{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


PAS mahu Malik letak jawatan

Posted: 20 Apr 2012 12:20 PM PDT

MukaDepan

Isu jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang: Tuntut PKR, DAP tunai janji pilihan raya

GEORGETOWN: PAS mahu Abdul Malik Abul Kassim melepaskan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) walaupun beliau sudah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Februari lalu.

Ini bagi membolehkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man, yang kini memegang jawatan Timbalan YDP MAIPP, dilantik menggantikan Abdul Malik.

(Timbalan Ketua Menteri I) Datuk Mansor (Othman) pun sudah mengakui silap (memperakukan nama Abdul Malik kepada Istana Negara) dan wajarlah beliau (Abdul Malik) melepaskan jawatan. - Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Abdul Malik yang juga EXCO Agama, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung dan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilantik memegang jawatan YDP MAIPP selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Mohd Salleh berkata, PAS Pulau Pinang berpendirian bahawa Abdul Malik wajar mengosongkan jawatan itu segera dengan apa cara sekalipun bagi melancarkan pentadbiran MAIPP.

"Itulah (meletak jawatan) yang terbaik baginya," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mohd Salleh yang mempengerusikan mesyuarat pertama MAIPP kelmarin, atas kapasitinya sebagai Timbalan YDP, berkata pengosongan jawatan itu seiring dengan pengakuan kerajaan negeri yang tersilap memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Istana Negara.
"(Timbalan Ketua Menteri I) Datuk Mansor (Othman) pun sudah mengakui silap (memperakukan nama Abdul Malik kepada Istana Negara) dan wajarlah beliau (Abdul Malik) melepaskan jawatan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu.

Rabu lalu, Mansor mengakui kerajaan negeri melakukan kesilapan apabila memperakukan nama Abdul Malik sebagai YDP MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 22 Disember lalu bagi menggantikan Ellias Zakaria.

Berikutan itu, kerajaan negeri memperakukan senarai nama kedua dengan menamakan Mohd Salleh sebagai YDP MAIPP.

Bagaimanapun, masalah timbul kerana Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan Abdul Malik sebagai YDP MAIPP berdasarkan perakuan pertama oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri mengemukakan senarai kedua dengan memperakukan Mohd Salleh sebagai YDP MAIPP kerana mahu menunaikan janji kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir pada 2009 yang berjanji melantik Mohd Salleh jika beliau menang.

Kini kerajaan negeri berusaha untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk merayu bagi membolehkan Mohd Salleh menggantikan Abdul Malik.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa, mengakui kepemimpinan PAS Pusat tidak senang dengan kemelut yang berlaku dan mahu PKR serta DAP menunaikan janji memberikan jawatan itu kepada PAS.

Abdul Malik ketika dihubungi pula berkata, PAS berhak membuat kenyataan memintanya mengosongkan jawatan berkenaan.

"Itu hak dia untuk membuat kenyataan," katanya yang enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ayie

selesaikan kan jea lah secepat mungkin...apa BN bgus..kalau kerajaan bagus cepat2 LH TURUNKAN HARGA MINYAK N BARANG2makan..rasuah hapuskan,sistem kehakiman yang adil..amacam boleh...jgn cite jea pandai..ini semua nk cari salah orang..bantuan rm500 pon ada yg xdapat..

alitomman

pakatan rapuh. rebut jawatan, isu moral akidah dll

Omar

INGAT BENDA INI MAIN2 KA? BENDA NI BABITKAN KELANCARAN MENGURUS DAN MEMBAWA AGAMA ISLAM KE TEMPAT YANG TERBAIK.

annacomel

Memalukan...nampak sangat ketidakbijaksanaannya...

Abd Hamid Abd Rahman

Masing masing dah mabuk kuasa....
Siapa besar.....

dahlan othman

BN juga yg terbukti terbaik

al malikul salleh

kerana kuasa manusia akn berpecah belah dn berselisihan sesama sendiri.biarpun sama bangsanya walaupun serupa anutan agamanya.kuasa tetap yang utama mengatasi segala.

BANDUT

Kita parti PKR jangan lepas jawatan itu. Itu hak kita Pas ada perintah negeri lain.

AAR

macam mana kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP boleh membuat silap cadangan dalam perkara sebegini. atau mereka sudah tidak suka kpd PAS / Datuk Mohd Salleh Man.

Inilah lah orang yang bercita-cita nak jadi PM bayangkan lah kalau mereka dah jaul negara kemudian mengaku ohh..kami silap kami minta maaf lah, yang susah siapa tentulah lah rakyat semoga semua rakyat malaysia dapat buka mata hati.

Mr Brown

Kesilapan sebegini tidak harus berlaku. Macam tak well prepared. Itu baru peringkat negeri. Macamana nanti kalau PR berkuasa keseluruhan. Habih punah sistem pentadbiran sebab banyak kesalahan dan kelalaian berlaku... BN juga terbaikkk...

ZAMSEBTAKIR

NAMPAK SANGAT TAK AMBIK SERIUS DALAM PERKARA YANG MEMERLUKAN MEREKA YANG LEBIH ARIF UNTUK JAWATAN KEAGAMAAN.BOLEH KE ALASAN SALAH HANTAR NAMA?ITU BARU TADBIR PULAU PINANG YANG TAK BESAR MANA PUN.KALAU DAPAT MEMERINTAH MALAYSIA TAKTAU LA CAM MANA AGAKNYA.UNTUK SATU JAWATAN 2-5 NAMA LAH PEGANG JAWATANTU.HUHUHUUUUUU

Roney Hai

Daripada terus kecuh macam ni.... lagi baik pihak istana negara datangkan seseorang untuk mengurus tadbir hal ehwal agama islam di penang, sebab kuasa urusan agama islam di negeri pulau pinang ialah Yang Di Pertuan Agung.

Uncle Kamal

Sekarang siapa yang gila kuasa?

Abdul Aziz Abdul Ghani

mcm xpercaya benda2 mcm ni pun boleh jadi ... apalah politician macamni .. xpakat ke?


Dataran Merdeka hanya untuk acara bertaraf nasional

Posted: 20 Apr 2012 12:05 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam menegaskan penggunaan Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk aktiviti bertaraf nasional seperti sambutan Hari Kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan, Tahun Baru atau program setaraf, yang selari dengan polisi DBKL.

Atas dasar itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata rayuan permohonan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), kelmarin, untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan membantah seks bebas dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dijadualkan hari ini, ditolak kerana ia tidak bersesuaian dengan ketetapan polisi DBKL.

"Presiden JMM, Azwanddin Hamzah menghantar surat kepada DBKL pada 10 April lalu bagi mendapat kebenaran mengadakan perhimpunan itu dan saya menerimanya pada 11 April. Rayuan itu ditolak oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan DBKL, Datuk Normah Malik melalui surat bertarikh 16 April. "Bagaimanapun, surat rayuan diserahkan secara tangan oleh Azwanddin kepada saya pada 19 April dengan memberikan sebab kenapa permohonan itu perlu dipertimbangkan, namun saya menemui beliau dan membuat keputusan bahawa rayuan itu tidak boleh dipertimbangkan atas alasan yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, sudah menjadi polisi DBKL untuk tidak membenarkan mana-mana perhimpunan berbentuk bantahan dan tunjuk perasaan diadakan di Dataran Merdeka yang mempunyai nilai sejarah negara.

Malah, katanya, keputusan itu juga selaras dengan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

Selain itu, katanya, alasan lain yang menyebabkan permohonan itu ditolak berikutan ada Konsert Diraja sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di lokasi itu pada hari sama perhimpunan itu dirancang.
"Segala persiapan rapi sedang dibuat bagi menganjurkan konsert itu di Dataran Merdeka," katanya.

Sementara itu, Pengerusi bersama BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga berkata perhimpunan 28 April ini tetap akan diteruskan walaupun DBKL tidak meluluskan permohonan mereka menggunakan Dataran Merdeka.

Katanya, surat ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan DBKL, Datuk Normah Malik memaklumkan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara peringkat nasional seperti sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Wilayah Persekutuan, diterima ahli jawatankuasanya, Maria Chin Abdullah, pagi semalam.

"Bagaimanapun, kami tetap meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka seperti dirancang dan tidak akan memohon semula atau membalas surat itu," katanya pada sidang media di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi bersama, Datuk A Samad Said.

"Jika ada halangan daripada pihak berkuasa, termasuk DBKL dan polis pada 28 April ini, kami akan berbincang dengan baik bagi memastikan perhimpunan diteruskan mengikut jadual," katanya pada sidang media di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi bersama, Datuk A Samad Said.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mawar_spaoh

pape jelah.... dari himpun yg nyusahkan, elok berhimpun kat masjid n solat berjemaah dapat gak pahalanye. ;-)

Gila gila ni lah manusia yang x pernah puas dan gila nama. x bersyukur dan suka membuat kerosakan, kalau nak berkuasa bertanding sajalah dalam PRU-13 nanti habis cerita kalau menang rancanglah apa pun yang nak di buat kalau kalah carilah negara lain yang lebih baik dari Malaysia ni x perlu susahkan orang ramai

Ariff

x habis2 la Bersih ni, buat kacau ja.

fauzi

yg dah tua tunggu panggil pun tak sedar diri.

tantawi

Isu Bersih ni antara yang menyebabkan saya dah mula hilang kepercayaan kepada PR.

Sebagai orang Islam, buatlah keputusan mengikut kepentingan ummah. iaitu, gejala sosial sekarang ditahap yg amat parah. Mana lebih utama, nak jaga adat atau kepentingan ummah. Inilah yang dikatankan ' biar mati anak jangan mati adat'
Macam ini punya corak pengurusan, tunggulah azab Allah SWT

azdman ridzuan

ambiga tu bijik dia xpotong n terjujai kuar...sbb tu degil sgt....yg melayu pn tumpang jadik 'pandai' join sama....


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat