{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Dyana Sofya tidak cadang keluar DAP

Posted: 02 Jun 2014 11:46 PM PDT

KUALA LUMPUR 3 Jun - Calon DAP bagi pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang baru berlalu, Dyana Sofya Mohd Daud, menafikan akan meninggalkan parti DAP ekoran kekalahan beliau.

Dyana Sofya berkata, DAP ialah parti pelbagai kaum dan akan terus berada dalam parti itu untuk meneruskan perjuangan politiknya.

"Saya akan tetap berjuang bersama DAP, tiada cadangan keluar daripada DAP setakat ini. Jika ada yang menganggap saya kecewa dan akan keluar (DAP), mereka salah," katanya kepada pemberita ketika waktu rehat Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-28 di sini hari ini.

Dyana Sofya merupakan seorang daripada peserta persidangan itu.

Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim, berkata beliau percaya Dyana Sofya akan meninggalkan parti pembangkang itu. - BERNAMA

BN terbukti mampu urus negara

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh ANGELINA SINYANG
utusansarawak@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak memakai pakaian tradisional masyarakat Orang Ulu ketika menghadiri sambutan Perayaan Hari Gawai Dayak di rumah panjang masyarakat Kayan di Long Silat, Bekenu, Miri, Sarawak, semalam. Turut kelihatan Alfred Jabu Numpang (kiri). - BERNAMA

MIRI 2 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuktikan kemampuan memimpin dengan cemerlang berdasarkan pencapaian dalam menjaga kestabilan politik, sosial dan pembangunan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, rakyat negara ini wajar bersyukur kerana kerajaan di bawah pimpinan parti tersebut telah mencapai begitu banyak kejayaan.

Katanya, kejayaan pertama adalah apabila dapat mengekalkan kestabilan politik ketika negara lain sedang huru-hara dan bergolak.

"Terdapat negara yang tidak berapa jauh dari kita hari ini, menerima bahang apabila politik dan negara tersebut tidak stabil.

"Namun di bawah pemerintahan BN, kita dapat menjamin keharmonian sosial dapat dikekalkan iaitu hidup dalam keadaan rukun, aman dan damai walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum, kumpulan etnik dan subetnik," katanya.

Beliau berucap dalam majlis sambutan Perayaan Hari Gawai Dayak Malaysia 2014 di Rumah Jarek anak Klambu, Lambir di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat dan beberapa menteri Kabinet negeri serta kira-kira 2,000 penduduk tempatan daripada pelbagai kaum yang tinggal di rumah panjang berkenaan dan perkampungan berhampiran.

Rumah Jarek anak Klambu iaitu rumah panjang yang dihuni oleh penduduk berketurunan Iban merupakan sebahagian daripada beberapa penempatan yang terdapat di perkampungan Tunku Abdul Rahman di Lambir.

Najib merupakan Perdana Menteri kedua yang berkunjung ke kawasan penempatan berkenaan selepas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 1968.

Kawasan penempatan yang dihuni oleh masyarakat berketurunan Iban, Cina dan Melayu itu pada asalnya diterokai untuk skim tanaman getah.

Menurut Najib, kerajaan di bawah BN juga telah berjaya mencapai pembangunan ekonomi secara mampan dan berterusan di samping membawa pembangunan bagi kawasan bandar, pinggir bandar serta luar bandar.

"Berdasarkan kepada ketiga-tiga ukuran kayu atau kriteria tersebut, maka tidak syak lagi BN telah membuktikan kemampuan untuk memimpin Sarawak dan negara kita pada keseluruhannya dengan cemerlang.

"Saya ingin menyatakan sokongan kerajaan Pusat yang sepenuhnya kepada kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Adenan sebagai Ketua Menteri yang baharu termasuk juga Alfred Jabu dan menteri Kabinet negeri yang lain," katanya.

Tambah beliau, kejayaan yang dicapai itu tidak boleh dipandang remeh kerana jika rakyat menolak apa yang diwarisi hari ini dan melepaskan apa yang sudah ada dalam tangan, belum tentu apa yang kejar akan diperoleh.

"Oleh itu, marilah kita pada hari Gawai ini bersyukur dengan apa yang kita kecapi dan terus membina kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

"Dalam bahasa Inggeris, Rome is not build in a day maknanya tidak boleh kita hasilkan (kejayaan) dalam sekelip mata sahaja. Hari ini kita tanam koko, esok kita nak meraih buahnya. Ia tidak macam itu, ia memerlukan pertimbangan, kesabaran, kerja keras dan kerjasama untuk meneruskan perjalanan," ujarnya.

Dalam pada itu, Najib memberi jaminan mempertimbangkan permohonan daripada Ripin untuk mendapatkan beberapa projek pembangunan bagi penduduk di kawasan Lambir dan Dewan Undangan Negeri Bekenu di sini.

Menurutnya, beliau tiada masalah untuk meluluskan permohonan tersebut kerana dalam lawatan ke Sarawak sejak 2009, kira-kira RM2 bilion peruntukan tambahan telah diberikan untuk projek pembangunan sebagai menghargai sokongan semua komuniti di negeri itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat