{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Bekam kurang risiko diabetes

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
utusankelantan @utusan.com.my

Ab. Aziz Al-Safi Ismail menerima jambangan bunga daripada keluarganya selepas menyampaikan syarahan mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik sempena Syarahan Umum Pelantikan Profesor di USM Kubang Kerian, semalam.

KOTA BHARU 29 Jan. - Hasil kajian yang dijalankan seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati rawatan berbekam mampu mengawal penyakit diabetes serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.

Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam.

"Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.

"Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.

Ab. Aziz berkata, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.

"Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan.

"Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.

Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Siti Amrah Sulaiman turut menyampaikan syarahan umum mengenai Madu Lebah Penawar Penyakit Sepanjang Zaman.

Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.

"Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.

"Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya.

Terengganu sasar bantu majukan 100 syarikat PKS

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

Roslee Daud (tengah) diberikan penerangan oleh pegawai Ziq Bakery & Cake, Suzana Mohd. Salleh pada majlis penyerahan Pembungkusan Produk di kilang berkenaan di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Kerajaan negeri sedang memantau 100 buah syarikat usahawan di negeri ini untuk diketengahkan agar lebih berdaya saing sekali gus membuka peluang menerokai pasaran global.

Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi negeri, Roslee Daud berkata, pemantauan dibuat menerusi Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu yang baharu ditubuhkan di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

Beliau memberitahu, sekretariat itu dianggotai 18 buah pelbagai agensi yang berfungsi memantau selain mencari jalan serta kaedah terbaik untuk membantu golongan berkenaan mengembangkan perusahaan.

Menurutnya, agensi-agensi terlibat antaranya Majlis Amanah Rakyat (Mara), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan SME Corporation.

"Sekretariat yang ditubuhkan ini akan sentiasa memantau 18 syarikat berkenaan untuk bantu usahawan lebih berdaya saing.

"Kita akan cari jalan termasuk mengenal pasti kaedah terbaik untuk bantu mereka bukan saja mampu bersaing di pasaran tempatan malahan peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kilang d PJ Hitech dan SME Bank serta beberapa kilang lain di Taman Perindustrian Chendering dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Che Razali Adis.

Roslee seterusnya tidak menafikan terdapat usahawan bumiputera khususnya Melayu yang menghadapi masalah persaingan atas faktor itulah, beliau sanggup turun padang kali kedua bagi meninjau permasalahan yang dihadapi.

Beliau turut mengesahkan wujud masalah di kalangan usahawan sedemikian yang berpunca daripada masalah pengurusan yang tidak efisien.

"Sebab itulah kita komited untuk jalan terbaik dengan membuat penambahbaikan dalam waktu terdekat ini untuk membantu usahawan-usahawan berprestasi tinggi seperti ini," katanya.

Nahas libatkan belia membimbangkan - Polis

Posted: 29 Jan 2014 10:58 AM PST

KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Polis menyifatkan kadar nahas jalan raya di negeri ini melibatkan golongan belia berusia lingkungan 16 hingga 25 tahun berada pada tahap membimbangkan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Mohd. Jamil berkata, pada tahun lepas, sebanyak 125 kes dicatatkan, khususnya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Katanya, antara punca dikenal pasti ialah terbabas akibat mengantuk atau letih, tidak memandu mengikut lorong ditetapkan, cuba memotong kenderaan lain pada masa yang tidak sesuai serta gagal mengelak daripada bertembung dengan haiwan yang melintas khususnya pada waktu malam.

"Sehubungan itu, polis menyeru pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika memandu semasa musim perayaan ini," katanya ketika ditemui semasa kempen keselamatan jalan raya dan Op Selamat 4/2014 peringkat negeri di Jambatan Sultan Mahmud di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhamad Pehimi Yusof dan Speaker Dewan Undangan negeri, Mohd. Zubir Embong.

Dalam pada itu, Hamzah berharap lebih ramai pemilik rumah di negeri ini yang meninggalkan kediaman mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina memaklumkan kepada polis agar pemantauan boleh dilakukan.

"Pada tahun lepas dalam Op Selamat Ke-2, kita mendapat maklum balas baik dengan sebanyak 279 pemilik rumah telah memaklumkan kepada polis.

"Jumlah itu meningkat berbanding ketika Op Sikap dilancarkan pada tahun sebelumnya iaitu hanya seramai 122 orang. Justeru, kita berharap lebih ramai pemilik rumah berbuat demikian pada kali ini," ujar beliau.

Sempena Op Selamat 4 ini juga, Hamzah memberitahu, polis telah mengenal pasti tiga lokasi berbahaya iaitu Kilometer (KM) 20 hingga 26 di Marang; KM 40, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di Hulu Terengganu dan KM 98, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan iaitu di antara Kampung Nyior dan Kampung Tebing Tembah di Dungun.

"Kita kenal pastinya sebagai antara jalan utama di negeri ini yang sering berlaku kemalangan. Sehubungan itu, pengguna yang melalui jalan ini dinasihatkan berhati-hati dan berwaspada," katanya.

Tambah beliau, pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pondok statik yang disediakan oleh pihak polis di setiap daerah sekiranya ingin berehat.

"Polis Terengganu telah menyediakan sebanyak tujuh pondok iaitu masing-masing satu di setiap daerah untuk tujuan berkenaan," ujar beliau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat