{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Syabas laksana operasi bil tertunggak

Posted: 30 Dec 2013 02:04 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sedang melaksanakan operasi terhadap bil tertunggak di tujuh wilayah termasuk di ibu negara.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, kawasan lain ialah Gombak, Klang/Shah Alam, Sepang, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Tindakan akan dikenakan kepada para pengguna yang gagal menjelaskan bil air tertunggak.

"Sekiranya tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM25 dan caj penyambungan semula RM25," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna yang bilnya tertunggak membuat pembayaran secepat mungkin bagi mengelak dikenakan tindakan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS dengan menaip PUSPEL aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222. - BERNAMA

Ambang 2014: KTM Komuter beroperasi 24 jam

Posted: 30 Dec 2013 01:16 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Perkhidmatan KTM Komuter akan beroperasi 24 jam bermula esok hingga 1 Jan sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2014.

Menurut kenyataan KTM Berhad, perkhidmatan terus menerus disediakan bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada orang ramai meraikan sambutan tahun baharu yang dianjurkan di beberapa lokasi di sekitar ibu kota seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.

KTM Berhad menyediakan 36 tren tambahan antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi dengan kekerapan setiap 30 minit hingga jam 2 pagi dan setiap 60 minit sehingga jam 5 pagi bagi laluan pergi balik Rawang ke Sg Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

KTM Berhad menasihatkan para penumpang agar membeli tiket dua hala bagi mengelakkan kesesakan di kaunter dan mesin tiket ketika waktu pulang.

"Pada pelanggan juga dinasihatkan sentiasa memastikan semua tanda dan arahan keselamatan dipatuhi sepenuhnya. KTMB juga akan menyediakan jumlah kakitangan tambahan yang mencukupi bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna terjamin," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi KTM Berhad di talian 1300-88-5862. - BERNAMA

KTMB terima 10 koc ETS Januari 2015

Posted: 30 Dec 2013 01:13 AM PST

BATU GAJAH 30 Dis. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka menerima 10 set gerabak Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) baharu pada Januari 2015, kata Pengurus Besar KTMB Antara Bandar, Mohd. Zain Mat Taha.

Beliau berkata, selain meningkatkan perkhidmatan lima ETS sedia ada, gerabak baharu itu akan diguna untuk laluan Gemas-KL Sentral-Butterworth-Padang Besar yang dijangka memulakan operasi pada 2016.

"Apabila landasan berkembar elektrik yang dibina telah siap, kita akan adakan perkhidmatan ETS ke laluan Padang Besar. Perkhidmatan yang lebih baik ini dapat memendekkan tempoh perjalanan daripada 12 jam kepada enam jam, namun laluan lain yang menggunakan perkhidmatan keretapi koc biasa beroperasi seperti biasa," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penganugerahan Sijil ISO 9001:2008 kepada Depot Penyelenggaraan ETS Batu Gajah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata gerabak baharu itu tidak mempunyai perbezaan dari segi kapasiti penumpang dan kelajuan operasi minimum, namun reka bentuknya disesuaikan untuk perjalanan jarak jauh demi keselesaan penumpang.

"Kita akan menambah ruang solat yang akan disediakan pada bahagian tengah gerabak untuk kemudahan penumpang muslim," katanya.

Menurut Mohd Zain, dengan pertambahan gerabak itu jumlah penumpang dijangka meningkat kepada 6,000 sehari, berbanding 4,000 ketika ini.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pengurusan Perkhidmatan Teknikal KTMB, Hilmi Mohamad berkata, Depot Penyelenggaraan ETS Batu Gajah merupakan depot kedua yang mendapat pengiktirafan itu, selepas Depot EMU Sentul yang mendapat pengiktirafan sama pada 14 Sept tahun lepas.

"Tujuan kerajaan mengkehendaki penggunaan sistem kualiti Sijil ISO 9001:2008 adalah sebagai strategi untuk menerapkan budaya kerja cemerlang. Pensijilan ini adalah satu piawaian yang didokumenkan secara bertulis dan merupakan petunjuk keutuhan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan," katanya.

Beliau yakin pengiktirafan ini menjamin proses kerja yang lebih sistematik serta meningkatkan kualiti kerja dalam suasana kerja yang harmoni.

Hilmi berkata tiga lagi depot penyelenggaraan iaitu di Kempas Baru, Bukit Tengah dan Padang Besar sedang dibina. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat