Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
‘Tuisyen’ dagang tubuh Posted: 26 Oct 2012 02:38 PM PDT KUALA LUMPUR: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan 'sekolah mini' kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi. Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring. Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat. Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27 |
Posted: 26 Oct 2012 02:38 PM PDT MUKAH: Hasrat seorang bapa untuk memenuhi permintaan anak lelaki bongsu, yang mahukan ikan sardin dan telur goreng sebagai juadah makan malam tidak kesampaian, apabila dua beranak itu maut selepas motosikal dinaiki bertembung sebuah kereta Perodua Viva di Kilometer 106, Jalan Sibu-Bintulu di sini kelmarin. Sebelum kejadian, mangsa, Abu Bakar Bayang, 32, menunggang motosikal dibonceng anaknya, Peterson Gemat, 7, manakala seorang lagi anaknya, Robinson Merchi Abu Bakar, 4, di depan.
Rempuhan kuat itu menyebabkan Abu Bakar dan Robinson parah di kepala dan maut di tempat kejadian, manakala Peterson, yang turut parah dikejarkan ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan. Bapa kepada Abu Bakar, Bayang Upap, 58, berkata, ketika kejadian, dia berada di Stapang menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.
"Robinson seakan merajuk dengan saya dan bersahaja memberitahu tidak akan membebankan saya lagi, tetapi tolong penuhi permintaannya untuk makan sardin dan telur ayam.
Mayat Abu Bakar dan Robinson dihantar ke Hospital Mukah dengan bantuan orang ramai jam 9 malam kelmarin, sebelum dituntut keluarga dan dibawa ke Rumah Panjang Tuan Rumah Rantai, Ulu Lirai, Ulu Balingian, jam 2 petang semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |