{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Tudung ikat celup

Posted: 31 Jan 2014 05:43 AM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

Corak ikat celup memberi kelainan pada tudung di pasaran.

FESYEN tudung seperti juga baju sentiasa berubah-ubah daripada semasa ke semasa, malah fesyen tudung melalui perubahan yang lebih pantas dan drastik dengan hampir setiap minggu muncul rekaan-rekaan terbaharu.

Pelbagai fesyen dan rekaan tudung terbaharu dapat dilihat di kedai-kedai tudung yang begitu banyak di sekitar Kuala Lumpur atau bandar-bandar lain.

Bukan sahaja di kedai malah kini terdapat terlalu ramai wanita yang berniaga tudung secara atas talian. Masing-masing dengan rekaan mereka sendiri menggunakan corak dan fabrik pilihan yang berbeza.

Bagi anda yang inginkan corak tudung yang berbeza daripada yang ada di pasaran, kini terdapat tudung atau selendang dengan corak ikat dan celup (tie and dye).

Teknik ikat dan celup sememangnya telah lama diperkenalkan untuk menghasilkan corak yang menarik bagi dijadikan pakaian seperti dres, kardigan, skirt labuh dan palazo.

Kini terdapat pula selendang ikat dan celup yang bercorak cantik dengan warna-warna yang pelbagai pada sehelai selendang.

Warna yang pelbagai ini memudahkan bagi dipadankan dengan sebarang warna baju yang ingin dipakai. Lebih cantik jika dipakai bersama baju polos yang tidak bercorak.

Bagaimanapun anda boleh juga memakainya dengan pakaian yang bercorak kerana pada masa sekarang tidak ada batasan untuk bergaya dengan sebarang warna.

Selendang bercorak ikat dan celup ini boleh dan sesuai dipakai sama ada ke pejabat, berjalan-jalan, bercuti, ke majlis minum petang, membeli-belah dan sebagainya.

Dibuat daripada fabrik kapas yang lembut dan sejuk, selendang bercorak ikat dan celup ini amat sesuai bagi pemakaian di negara ini kerana si pemakai akan berasa selesa dan tidak panas.

Selendang ini juga mudah untuk dipakai dengan pelbagai gaya kerana ia tidak licin dan tidak mudah terjatuh semasa memakai.

Malah jika anda sudah biasa memakai selendang, anda tidak perlu lagi menggunakan pin atau kerongsang kecil untuk menyemat.

Cara penjagaannya juga mudah kerana hanya perlu dibasuh tangan, warnanya tidak luntur dan tidak perlu digosok.

Berharga RM59.90 sehelai, Aya Sophia turut menjual anak tudung yang boleh dipakai bersama dengan selendang ikat dan celup ini.

Koleksi tudung AYA SOPHIA, TINGKAT 1, CENTRE COURT, AEON SEREMBAN 2, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN (012-6250011, FB: Mira Azhari, Emel: miraazhari@gmail.com)

Solekan SHERRY (013-3688543)

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat