{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Terengganu cemerlang dalam 10 tahun

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh ROSALINDA MD.SAID
utusanterengganu@utusan.com.my

SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud meraikan pencapaian terbaik mereka dalam SPM di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 20 Mac - Terengganu meneruskan kecemerlangannya dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dengan mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) 4.90 berbanding 5.01 pada 2012.

Pengarah Pendidikan negeri, Zakaria Hussin berkata, pencapaian mengatasi Gred Purata Nasional (4.93) itu yang terbaik dalam tempoh 10 tahun ini dan sejak sistem pensijilan terbuka SPM diperkenalkan.

Beliau memberitahu, daripada keseluruhan 22,480 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun lalu berbanding 22,724 pada 2012, 39.70 peratus atau 8,142 orang lulus semua mata pelajaran.

Bagaimanapun, katanya, jumlah memperoleh keputusan A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran merosot kepada 464 orang berbanding 513 pada 2012 manakala bilangan calon yang gagal semua mata pelajaran mengecil kepada 63 orang berbanding 148 pada tahun sebelumnya.

"Lima pelajar mendapat A+ dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 19 orang pada 2012.

"Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian atau C bagi semua mata pelajaran meningkat dari segi peratusan calon iaitu 16.49 peratus berbanding 16.21 peratus pada 2012," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai keputusan SPM 2013 bagi sekolah-sekolah di negeri ini di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SeSMA) di sini hari ini.

Lima pelajar yang cemerlang SPM 2013 itu ialah Mohamad Amirul Shah Alias (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit), Chan Hui Yee (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail), Ahmad Zulkarnain Mohd. Azemi (SeSMA), Nur Khairah Bahirah Safian (SM Sains Kuala Terengganu) dan Mandy Wong Khai Ru (SMK Sultan Sulaiman).

Menurut Zakaria, 10 sekolah di negeri ini disenaraikan sebagai Sekolah Berpencapaian Cemerlang apabila mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.25 dan ke bawah berbanding enam buah sekolah pada 2012.

Sekolah itu adalah SM Sains Sultan Mahmud yang muncul sebagai sekolah terbaik di samping SM Sains Kuala Terengganu, SBP Integrasi Batu Rakit, SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, SM Imtiaz Besut, SM Sains Dungun, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SM Imtiaz Dungun, SM Imtiaz Kuala Berang dan SMKA Sheikh Abdul Malek.

"Sebilangan besar sekolah di Terengganu dapat dirumuskan dalam kategori pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan manakala hanya dua sekolah memperoleh pencapaian berpotensi," katanya.

Zakaria berkata, pencapaian calon mengikut lokasi turut meningkat apabila gred purata calon lokasi bandar adalah 4.69 manakala calon luar bandar 5.12, sekali gus menunjukkan jurang semakin mengecil antara kedua-duanya.

Menurutnya, 27 daripada 69 mata pelajaran diambil di Terengganu menunjukkan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

Beliau memberitahu, lima daripada tujuh mata pelajaran teras pula menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Sains manakala Pengetahuan Moral dan Matematik pula masing-masing menurun kepada 4.07 dan 4.82.

Badrul Nizam pecah tradisi sekolah sejak 58 tahun

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

MUHAMMAD Badrul Nizam Roslan dijulang oleh sebahagian rakan-rakannya setelah dia mendapat keputusan 9A+ dalam SPM di SMK Ketereh, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/IRWAN MAJID

KOTA BHARU 20 Mac - Sejak Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh ditubuhkan kira-kira 58 tahun lalu, buat pertama kali seorang pelajarnya mencatatkan kejayaan cemerlang 9A+ bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Muhammad Badrul Nizam Roslan, 17, mengharum nama sekolah tersebut apabila menjadi antara empat calon mendapat keputusan paling cemerlang di negeri ini.

"Saya sama sekali tidak menjangka akan memperoleh keputusan semua A+ kerana semasa percubaan hanya mendapat 5A+ sahaja.

"Walaupun sehingga semalam, saya tidak yakin akan mendapat keputusan cemerlang tetapi ibu saya tidak pernah jemu memberi kata-kata semangat.

"Untuk itu, saya ingin mengucap terima kasih kepada semua pihak terutama keluarga dan rakan-rakan kerana banyak memberikan sokongan dan dorongan sehingga berjaya dalam SPM," kata Muhammad Badrul Nizam ketika ditemui di sini hari ini.

Dia yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland memberitahu, kejayaan yang diperoleh itu adalah kerana jasa dan usaha guru-guru di sekolah terbabit.

Sejak berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh pada 2011, katanya, dia mula menunjukkan minat untuk belajar dengan lebih serius kerana tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh guru-guru di situ.

"Saya bukan pelajar cemerlang. Lebih-lebih lagi, saya jarang memberi tumpuan ketika dalam kelas semasa bersekolah di Petaling Jaya, Selangor dahulu.

"Bagaiamanapun sejak berpindah di sini mengikut ibu yang perlu menjaga datuk yang tidak sihat, saya menjadi lebih tekun belajar sebab guru-guru tidak pernah jemu menasihat dan memberi motivasi agar kami (pelajar) berubah dan lebih fokus dalam pelajaran," ujar anak pekerja operator di Selangor itu.

Bercerita tentang rahsia kejayaan yang diperolehi, Muhammad Badrul Nizam berkata, selain memberi tumpuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dia juga kerap mengulang kaji bersama rakan-rakan.

Selain itu, kata pelajar aliran sains tulen itu, dia juga mengamalkan memakan tujuh biji kismis dan minum air Yassin yang dibaca apabila setiap kali menjelang peperiksaan.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, Rohani Yusof, turut melahir rasa gembira kerana buat pertama kali tiga calon SPM 2013 memperoleh keputusan semua A bagi mata pelajaran yang diambil sejak sekolah tersebut ditubuhkan pada 1956.

Tambahnya, lebih membanggakan apabila Muhammad Badrul Nizam berjaya menjadi antara empat pelajar cemerlang di Kelantan.

"Keputusan itu, saya percaya itu adalah usaha para guru yang memberi tumpuan khusus kepada 30 orang pelajar yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang dalam SPM menerusi program Brilliant yang dianjurkan," katanya.

Hanya 1% kaum Cina sertai polis

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

AI Yong Heng (berdiri, kiri) melihat pemohon untuk mengisi jawatan konstabel lelaki dan wanita daripada kaum Cina di SMJK Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 20 Mac - Hanya kira-kira 1 peratus iaitu 34 orang daripada 3,000 anggota polis di negeri ini berketurunan Cina.

Statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa masyarakat berketurunan Cina tidak berminat untuk menyertai pasukan keselamatan itu.

Justeru itu, polis Kelantan mengadakan sesi eksesais khas pengambilan anggota bagi jawatan konstabel lelaki dan wanita dari kaum Cina di negeri ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, langkah itu diambil selaras dengan hasrat pucuk pimpinan yang memandang serius dengan penglibatan kaum Cina dalam pasukan polis.

"Ini adalah salah satu langkah yang dibuat untuk menggalakkan kaum Cina menyertai pasukan PDRM memandangkan di Kelantan kira-kira 1 peratus iaitu hanya 34 daripada 3,000 anggota polis adalah terdiri daripada kaum Cina.

"Difahamkan, pengambilan ini adalah untuk mengisi Bahagian Siasatan Jenayah yang mengalami kekurangan anggota dari kaum Cina," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pada sesi eksesais pengambilan jawatan konstabel lelaki dan wanita untuk kaum Cina di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa, di sini hari ini.

Sesi taklimat khas tersebut turut dilaksanakan di SMJK Chung Cheng bagi memberi peluang kepada pelajar yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan pendedahan mengenai kerjaya sebagai anggota polis.

Dalam pada itu, Yong Heng berkata, pihak polis kini melonggarkan beberapa syarat pengambilan selain mengkaji aspek penambahbaikan perkhidmatan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina dalam pasukan keselamatan itu.

"Kelonggaran syarat bagi kaum Cina adalah hanya perlu lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus ujian penglihatan.

"Selain itu, tempoh latihan juga dipendekkan kepada enam bulan sahaja berbanding sebelum ini mereka perlu menjalani latihan di antara sembilan bulan sehingga satu tahun," katanya.

Sementara itu, seorang pemohon, Tiew Meng Hock, 19, berkata, dia memilih untuk memohon jawatan berkenaan kerana minatnya yang mendalam terhadap pasukan polis selain mendapat sokongan daripada keluarga.

"Sejak dahulu lagi saya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis kerana berpeluang menjaga keselamatan negara," katanya.

Seorang lagi pemohon, Owi Ping Ping, 19, berkata, dia sememangnya berminat untuk menyertai pasukan polis yang dilihatnya mampu mendisiplinkan diri.

"Walaupun saya wanita, namun ia bukan penghalang untuk saya menjadi seorang anggota polis kerana itu adalah minat saya sejak kecil lagi, " katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat