{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Mahu kawasan rekreasi kekal hijau

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

SEBAHAGIAN daripada penduduk Pandan Perdana berkumpul bagi membantah cadangan pembinaan projek mewah di Pandan Lake Club, Ampang Jaya, kelmarin. - UTUSAN/SAFIYANA SALIM

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Cadangan pembinaan projek mewah di kawasan seluas 4.4 hektar di Pandan Lake Club, Pandan Perdana dekat sini terus mendapat bantahan penduduk sekitar.

Terbaharu, kira-kira 200 penduduk sekitar Jalan Perdana 3/10 berkumpul bagi menyatakan bantahan mereka seterusnya mendesak kerajaan negeri agar segera campur tangan bagi menyelesaikan isu itu.

Penasihat Jawatankuasa Menyelamatkan Tasik Pandan, Janice Lee Ying Ha berkata, penduduk tidak mahu projek itu diteruskan kerana masalah lebih besar yang akan timbul iaitu kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, sekiranya projek tersebut diteruskan dijangkakan berlaku pertambahan penduduk di kawasan sekitar.

"Memorandum yang mengandungi kira-kira 1,400 tanda tangan penduduk telah diserahkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum ini, dan hari ini kira-kira 800 tanda tangan diperoleh daripada penduduk sekitar.

"Difahamkan, pihak MPAJ masih belum meluluskan projek berkenaan. Kita tidak mahu penduduk ditipu oleh pemaju dan kita mahu tapak ini terus kekal sebagai kawasan hijau dan rekreasi," katanya dalam sidang akhbar bersama-sama 200 penduduk di sini, semalam.

Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Berhampiran Kawasan Projek Cadangan Kondominium Pandan Perdana Lake Club, Hashim Mahmud pula berkata, tapak projek yang bakal dibangunkan itu merupakan bekas lombong tinggal yang berpasir.

Menurutnya, ia amat tidak sesuai untuk didirikan bangunan tinggi kerana bakal mengundang bahaya kepada penduduk berhampiran selain mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas yang serius.

"Sebelum ini dua sesi dialog antara pihak MPAJ dan ahli majlis telah diadakan. Difahamkan projek tersebut kemungkinan akan diteruskan walaupun 98 peratus penduduk membantah," katanya.

Sambil mempersoalkan di manakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Tiew Way Keng ketika penduduk berdepan dengan masalah seumpamanya itu.

"Penduduk tetap akan terus membantah projek ini dan tidak mahu pihak pemaju dan lain-lain membelakangi penduduk," jelasnya.

Projek yang masih belum diberikan nama itu dipercayai melibatkan pembinaan sebuah pangsapuri servis setinggi 39 tingkat dan dua blok bangunan small office, home office (SOHO) setinggi 35 dan 36 tingkat selain kemudahan rekreasi dan pusat perniagaan.

Kerja-kerja penstabilan cerun di Jalan 5/64 giat dilaksana

Posted: 20 Oct 2013 12:36 PM PDT

Kerja-KERJA pembaikan cerun menggunakan kaedah paku tanah di Jalan 5/64, Seksyen 5, Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor giat dilaksana kontraktor lantikan MBPJ sejak Isnin lalu - utusan/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

PETALING JAYA 20 Okt.- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil tindakan segera dengan memulakan kerja-kerja penstabilan cerun di Jalan 5/64, Seksyen 5, Bukit Gasing di sini.

Pengarah Kejuruteraan MBPJ, Ismai Shafie berkata, kerja-kerja penstabilan cerun berkenaan telah dilaksanakan kontraktor lantikan majlis iaitu Rincing Bina Sdn. Bhd sejak seminggu lalu.

Menurutnya, kerja-kerja melibatkan pembinaan dengan kaedah paku tanah soil nailing pada permukaan cerun berkeluasan 2,300 meter persegi dengan ketinggian 20 meter.

"Selain itu pembinaan sistem perparitan cerun pada permukaan cerun seluas 2,300 meter persegi.

"Kos pembinaan adalah kira-kira RM4.5 juta dan dijangka siap pertengahan Jun tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi lawatan ke tapak penstabilan cerun di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ahli Majlis MBPJ, Derek Fernandez.

Kerja-kerja penstabilan cerun itu dilakukan susulan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di kawasan cerun bukit di Jalan 5/64, Seksyen 5, Bukit Gasing melibatkan lot tanah persendirian iaitu Lot 563, Lot 564, Lot 176 dan Lot 177 pada 4.30 petang, 5 Mei lalu.

Kesan daripada runtuhan tersebut telah menyebabkan tanah dan batuan jatuh ke Jalan 5/64 dan tanah menutupi longkang terbuka tepi jalan sehingga menjejaskan sistem saliran di kawasan tersebut.

Tambah Ismail, susulan kejadian itu tindakan segera telah diambil majlis dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan perlindungan sementara.

"Ini termasuklah dengan memasang helaian-helaian tarpaulin pada permukaan tanah yang terdedah, memotong pokok berisiko dan membersihkan lebihan tanah dan batu di atas jalan dan longkang.

"Turut dilakukan meletakkan batu konkrit sebagai penahan sementara dan kon keselamatan di sekitar lokasi kejadian," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat