{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Najib sedih Chong Wah meninggal dunia

Posted: 31 Jan 2014 03:14 AM PST

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedihnya di atas kematian bekas pemain bola sepak kebangsaan negara, Wong Choong Wah, pagi ini.

Chong Wah, 67, meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Chong Wah adalah seorang daripada pemain hebat bola sepak Malaysia yang pernah beraksi dalam Olimpik Munich 1972. Sedih mendengar yang beliau telah meninggal dunia,"kata Najib dalam tweet beliau hari ini.

Pemain legenda itu mengalami serangan jantung di kediamannya di Sri Petaling di sini sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pada 3 pagi.

Kematian Chong Wah juga amat menyedihkan kerana hari ini adalah hari pertama masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baharu Cina.

Mayatnya akan dikebumikan pada Isnin ini.

Chong Wah adalah antara pemain awal Malaysia yang beralih ke arena bola sepak profesional. - BERNAMA

Tempoh tahanan reman Shalwati dilanjut

Posted: 31 Jan 2014 03:07 AM PST

STOCKHOLM 31 Jan. - Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna hari ini bagi melanjutkan tahanan reman Shalwati Norshal sehingga 10 Feb ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan pihak pendakwaan, yang diwakili Anna Arnelle, terus menyiasat kes berkenaan.

Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah secara fizikal dan prosiding dijalankan menerusi persidangan video.

Semalam, mahkamah sama membenarkan permohonan pendakwaan bagi melanjutkan tempoh tahanan reman suami Shalwati, Azizul Raheem Awalludin, selama 11 hari lagi iaitu sehingga 10 Februari. - BERNAMA

Johor catat kes tertinggi hari ke-11 Ops Harga

Posted: 31 Jan 2014 01:35 AM PST

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Johor mencatatkan bilangan kes kesalahan tertinggi pada hari ke-11 Ops Harga 2014 yang dijalankan semalam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata, daripada 47 kes yang dicatatkan semalam, sembilan ialah di Johor, diikuti Selangor (lapan), Terengganu (tujuh), Perak (enam), masing-masing empat di Kelantan dan Melaka, masing-masing tiga di Sarawak dan Kedah, Negeri Sembilan (dua) dan Pahang (satu).

"Notis juga dikeluarkan kepada seorang peniaga di Selangor. 47 kes itu pula melibatkan 33 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 manakala bakinya adalah mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat