{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


Tetap buru jurulatih hebat?

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Sungguhpun misi mendapatkan Philippe Troussier dikhabarkan menemui jalan buntu, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka tetap mencari jurulatih berprofil tinggi lain bagi membimbing skuad Harimau Malaya.

Rundingan dengan Troussier difahamkan tidak berjalan seperti yang diharap selepas bekas jurulatih pasukan kebangsaan Jepun itu menetapkan syarat yang terlalu ketat.

Bagaimanapun dengan FAM masih diberikan dana yang besar untuk membayar ketua jurulatih kebangsaan, mereka masih boleh memilih jurulatih dalam kalangan jurulatih asing lain yang telah disenarai pendek sebelum ini.

Difahamkan, syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia (TM) dan seorang tokoh bola sepak tempatan telah menawarkan kepada badan kebangsan itu untuk membayar sebahagian daripada gaji jurulatih kebangsaan.

Antara calon berprofil tinggi yang pernah berada dalam radar FAM sebelum ini ialah bekas jurulatih skuad utama Liverpool, Alex Miller dan legenda Jerman, Rudi Voller.

Selain mereka berdua tiga calon lain turut berada dalam perhatian FAM. Mereka ialah jurulatih AS Roma, Zdenek Zemen, bekas pemain Perancis, Marcel Desailly dan bekas jurulatih China, Bob Houghton.

Dalam pada itu, calon tempatan juga tidak boleh diketepikan kerana tidak mustahil FAM akan memilih Datuk Ong Kim Swee untuk membimbing Harimau Malaya.

Namun perlu diingat sekiranya Kim Swee dilantik untuk membimbing skuad utama kebangsaan, FAM juga perlu segera mendapatkan pengganti untuk jawatan jurulatih itu ketika ini dalam skuad Harimau Muda.

Ini kerana Harimau Muda bakal berhadapan banyak tugasan penting pada tahun ini termasuk Sukan Asia di Korea Selatan pada September ini dan Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Brisbane, Australia dari Mac hingga Ogos 2014.

Gaji yang tinggi bukan halangan utama buat FAM untuk mendapatkan khidmat jurulatih berprofil tinggi dan berkualiti.

Namun, kegagalan mencapai perjanjian dengan Troussier disebabkan oleh permintaan jurulatih itu yang seakan tidak masuk akal, terutama melibatkan kontrak selain tidak mahu FAM meletakkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kepadanya.

Bagaimanapun, segala teka-teki berhubung status siapa jurulatih skuad Harimau Malaya akan terjawab dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan oleh FAM, Isnin ini.

Malah Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin juga enggan memberikan bayangan awal siapa calon yang akan dipilih oleh badan induk tersebut.

"Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan berkaitan jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan dan hanya akan memberitahu pada sidang akhbar Isnin ini.

"Saya harap semua faham dan dapat hadir pada sidang akhbar yang diadakan kerana pada masa itu segala pertanyaan akan kami cuba jawab sebaiknya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tahun Baharu Cina ceriakan Kim Swee

Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST

Ong Kim Swee (kanan) dan isterinya, Alodie Donna memberi angpau kepada anak-anak saudara mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di rumahnya di Taman Pandan Indah, Melaka, semalam.

MELAKA - Sambutan Tahun Baharu Cina begitu bermakna buat jurulatih skuad bola sepak Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee, kerana saat itulah digunakan sepenuhnya untuk berjumpa ibubapa, sanak-saudara dan adik-beradiknya.

Menurutnya, hanya setiap kali sambutan itu, beliau bersama isterinya, Datin Alodie Donna Darrick, 33, dapat meluangkan masa antara dua hingga tiga hari untuk bermesra dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata, sejak menjadi jurulatih, masa yang dapat diluangkan bersama bapanya, Ong Chwee Guan, 75, dan ibunya, Lee Wee Neo, 54, sangat terhad.

''Hanya pada sambutan Tahun Baharu Cinalah saya dapat meluangkan masa tanpa bola sepak untuk berjumpa seluruh ahli keluarga.

''Sepanjang enam tahun lalu, masa yang dapat saya luangkan adalah terhad. Saya korbankan masa ini demi menggalas tanggungjawab untuk menobatkan maruah bola sepak negara," katanya ketika ditemui di rumahnya sempena sambutan Tahun Baru Cina di Taman Pandan Indah dekat sini semalam.

Beliau ditemani isterinya, Alodie Donna bersama dua anaknya Dasha Ong, 6, dan Dashie, 3, sempat melayani sanak-saudara dan sahabat-handai yang berkunjung ke rumahnya sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Kim Swee berkata, setiap tahun sudah menjadi kelazimannya menyambut Tahun Baru Cina di Melaka bersama kaum keluarga dan di sebelah malam berkumpul beramai-ramai menghadiri rumah terbuka.

''Bila pulang ke kampung sendiri, saya begitu seronok dan berjumpa ayah dan ibu, adik-beradik serta saudara-mara kerana inilah masanya saya dapat meluangkang masa," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, pada sambutan kali ini beliau hanya diberi cuti selama dua hari sebelum memulakan tugas membimbing skuad Harimau Muda A, Isnin ini.

Justeru kata jurulatih itu, cutinya terpaksa dipendekkan kerana ingin melaksanakan tanggungjawab membimbing skuad Harimau Muda A yang akan beraksi dalam National Premier Leauge (NPL) di Queensland, Australia, Mac ini.

Ujarnya, kejohanan liga selama enam bulan bakal diharunginya sehingga Ogos ini amat penting bagi persiapan rapi skuad bimbingannya beraksi di Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, September ini.

Jelasnya, aksi di Australia amat penting menjadi pentas bagi melihat keupayaan mantap anak didiknya menggalas tugas penting di Sukan Asia 2014 nanti.

''Hasrat saya ialah memperbaiki kedudukan skuad bola sepak kebangsaan yang tidak pernah melepasi saingan pusingan kedua dan saya mengharapkan tuah Tahun Kuda membawa kejayaan," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat