{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Gotong-royong perlu jadi budaya - Idris

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Idris Haron bersalaman dengan penduduk kampung pada Program Gotong-Royong Perdana Parlimen Tangga Batu, di Masjid Wadi As Siddiq, Sungai Udang, Melaka, semalam. - Utusan/Mohammad Dzulhisham Che Hassim

MELAKA 30 Mac - Program gotong- royong perlu dibudayakan dalam kehidupan seharian dan bukan hanya dilakukan sempena acara tertentu atau bermusim.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, program sedemikian seharusnya dilaksanakan atas dasar tanggungjawab kerana itu juga merupakan tuntutan agama dan suatu bentuk ibadah.

Menurutnya, dalam membudayakan amalan murni itu, institusi keluarga memainkan peranan penting dalam mendidik dan memberikan kesedaran awal kepada anak-anak mereka mengenai kepentingan menjaga kebersihan sebelum diterjemahkan di dalam komuniti.

"Kita mahu melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran dan mentaliti seiring negara maju kerana Melaka kini semakin ke hadapan kerana rakyatnya terkenal dengan budaya yang sukakan kebersihan.

"Saya percaya amalan menjaga kebersihan ini bermula di rumah, jadi apabila persekitaran rumah bersih secara tidak langsung keseluruhan kawasan perumahan turut sama menjadi bersih," katanya berucap pada Program Gotong Royong Perdana Peringkat Parlimen Tangga Batu di Masjid Wadi As Siddiq, Sungai Udang di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Fadilah Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Lim Beng Hong dan ADUN Pantai Kundor, Ab. Rahaman Ab. Karim.

Idris berkata, selaras dengan hasrat kerajaan negeri ke arah negeri bersih, aktiviti gotong royong yang melibatkan seluruh warga masyarakat perlu dilipatgandakan dan merangkumi kawasan desa dan pinggir bandar.

"Penjagaan kebersihan ini tidak boleh tertumpu di kawasan tertentu sahaja tetapi perlulah menyeluruh termasuk di kampung-kampung dan tidak hanya boleh bergantung kepada pihak berkuasa tempatan semata-mata," katanya.

Pada program itu, Idris turut menyerahkan sebuah van jenazah yang disumbangkan Bank Rakyat kepada masjid berkenaan dan enam buah penapis air kepada enam buah masjid terpilih dalam Parlimen Tangga Batu.

Peluang belia majukan diri

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Norpipah Abdol merasmikan Majlis Pra - Pelancaran Anugerah Perdana Belia Usahawan 1Malaysia di Melaka, kelmarin. Turut kelihatan Khairil Syukri Mohd Tahir (kanan). - UTUSAN/Fadzly Izab

MELAKA 30 Mac - Kerajaan negeri akan mempelbagaikan peluang serta ruang kepada golongan usahawan belia di negeri ini untuk memajukan diri melalui dasar pembangunan yang lebih komprehensif.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Warisan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, peluang berkenaan termasuk peruntukan lebih besar bertujuan menjana kejayaan serta kecemerlangan di kalangan belia dalam bidang keusahawanan.

Menurutnya, komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan usahawan belia tidak pernah putus malah terus dipertingkatkan memandangkan potensinya kepada perkembangan ekonomi negeri.

Dalam konteks ini, kerajaan negeri amat mengambil berat kepentingan para belia serta sentiasa menghargai peranan dan sumbangan bidang keusahawan belia yang dilihat penting untuk digembleng secara bersepadu," katanya berucap pada majlis pra pelancaran Anugerah Perdana Belia Usahawan 1Malaysia di Hotel Avillion Legacy di sini semalam.

Yang hadir sama Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Zailani Siran dan Yang Dipertua Kelab Belia Usahawan (KBU) Melaka, Khairil Syukri Mohd. Tahir.

Anugerah Perdana Belia Usahawan 1Malaysia yang menawarkan lima anugerah pertama kali dianjurkan itu bakal diadakan pada 7 Jun akan datang dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Lima anugerah yang diperkenalkan ialah Anugerah Perdana Belia Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Anugerah Perdana Belia Usahawan Tani, Anugerah Perdana Belia Usahawan Industri, Anugerah Perdana Belia Usahawan Muda, Anugerah Perdana Belia Usahawan Contoh dan Anugerah Khas Perdana Belia Usahawan.

Jelas Norpipah, majlis anjuran KBU itu adalah dalam usaha untuk menghargai sumbangan usahawan belia yang telah membantu dalam program pembangunan usahawan di negeri ini.

Katanya, usaha bersepadu para usahawan di negeri ini dalam melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran dalam kepimpinan dan keusahawanan wajar dipuji dan dijadikan contoh.

"Ramai usahawan muda telah berjaya dilahirkan di negeri ini dan merupakan sesuatu yang amat positif bagi perkembangan belia," ujarnya.

Jumlah 2,400 anggota polis di Melaka perlu ditambah

Posted: 30 Mar 2014 11:55 AM PDT

Chuah Ghee Lye (kanan) beramah mesra bersama anggota polis yang terlibat dalam program derma darah sempena sambutan Hari Polis Ke- 207 di Melaka, baru-baru ini. - Utusan/ Nursuraya Zulkifli

MELAKA 30 Mac - Bilangan anggota polis di negeri ini perlu ditambah berikutan peningkatan jumlah penduduk dan kepesatan pembangunan kata Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye.

Menurutnya, pertambahan anggota polis dilihat dapat membantu menjamin keselamatan penduduk daripada jenayah yang sering berlaku.

Beliau berkata, walaupun bilangan anggota polis di negeri ini adalah seramai 2,400 orang, namun jumlah tersebut belum mencukupi sehingga kini.

"Penambahan bilangan anggota polis adalah bagi meringankan beban tugas anggota sedia ada kerana mereka banyak melakukan pelbagai tugas dalam satu masa.

"Sebagai contoh, ada anggota yang sama ditugaskan untuk menjaga keamanan, mengurus kemalangan, bertugas di mahkamah, menjaga balai dan sebagainya.

"Kita ada mengemukakan cadangan untuk menambah bilangan daripada segi perjawatan dan berharap dalam tempoh terdekat kerajaan dapat memberi pertimbangan untuk meluluskannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kebajikan dan program derma darah sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-207 di Hospital Melaka di sini kelmarin.

Yang hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah; Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman dan Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Melaka, Dr. Abdul Raof Jaafar.

Ghee Lye berkata, program derma darah melibatkan anggota dan sukarelawan polis itu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak polis dan hospital serta komuniti di samping membantu menambah bekalan darah di Unit Tabung Darah Hospital Melaka.

"Bilangan penderma juga melepasi sasaran pihak hospital iaitu lebih 90 orang dan kita berharap usaha murni ini dapat diteruskan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat