{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Rawat masalah peluh berlebihan

Posted: 30 Mar 2014 12:19 PM PDT

Soalan

KEBANYAKAN wanita berasa malu apabila merembeskan peluh yang terlampau banyak, tidak kiralah sama ada keluar menerusi tapak tangan atau ketiak. Doktor, saya ingin bertanya, apakah punca dan bagaimana mengatasi masalah ini?

*Ros, Kuala Lumpur.

Jawapan

Keadaan peluh yang melampau ini adalah sejenis penyakit dan ia dikenali sebagai hiperhidrosis. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui keadaan ini sebagai penyakit. Kebanyakannya beranggapan sebagai masalah biasa yang terjadi kepada semua orang. Dari segi perubatan, hiperhidrosis ialah masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.

Biasanya keadaan ini terjadi pada tangan (disebut palmar hiperhidrosis), ketiak (axillary hiperhidrosis) dan kaki (plantar hiperhidrosis). Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf simpatetik.

Hiperhidrosis selalu berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini boleh menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menjejaskan pekerjaan seperti susah menulis. Buat pengetahuan saudari, hiperhidrosis sukar untuk dirawat dengan berkesan, tetapi pada masa sekarang sudah ada banyak kaedah baru yang boleh digunakan dan memberi prognosis yang baik.

Ada tiga jenis hiperhidrosis iaitu hiperhidrosis berpunca daripada emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan dan kaki serta ketiak, hiperdrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. Punca hiperhidrosis ini kurang jelas dan dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan dan sebahagian kecil kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki dan wanita tanpa mengira faktor usia.

Bagi mendapatkan rawatan hiperhidrosis ini, anda perlu berjumpa pakar kulit kerana ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan. Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolik seperti hipertiroidisma, diabetes, hipoglisemia, gout, pheochorocytoma dan juga menopaus. Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan demam juga boleh menyebabkan berpeluh satu badan. Ini penting bagi mencari punca-punca hiperhidrosis yang boleh dirawat dengan betul. Malah ada beberapa ujian yang perlu dilakukan.

Dari segi rawatan, usaha mengatasi hiperhidrosis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor. Bagaimanapun, penggunaan krim atau sapuan topikal mengandungi asid borik, potassium permanganate, formaldehyade, aluminium choride juga dikatakan memberi kesan terhad dan mempunyai kesan sampingan seperti alahan. Ada juga bahan sistemik digunakan seperti ubat antikoligenik. Contohnya propantheline bromide,oxybutynin dan benztropine lebih berkesan tetapi mempunyai kesan-kesan sampingan seperti penglihatan kabur atau kelabu, mulut dan mata menjadi kering, susah kencing dan sembelit. Selain itu, ada pelbagai ubat-ubatan yang turut digunakan untuk merawat hiperhidrosis. Suntikan toksin botulinum atau botox misalnya, amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis pada telapak tangan dan di bawah ketiak.

Pada masa sama, ada juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh melalui penggunaan laser dan pembedahan. Rawatan hiperhidrosis ialah sesuatu yang mencabar dan keberkesanannya tidak seratus peratus, maka anda perlu berjumpa pakar untuk kaunseling.

Dadah punca kesengsaraan fizikal, mental

Posted: 30 Mar 2014 12:19 PM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

INSIDEN kematian membabitkan enam remaja ekoran dipercayai mengambil dadah sintetik secara berlebihan di konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Mac lalu menggemparkan negara.

Selain enam remaja berkenaan, tiga individu lain juga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat pengambilan bahan terlarang tersebut.

Jumlah mangsa yang menerima rawatan di beberapa hospital sekitar ibu negara juga dilaporkan meningkat kepada 14 orang dengan sembilan daripadanya warga Singapura manakala empat lagi masing-masing rakyat Malaysia, Taiwan, Iran dan Myanmar.

Berikutan kejadian tersebut, polis membatalkan serta-merta kemuncak konsert berentak disko itu.

Dalam insiden yang berlaku di FMFA, siasatan polis mendapati beberapa jenis dadah disyaki dibawa masuk dari luar negara dan diagihkan ketika konsert berlangsung.

Dadah baharu itu didapati baharu saja berada dalam pasaran Malaysia dipercayai awal tahun ini dan kemungkinan masih dalam peringkat ujian oleh sindiket dadah.

Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis ekstasi, methampetamine dan amphetamine.

Sementara itu, menurut sumber polis, tindak balas dadah baharu itu boleh membawa maut apabila dicampur dengan dadah-dadah lain seperti eramin 5, ekstasi dan ketamin.

Menurut Perunding Psikiatri Hospital Pantai Cheras, Dr. Azhar Salleh, pengambilan pil khayal seperti ekstasi, syabu dan pil kuda jelas memberi kesan buruk kepada tubuh badan manusia.

Mengambil contoh kes yang berlaku di FMFA, menurut beliau, mereka yang mengambil dadah itu dikatakan mengalami peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga boleh mengakibatkan tidak sedarkan diri di samping keluar darah menerusi hidung dan telinga.

Kesan dadah ini di kawasan yang sesak seperti di stadium menyebabkan badan menjadi panas, kekejangan, mulut berbuih dan mangsa mati dalam keadaan mata terbeliak.

Pun begitu, kesan pengambilan dadah baharu itu terhadap individu berbeza-beza kerana bergantung pada tahap kesihatan seseorang," ujarnya.

Tambah Dr. Azhar, ekstasi ialah sejenis dadah daripada kumpulan Amphetamine-Type Stimulant (ATS).

Secara kimianya, ekstasi dikenali sebagai 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seperti lain-lain dadah yang diharamkan, tiada kawalan kepada faktor seperti keberkesanan dan kebersihan semasa proses pembuatannya yang dijalankan secara haram.

Dadah begini mempunyai jumlah MDMA yang berbeza. Oleh itu, pil ini boleh meningkatkan risiko untuk mengambil dos yang berlebihan, mengalami keracunan atau mengalami kesan sampingan selepas mengambilnya.

Dr. Azhar memberitahu, ekstasi sangat berbahaya kepada kesihatan kerana pil khayal ini mempunyai banyak kesan buruk kepada kesihatan.

Selain ekstasi, pil khayal yang popular di Malaysia ialah Amphetamine Type Stimulant (ATS) atau syabu dan pil kuda.

Ketagihan

Dadah ini boleh menyebabkan ketagihan secara psikologi. Penagihnya akan bergantung kepada dadah ini secara psikologi. Mengambil dadah ini menjadi lebih utama daripada segala aktiviti lain dalam kehidupan penagihnya. Ini akan menjadi semakin sukar untuk penagih berhenti atau mengurangkan penggunaan ekstasi, syabu ataupun pil kuda.

Dadah ini juga boleh menyebabkan masalah psikiatri kelakuan yang pelik, paranoia (perasaan syak wasangka yang melampau tanpa sebab yang kukuh), kemurungan dan berhalusinasi (melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud)," ujarnya.

Pengambilan pil khayal turut memberi kesan kepada sistem saraf pusat tubuh termasuk meningkatkan suhu badan, peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah.

Ini ditambah pula dengan terlalu panas dan meminum air yang banyak yang akan menyebabkan otak menjadi bengkak, pendarahan dalam otak, kerosakan otak dan kematian. Kesan jangka panjang dadah ini ialah kerosakan yang kekal pada urat saraf dan sebahagian otak.

Dadah boleh merosakkan jantung kerana menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat daripada biasa dan meningkatkan tekanan darah.

Ini akan menyebabkan denyutan jantung yang tidak menentu, kegagalan jantung dan seterusnya kematian.

Lebih membahayakan kesihatan apabila dadah merosakkan otot, sendi dan tulang. Misalnya, penagih ekstasi mungkin terlalu lama menari yang boleh mencederakan otot, sendi-sendi dan tulang," ujarnya.

Tambah Dr. Azhar, pil-pil khayal ini juga boleh mendedahkan penagih kepada eksploitasi seksual dan seks yang tidak selamat. Ini sekali gus golongan remaja akan terdedah kepada bahaya eksploitasi seksual, seperti seks yang tidak selamat, kemungkinan boleh dijangkiti HIV, Hepatitis dan lain-lain sakit kelamin.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat