{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Manfaatkan peniaga di Gelang Patah

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin memandu jengkaut sebagai gimik Majlis Pecah Tanah Medan Selera Taman Perintis 1 di Gelang Patah, Johor, semalam.

NUSAJAYA 27 Okt. - Projek Medan Selera Iskandar Malaysia diperkenalkan hari ini dalam usaha memastikan setiap lapisan masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah menikmati limpahan hasil pembangunan di kawasan Iskandar Malaysia.

Projek kedua digerakkan di bawah Program Kawan Iskandar Malaysia (KIM) selepas projek Ekopelancongan Kampung Sungai Melayu itu merupakan salah satu strategi pembangunan sosial Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Medan Selera Iskandar Malaysia itu dibina dengan tujuan menyediakan tempat berniaga lebih teratur dan selesa kepada penjaja serta peniaga kecil di sekitar kawasan Gelang Patah.

Menurutnya, projek membina bangunan dua tingkat yang akan dibangunkan di kawasan Taman Nusa Perintis 1, Pekan Gelang Patah di sini, boleh menempatkan sebanyak 30 penjaja makanan dan peniaga kecil apabila siap pada Disember tahun depan.

"Apa yang menarik mengenai projek ini ialah kerajaan negeri dan IRDA menyediakan tempat dan memberi sokongan diperlukan manakala Koperasi Peniaga dan Usahawan Melayu Gelang Patah akan diberi tanggungjawab menguruskannya.

"Jika projek ini berjaya kelak, kita harap koperasi terlibat dapat meneruskan usaha yang sama dengan cuba membuka medan selera seumpama itu di tempat lain sekali gus mampu membuka peluang kepada orang lain pula," katanya selepas majlis pecah tanah projek itu di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila mula beroperasi kelak tempat tersebut yang bakal menempatkan gerai menjual pelbagai masakan tempatan di tingkat bawah dan produk tempatan di tingkat atas diharap mampu menjadi tarikan pelancong.

Sementara itu, Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim berkata, projek tersebut adalah contoh terbaik usaha kerjasama antara masyarakat setempat dengan semua agensi pelaksana termasuk pihak swasta dalam merebut peluang di Iskandar Malaysia.

"Pembinaan Medan Selera Iskandar ini diharap dapat memenuhi permintaan pelancong dari dalam dan luar negara dalam menawarkan perkhidmatan makanan dan menjadi pusat pengedaran produk tempatan," katanya.

Kurangkan gula, bukan naikkan harga - Siew Kiong

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Tee Siew Kiong menyampaikan sumbangan sempena perayaan Deepavali kepada kaum India di Pontian, Johor, semalam.

PONTIAN 27 Okt. - Para peniaga makanan dan minuman diminta menggunakan pendekatan 'kurang manis' dalam makanan mereka supaya harga tidak perlu dinaikkan berikutan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen dalam Bajet 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pelancongan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, sebarang kenaikan harga adalah tidak wajar memandangkan peningkatan harga masih di bawah 10 peratus malah perlu dilihat secara positif terutama dalam aspek pengambilan makanan rakyat negara ini.

"Peniaga perlu sama-sama membantu kerajaan bagi mendidik masyarakat dalam soal pengambilan gula yang berlebihan sebagai punca meningkatnya bilangan pesakit diabetes.

"Kerajaan negeri berharap pengurangan subsidi gula itu tidak dijadikan alasan bagi menaikkan harga makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali untuk masyarakat India di pejabat PPP Bahagian Pontian di sini semalam.

Seramai 20 keluarga kaum India yang akan meraikan Deepavali minggu hadapan menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai, sementara 30 keluarga lagi mendapat bantuan serupa dalam satu majlis berasingan di Taman Megah di sini.

Kata Siew Kiong, pemborong, peniaga, pengeluar makanan dan pengusaha restoran diharap dapat memahami rasional pengurangan subsidi gula apatah lagi pengambilan gula yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.

"Saya akan menggerakkan pasukan pemantau harga di seluruh negeri bagi memantau sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga makanan dan minum kesan daripada pengurangan subsidi gula," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Siew Kiong menyifatkan Bajet 2014 yang dibentangkan banyak memberi faedah kepada orang ramai dalam mengurangkan kos sara hidup pada hari ini melalui kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) daripada RM500 kepada RM650 bagi keluarga serta bantuan persekolahan sebanyak RM100.

Selain menepati Akujanji Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, belanjawan tersebut memperlihatkan perhatian kerajaan dalam cukai, peluang perniagaan, pinjaman dan pendidikan, sejajar dengan usaha untuk mentransformasikan kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat