{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda palong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda palong - Google Blog Search


Gaya Peneroka: Peneroka <b>Felda Palong</b> 2 pertikai status 3 akaun KPF

Posted: 06 Sep 2013 11:41 AM PDT

FELDA PALONG: Seramai 107 peneroka Felda Palong 2 mahu pihak pengurusan memberi penjelasan berhubung status tiga akaun pelaburan dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang melibatkan wang simpanan mereka.

Selain pihak pengurusan, mereka juga mahu Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Felda Palong 2 menjelaskan perkara sama berhubung wang mereka yang dilabur dalam KPF.

Wakil peneroka, Awalludin Samah, 59, dari Blok 5, berkata terdapat tiga akaun tabung peneroka yang dilabur di dalam KPF.

"Akaun pertama ialah akaun JKKK yang mempunyai simpanan sebanyak RM193,733.51 setakat ini manakala akaun kedua ialah Tabung Ladang.

"Status tabung ini masih tidak diketahui sama ada masih beroperasi atau tidak. Simpanan dalam KPF setakat ini ialah sebanyak RM15,974.17.

"Akuan ketiga ialah Tabung Khairat Kematian yang mempunyai simpanan sebanyak RM15,239.83 dalam KPF sehingga kini," jelas beliau.

Dividen tidak diumum

Bagaimanapun katanya, dari tahun 2000 hingga 2013, butiran kewangan termasuk bagaimana wang dalam ketiga-tiga akaun ini dibelanjakan dan berapakah jumlah dividen yang diterima tidak pernah diumumkan kepada 534 peneroka Felda Palong 2.

"Selama 13 tahun tidak pernah diadakan Mesyuarat Agung. Ke mana pergi dan bagaimana dividen ini dibelanjakan? Kami semua kabur berhubung perkara ini.

"Ada Ketua Blok yang hadir dalam mesyuarat Ketua-Ketua Blok dengan JKKK. Tetapi Ketua Blok sendiri tidak jelas tentang status kewangan ketiga-tiga akaun dalam KPF itu," kata Awalludin.

Seorang lagi wakil peneroka, Dahlan Khatib, 61, berkata mereka tahu tentang jumlah terkini ketiga-tiga akaun KPF itu pun selepas mereka berpakat pergi beramai-ramai ke Ibu Pejabat KPF di Wisma Felda, Kuala Lumpur dan mendapatkan sendiri penyata kewangan ketiga-tiga akaun KPF tersebut.

"Selama 13 tahun membuat pelaburan, kami tidak pernah mendapat dividen dari ketiga-tiga akaun ini. Sekurang-kurangnya pengurusan Felda atau JKKK harus menjelaskan status akaun dan dividen akaun ini. JKKK tidak pernah membentangkan butiran terperinci ketiga-tiga akaun ini," ujar Dahlan.

Mesyuarat Agung

FMT mendapatkan reaksi daripada pihak pengurusan Felda Palong 2, Kamarudin Hassan berhubung rasa tidak puas hati peneroka Felda terbabit.

"Dividen disalurkan kepada tiga badan tersebut, iaitu JKKK, Tabung Ladang dan Tabung Khairat Kematian (Masjid). JKKK tidak perlu mengadakan Mesyuarat Agung kerana tiada keperluan. JKKK bernaung di bawah Pejabat Daerah.

"Tidak ada keperluan untuk bentang akaun kepada semua peneroka. Tetapi jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati dan inginkan penjelasan, bila-bila masa mereka boleh datang berjumpa saya.

"Contohnya bayaran bil lampu jalan, penganjuran program ibu tunggal dan mengadakan sambutan Hari Raya umpamanya. Sumber kewangan dari akaun ini digunakan untuk kebaikan peneroka juga," jelas Kamarudin.

FMT turut menemui Pengerusi JKKK Felda Palong 2, Arifin Hussin untuk mendapatkan reaksi beliau.

t kuBeliau berkata, "adalah tidak betul JKKK tidak mendedahkan butiran akaun dalam KPF itu. Setiap dua bulan sekali kita mengadakan mesyuarat dengan Ketua-Ketua Blok. Ketua Blok boleh meminta apa jua penjelasan tentang butiran kewangan akaun KPF ini.

"Kita tiada keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Agung. Mengikut arahan Pejabat Daerah, JKKK perlu mengadakan mesyuarat enam kali setahun.

"Setiap kali mesyuarat dengan Ketua-Ketua Blok, JKKK akan menjelaskan berapa banyak duit diperlukan dan untuk apa wang itu diperlukan. Biasanya untuk menganjurkan sesuatu program atau sambutan membabitkan peneroka Felda Palong 2.

"Tetapi tidak mengapa. Oleh kerana mereka mahu butiran akaun itu, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar surat kepada kesemua 534 peneroka Felda Palong 2 ini dengan anggaran pendapatan untuk tahun 2013 dan anggaran perbelanjaan untuk tahun 2014," kata Arifin.

Pemotongan pendapatan

Sementara itu T Kumar, seorang peguam penasihat kepada peneroka terbabit berkata adalah hak peneroka untuk mengetahui bagaimana wang dalam akaun KPF itu dibelanjakan.

"Duit itu adalah hasil pemotongan pendapatan mereka sejak berpuluh tahun. Pengerusi JKKK Felda Palong 2 harus menjawab surat penjelasan yang dihantar oleh 107 peneroka terbabit. Peneroka menghantar surat pertama dan dijawab.

"Bagaimanapun surat susulan peneroka yang kedua tidak dijawab sehingga hari ini," kata bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri Jeram Padang pada Pilihan Raya Umum lalu itu.

Memandangkan para peneroka menemui jalan buntu dan pengurusan Felda Palong 2 serta Pengerusi JKKK Felda Palong 2 tidak mahu memberikan butiran akaun yang lengkap, maka peneroka tiada pilihan lain melainkan memanggil sidang media.

"Jika tidak ada respon daripada Pengurus Felda Palong 2 dan Pengerusi JKKK Felda Palong 2 atau penjelasan yang tepat; langkah seterusnya peneroka akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," tegas Kumar.

Sumber SINI

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat