{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Penduduk mohon jalan alternatif

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Pertambahan kenderaan melalui kawasan Taman Megah menuju ke dua sekolah menyulitkan penduduk.

Saudara Pengarang,

Kira-kira 3,000 penduduk Taman Megah, Pontian meminta pihak berkuasa membina jalan alternatif atau jalan tambahan di kawasan perumahan ini memandangkan kini hanya terdapat satu laluan keluar masuk di kawasan berkenaan.

Jalan alternatif dan jalan tambahan itu amat diperlukan berikutan pertambahan kenderaan yang melalui kawasan perumahan tersebut untuk menuju ke dua sekolah yang terletak berhampiran.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandar Pontian baru sahaja siap dibina manakala sebuah lagi sekolah menengah persendirian yang membina bangunan tambahan juga kini sudah mula beroperasi.

Pembinaan bangunan tambahan sekolah itu menyebabkan pertambahan pelajar di sekolah persendirian berkenaan berdasarkan kehadiran kira-kira 30 bas dan van pada waktu pagi untuk menghantar pelajar.

Kenderaan tersebut menggunakan laluan masuk utama ke Taman Megah sehingga berlaku kesesakan memandangkan pada masa yang sama penduduk turut keluar untuk bekerja atau menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

Kesesakan dijangka bertambah apabila SMK Seri Bandar Pontian yang menempatkan pelajar tingkatan enam beroperasi kelak yang sewajarnya diberikan perhatian oleh pihak berkuasa bagi membina jalan baharu.

Jalan yang dicadangkan oleh penduduk ialah yang menghubungkan taman tersebut ke Jalan Parit Semerah atau ke Jalan Parit Ibrahim yang akan dinaik taraf dengan kos RM10 juta ke Kampung Parit Jawa.

Taman Megah yang dibangunkan 14 tahun lalu merupakan taman perumahan terbesar di bandar Pontian dengan pelbagai golongan mendiaminya memandangkan kedudukannya yang hampir dengan pusat bandar, hospital, klinik kesihatan dan sebagainya,

PAK ESA

Taman Megah, Pontian

Banteras denggi perlu kerjasama semua pihak

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Keadaan longkang di beberapa premis perniagaan sekitar Batu Pahat yang tidak diselenggara menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Saudara Pengarang,

SAYA penduduk di Taman Batu Pahat, Batu Pahat semakin bimbang dengan tahap kesihatan kami sekeluarga ekoran penyakit demam denggi dilaporkan menyerang beberapa kawasan perumahan sekitar daerah ini.

Saya tahu banyak tindakan pencegahan dilakukan oleh pihak berkaitan seperti Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Pejabat Kesihatan daerah dan sebagainya untuk memastikan wabak ini dapat diatasi.

Namun, melihat kepada laporan semasa di media dan sembang-sembang dengan jiran tetangga, ramai yang semakin risau sekiranya tempat pembiakan nyamuk aedes tidak dihapuskan sepenuhnya.

Malah, saya juga masih ingat dengan laporan akhbar pada Oktober tahun lalu mengenai peningkatan sehingga 300 peratus jangkitan demam denggi di negeri ini berbanding tahun sebelumnya.

Saya bukannya mahu menuding jari kepada pihak berkuasa semata-mata, tetapi orang ramai termasuk saya wajib melihat fakta tersebut dengan serius kerana denggi bukan main-main kerana mampu meragut nyawa.

Pengalaman kehilangan seorang rakan akibat penyakit ini suatu ketika dahulu sudah cukup untuk menambahkan lagi keresahan kami sekeluarga.

Justeru saya berharap semua pihak termasuk penghuni taman perumahan, pemilik premis, pengusaha kedai makan dan sesiapa sahaja yang sayang nyawa masing-masing agar bersama-sama melipatgandakan usaha memerangi penyakit denggi ini.

Fikirkanlah kesejahteraan anak kita yang masih kecil dan sering bermain di luar rumah pada waktu petang yang kita tahu ketika itu adalah waktu nyamuk aedes mencari mangsa.

SYED AZRIE SYED AZMAN

Batu Pahat

Pasar Tani Wanita di Parit Sulong

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 31 Mac - Pasar Tani Wanita yang menawarkan pelbagai barang keperluan harian dengan kualiti dan harga berpatutan mula beroperasi di Jalan Utama, Taman Industri Sri Sulong di sini sejak Jumaat lalu.

Pasar tani yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad itu beroperasi setiap Jumaat seawal pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Noraini berkata, pasar tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini dan menjadi platform kepada usahawan dan peniaga wanita di kawasan sekitar memasarkan produk secara terus kepada pelanggan.

"Pasar tani ini sebenarnya masih di bawah anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sama seperti pasar tani lain di seluruh negara, cuma saya yang terlintas untuk mewujudkan pasar khas yang diusahakan kaum wanita.

"Seramai 105 peniaga dan usahawan wanita mendaftar untuk berniaga di tapak pasar tani berkenaan dengan menjual pelbagai jenis produk agro keluaran tempatan," katanya ketika meninjau tapak pasar tani berkenaan di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, hanya peniaga wanita dibenarkan mengusahakan pasar tersebut bertujuan meningkatkan taraf pendapatan golongan terbabit.

"Golongan lelaki termasuk ahli keluarga masing-masing masih boleh membantu, tetapi teraju utama mestilah kaum wanita," katanya.

Menurutnya, sewa tapak adalah serendah RM5 sehari agar tidak membebankan peserta selain memenuhi objektif FAMA yang menubuhkan pasar tani untuk membantu usahawan.

Noraini berkata, pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk meluaskan program tersebut ke tempat lain kerana mahu melihat hasil dan keberkesanan pasar tersebut terlebih dahulu.

"Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong juga ada menawarkan khidmat bantuan yang lain termasuk skuad pemantau agar berjalan dengan lancar serta memastikan harga barangan yang dijual sentiasa berpatutan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat