{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Bapa kelar anak direman seminggu

Posted: 30 Jan 2014 09:21 PM PST

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Bapa yang mengelar leher tiga anaknya dalam kejadian di rumahnya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini semalam ditahan reman seminggu bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, suspek akan ditahan reman sehingga 6 Februari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Akhbar hari ini melaporkan suspek berusia 44 tahun tersebut bertindak di luar batas kemanusiaan apabila mengelar leher tiga anaknya sehingga mengakibatkan seorang daripada anak perempuan berusia tujuh tahun mati manakala dua lagi parah.

Kejadian menyayat hati tersebut berlaku di rumah keluarga berkenaan ketika suspek berada di tingkat bawah bersama ketiga-tiga anaknya itu termasuk dua kakak mangsa berusia 10 dan 12 tahun.

Kedua-dua kakak mangsa yang cedera parah di belakang leher dan seorang lagi putus beberapa batang jari tangan, dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Semasa tragedi pukul 4.15 petang itu, seorang lagi anak suspek berusia 17 tahun yang berada di tingkat atas rumah berkenaan tidak menyedari kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE

Helikopter PUTD terhempas, 4 anggota tentera selamat

Posted: 30 Jan 2014 09:16 PM PST

JOHOR BAHRU 31 Jan. - Sebuah helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) jenis Agusta A-109 LUH terhempas di sebuah kawasan hutan berhampiran Empangan Bekok, Segamat di antara pukul 9 hingga 10 Khamis malam, menurut sumber ketenteraan.

Bagaimanapun, empat anggota tentera termasuk juruterbang dalam helikopter yang sedang melakukan latihan penerbangan itu selamat dan dihantar ke Hospital Daerah Kluang untuk rawatan, katanya.

"Helikopter itu sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat," kata sumber itu kepada Bernama.

Katanya pasukan penyelamat daripada PUTD yang digerakkan ke lokasi kejadian berjaya membawa keluar kesemua mangsa yang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum dihantar ke hospital berkenaan kira-kira 1 pagi.

Seorang daripada empat anggota tentera terbabit ialah seorang pegawai tentera asing berpangkat Lt Kolonel yang bertindak sebagai jurulatih penerbangan, katanya.

Bernama difahamkan pegawai tentera asing itu berasal dari Perancis, manakala tiga yang lain ialah Mejar, Kapten dan Sarjan.

Menurut sumber itu, impak daripada kemalangan itu telah menyebabkan ekor serta kipas helikopter itu putus dua serta tayarnya rosak teruk.

"Helikopter itu disifatkan sebagai 'total loss'," katanya.

Menurutnya, latihan penerbangan malam agak berisiko kerana juruterbang terpaksa bergantung kepada "Night Vision Goggle" serta instrumen penerbangan lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pihak tentera pada pagi ini mengenai kejadian itu.

Katanya beliau dimaklumkan yang helikopter itu tidak terhempas tetapi membuat pendaratan cemas ekoran masalah penerbangan.

Beliau berkata tiada kecederaan serius dilaporkan dialami mangsa yang terlibat. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat