{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


Felda menang kes saman isu jual minyak ke Israel

Posted: 30 Apr 2014 11:57 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 April - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah dan empat yang lain diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) setelah didapati memfitnah konglomerat perladangan itu kononnya menjual minyak sawit mentah (MSM) ke Israel.

Hakim Lee Heng Cheong dalam keputusannya hari ini berkata, Felda berjaya membuktikan fakta, tidak pernah menjual MSM kepada Israel dan entri yang dimuat naik oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dalam laman sosial Facebook adalah fitnah bertulis terhadap entiti tersebut.

Menurutnya, setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti bahan bukti, beliau turut mendapati pernyataan yang dibuat oleh Mazlan dalam satu perhimpunan haram di hadapan pejabat Felda pada 23 November 2012 dan dua artikel yang disiarkan dalam Harakah dan Suara Keadilan adalah artikel fitnah terhadap lembaga tersebut.

Malahan Felda selaku pihak plaintif juga, katanya, berjaya membuktikan Felda IFFCO Oil Products Sdn. Bhd. dan Felda Global Ventures adalah dua entiti yang berbeza dan tiada penjualan MSM oleh Felda kepada Israel.

Mahkamah itu juga mendapati, Bunge Agribusiness Singapore Pte. Ltd. yang didakwa oleh Mazlan sebagai syarikat Israel sebenarnya bukan syarikat milik rejim terbabit.

Sehubungan itu, saya mendapati dua artikel yang dibuat Mazlan telah disiarkan oleh Mustafa selaku penerbit Harakah, selepas ditulis semula oleh penulis artikel, Mohd. Arif Atan; yang diluluskan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah, Taufek Yahya dan pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd. mampu memfitnah pihak plaintif," ujar beliau.

Menurut beliau, kesemua mereka yang dinamakan sebagai defendan kedua hingga keenam telah gagal membuktikan pembelaan masing-masing yang bersandarkan kepada perlindungan bersyarat dan gagal membuktikan dua artikel yang disiarkan dalam Harakah merupakan suatu komen yang adil.

Hakim Heng Cheong berkata, sungguhpun beliau mendapati artikel tersebut memfitnah Felda namun mahkamah berpendapat, Mazlan telah berjaya dalam pembelaan bahawa kenyataan itu diterbitkan di bawah perlindungan bersyarat dan suatu komen yang adil dalam isu melibatkan kepentingan awam.

Tertuduh pertama bawa polis ke lokasi barang kes

Posted: 30 Apr 2014 11:57 AM PDT

SHAH ALAM 30 April - Tertuduh pertama kes pembunuhan pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter Abdullah telah membawa pihak polis ke beberapa lokasi di sekitar Kedah dan Perak untuk menunjukkan barang yang mempunyai kaitan dalam kes itu.

Pegawai Pencegahan Maksiat, Judi dan Pelacuran (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Mohd. Roslin Mat Isa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pada 16 Mac 2012, tertuduh berkenaan, Mohamad Zul Shahril Suhaimi telah menunjukkan lokasi di belakang sebuah kedai di Changlun, Kedah yang menempatkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari berwarna merah.

Menurutnya, tertuduh telah menunjuk arah pihak polis dan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor ke lokasi berkenaan.

Keesokan harinya, kata beliau, tertuduh membawanya dan anggota pasukan yang terlibat ke hadapan sebuah sekolah agama di tepi sebuah lebuh raya menghala Pokok Sena, Kedah iaitu tempat tertuduh membuang beberapa barang.

Di lokasi itu, katanya, pasukan terlibat telah menemui sebuah beg komputer riba berwarna hitam, sebuah beg berbentuk empat segi warna yang sama dan sebuah bantal.

Menurut Mohd. Roslin, 38, kira-kira pukul 4 petang pada hari yang sama, tertuduh telah membawa mereka ke sebuah motel di Jitra, Kedah.

Di motel kami pergi kaunter penyambut tetamu untuk mendapatkan resit yang membuktikan tertuduh ada bermalam di motel tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin dalam perbicaraan kes bunuh Zara Eleena, 23, dan Omar Peter, 56.

Dalam kes itu, empat bekas pelajar KTAC, Mohamad Zul Shahril, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, didakwa membunuh dua beranak tersebut di rumah No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong antara 8 Mac dan 9 Mac 2012.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mohd. Roslin berkata, tertuduh juga telah membawa mereka ke stesen bas Jitra yang terletak berhampiran motel berkenaan untuk menunjukkan kaunter tempat dia membeli tiket bas.

Seterusnya, kata beliau, tertuduh membawa mereka ke kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Sungai Perak, Perak untuk menunjukkan tempat dia membuang sarung tangan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman bersambung 2 hingga 6 Jun ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat