{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Arak: MPJ tidak berkompromi

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

Oleh NURSURAYA ZULKIFLI
utusanmelaka@utusan.com.my

Anggota penguat kuasa memeriksa bekas minuman keras ditinggalkan di atas meja dipercayai diminum secara terbuka semasa operasi bersepadu di Merlimau, Melaka, kelmarin.

JASIN 30 Jan. - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras secara terbuka serta menyalahi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Yang Dipertuanya, Hazudin Hashim berkata, berdasarkan aduan awam yang diterima oleh pihaknya daripada masyarakat di daerah ini, satu operasi bersepadu membanteras aktiviti menjual dan minum minuman keras di sekitar Bandar Jasin dan Merlimau diadakan di sini, semalam.

Menurutnya, sebanyak dua premis yang melanggar peraturan dikenakan tindakan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kastam yang menjalankan operasi bersama selain Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Pejabat Agama Daerah Jasin/Alor Gajah serta Pejabat Daerah dan Tanah Jasin.

"Berikutan aduan yang kami diterima, orang ramai di situ yang sentiasa melihat terdapat penjualan serta minum minuman keras yang dilakukan secara terbuka dan berleluasa di tempat awam.

"MPJ komited dalam menyelesaikan aduan awam berkaitan aktiviti ini dan kita akan terus mengadakan operasi yang melibatkan aduan awam khususnya melibatkan keselamatan penduduk di daerah ini dari semasa ke semasa," katanya.

Dalam pada itu, Hazudin berkata, MPJ dan pihak terlibat akan sentiasa menjalankan operasi secara bersepadu ke restoran dan pusat hiburan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan yang ditetapkan oleh PBT.

Katanya, pihaknya tidak pernah menutup mata terhadap aduan awam yang diterima malah, akan kerap melakukan operasi pemantauan dibuat ke atas premis berlesen dan beberapa 'lokasi panas' yang dikenal pasti di seluruh daerah ini.

"Justeru, diharapkan dengan adanya operasi bersepadu seperti ini, aduan awam yang melibatkan penjualan serta minum minuman keras di tempat awam di daerah ini dapat diatasi dari semasa ke semasa," katanya.

Tuanku Muhriz rasmi Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengetuk penukul sebagai gimik pelancaran sambil diperhatikan Mohamad Hasan (kanan) dan Mohd. Shukor Sabudin semasa majlis perasmian Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di Bandar Seri Sendayan, Seremban, semalam.

SEREMBAN 30 Jan. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat merasmikan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di Bandar Sri Sendayan, dekat sini.

Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Turut mengiringi baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Hakim Syarie Malaysia, Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut dan Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Shukor Sabudin.

Mohd. Shukor dalam ucapannya dalam majlis itu berkata, kompleks berkenaan dibangunkan di kawasan seluas dua hektar dengan kos kira-kira RM28.4 juta.

Katanya, antara kemudahan yang terdapat di kompleks setinggi lima tingkat itu ialah sebuah dewan Mahkamah Rayuan Syariah, dua dewan Mahkamah Tinggi Syariah dan tiga dewan Mahkamah Rendah Syariah.

Menurutnya, bangunan itu turut menyediakan kemudahan seperti kaunter pendaftaran, kamar hakim, bilik mesyuarat, perpustakaan, pusat penjagaan anak dan surau dengan ciri-ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan kad akses untuk masuk di setiap tingkat.

"Kompleks ini bercirikan reka bentuk Islamik kontemporari. Reka bentuk bumbung yang melambangkan seni bina Minangkabau moden menjadi identiti unik yang menambah keindahan kompleks ini," katanya.

Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya berkata, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan itu merupakan mercu tanda yang amat bermakna kepada umat Islam khususnya dalam melengkapkan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal masyarakat Islam di negeri ini.

Beliau yakin pembinaan kompleks itu mampu memberi manfaat besar kepada masyarakat Islam di negeri ini selaras dengan perkhidmatan terpuji yang diuar-uarkan selama ini serta melambangkan identiti baharu dan tahap profesionalisme bidang kehakiman syariah di negeri ini.

"Sekali gus ia berupaya mengubah imej dan kedudukan mahkamah syariah setara dengan mahkamah sivil bukan sahaja dari sudut fizikalnya bahkan dari segi pengurusannya supaya ia disanjungi oleh pelbagai pihak termasuk masyarakat bukan Islam," katanya.

Pekerja gempar jumpa 'bom'

Posted: 30 Jan 2014 10:36 AM PST

JASIN 30 Jan. - Lima pekerja yang sedang menggali sebatang parit untuk membaik pulih jambatan di Kampung Tasek dekat sini, hari ini, bertempiaran lari setelah menemui satu objek menyerupai bom di kawasan itu.

Ketua Balai Polis Sungai Rambai, Sarjan Mejar Kamarizman Kanafi berkata, beliau mendapat panggilan daripada pengurus syarikat tersebut, Fitria Supardi Yanto kira-kira pukul 11.30 pagi mengenai penemuan objek berkenaan.

Katanya, sepasukan anggota dari Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

"Namun hasil ujian dijalankan, objek yang ditemui bukanlah bom," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat