka 1991 kerana penerbitan agama berlawanan dengan hukum syarak.

Stesen pengawasan udara di SMK Tinggi Melaka

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

MELAKA 29 Ogos - Perpindahan stesen pengawasan udara automatik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Tuah, Bachang ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka akan memudahkan lagi kerajaan negeri menyusun strategi menghadapi jerebu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, dengan adanya stesen pengawasan udara automatik kedua itu kerajaan negeri dapat mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi menutup sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak.

Menurutnya, sejak negeri ini dilanda jerebu yang teruk pada Jun dan Julai lalu, rakyat mula mengetahui mengenai pentingnya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

"Saya perhatikan semasa negeri ini dilanda jerebu, orang ramai sentiasa tertanya-tanya apakah nilai IPU sebelum mereka keluar bekerja atau menghantar anak ke sekolah.

"Fenomena jerebu telah memberi impak dari segi kesihatan, ekonomi dan aktiviti harian kita semua sekali gus menunjukkan rakyat di negeri ini semakin peka mengenai kesan pencemaran," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Stesen Pengawasan Kualiti Udara Secara Automatik di SMK Tinggi Melaka, Banda Hilir di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Ismail turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) atau Nota Kerjasama dua hala antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT), syarikat swasta.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA), Johar Yusof, Pengarah Pendidikan negeri, Kasim Mohamad dan Pengetua SMK Tingga Melaka, Abd. Razak Che Ngah.

Ismail berkata, selain SMK Tinggi Melaka, sebuah lagi stesen pengawasan udara automatik terdapat di kawasan perindustrian Bukit Rambai.

Menurutnya, alat tersebut berfungsi mencerap parameter-parameter pencemar udara seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon monoksida dan pepejal terampai bersaiz kurang dari 10 mikron.

"Setakat ini, negara dilengkapi dengan 52 stesen pengawasan automatik dan 18 stesen pengawasan udara manual yang ditempatkan di setiap negeri mengikut pola pembangunan setempat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat