{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Maklumat sulit ketenteraan negara selamat - PAT

Posted: 01 Nov 2013 01:43 AM PDT

ZULKIFELI Mohd Zin berucap merasmikan penutup Eksesais Setia Padu 1/2013 di Gebeng, Kuantan hari ini. Eksesais Setia Padu merupakan satu latihan yang pertama kali diadakan serta menggabungkan Angkatan Tentera Malaysia, ageni kerajaan dan NGO bagi mengukur tahap kesiapsiagaan dan menilai mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh. - UTUSAN

KUANTAN 1 Nov. - Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata setakat ini tiada kebocoran membabitkan maklumat dan rahsia ketenteraan negara kepada pihak asing.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai pendekatan tertentu untuk mengekang perkara itu selain sentiasa mempertingkat kewaspadaan.

Setakat ini rahsia ketenteraan negara selamat, katanya kepada pemberita selepas menutup program Eksesais Setia Padu ATM bersama agensi keselamatan lain seperti polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam bagi menangani bencana alam di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, Gebeng, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Beliau ditanya mengenai dakwaan bekas ejen Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) Edward Snowden yang mengatakan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan Australia, Britain dan Kanada untuk memintas panggilan dan data beberapa negara Asia termasuk China, Indonesia dan Malaysia.

Mengulas lanjut, Zulkifeli turut memberi jaminan bahawa latihan eksesais ATM bersama angkatan tentera asing tidak akan menyebabkan kebocoran maklumat.

Mengenai program itu, Zulkifeli berkata ATM menerusi Majlis Keselamatan Negara akan meneruskan latihan eksesais tersebut setiap dua tahun bagi memantapkan prosedur menyelamat sebagai persediaan menghadapi bencana alam.

"Program yang pertama kali kita adakan hari ini akan diperbesarkan lagi ke tempat-tempat yang kerap berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh di negara ini," katanya. - BERNAMA

KDN arah henti ambil pengawal keselamatan sementara

Posted: 01 Nov 2013 12:23 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA 1 Nov. - Syarikat kawalan keselamatan tidak lagi dibenarkan mengambil pengawal keselamatan berjawatan sementara kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurutnya, langkah itu diambil adalah sebahagian daripada tindakan drastik kementerian berikutan kejadian pengawal keselamatan melakukan rompakan masih terus berlaku.

Beliau berkata, kementerian memandang serius berhubung kejadian yang menimpa pegawai bank operasi AmBank, Allahyarham Norazita Abu Talib, bulan lalu dan terbaharu, seorang pengawal keselamatan merompak sebuah kedai emas yang berlaku di Setapak semalam.

"Saya akan meminta unit keselamatan kementerian untuk memaklumkan kepada semua syarikat keselamatan di seluruh negara agar tidak lagi membuat pengambilan pengawal keselamatan berjawatan sementara.

"Ada pelanggan terdesak inginkan pengawal keselamatan dan syarikat kawalan keselamatan tanpa berfikir panjang terus melantik mereka sebagai pekerja sementara dan ini tidak lagi dibenarkan oleh kementerian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Penjara Malaysia ke-206 di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Setiausaha Kanan (Pengurusan), Datuk Daud Tahir; Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Datuk Sri Zulkifli Omar; Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Komisioner Jeneral Datuk Hassan Sakimon.

Wan Junaidi berkata demikian mengulas mengenai kejadian terbaharu di Setapak semalam apabila seorang pengawal keselamatan yang baharu sebulan bekerja, bertindak nekad merompak sebuah kedai emas di dalam pusat beli-belah KL Festival City. - UTUSAN ONLINE

Jangan takutkan rakyat jika diri sendiri tidak faham GST

Posted: 31 Oct 2013 11:36 PM PDT

YAN 1 Nov. - Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini membidas sesetengah pemimpin pembangkang yang sebenarnya tidak memahami sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) namun cuba menakut-nakutkan rakyat mengenainya.

Beliau berkata pemerhatiannya mendapati kebanyakan pemimpin tertinggi pembangkang memahami konsep GST, malangnya maklumat itu tidak sampai ke peringkat pemimpin pertengahan.

"Mereka inilah yang menakut-nakutkan rakyat sebab mereka sendiri tidak berapa faham tentang GST tetapi bercakap mengenai GST dalam ceramah-ceramah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama Pelanggan kementerian itu di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ismail Kassim.

Dalam pada itu Mahdzir meminta masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau agar mempertimbang secara keseluruhan pembangunan yang dinikmati mereka ketika Kedah ditadbir Barisan Nasional (BN) dan juga ketika berada di bawah kerajaan Pas.

"Saya serahkan pada masyarakat untuk menilai sendiri secara keseluruhan dari segi pembangunan yang telah dibawa," kata Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

Isnin ini, 27,222 pengundi di DUN Sungai Limau akan memilih wakil baharu mereka antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat. - BERNAMA

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


Masak dalam bilik

Posted: 31 Oct 2013 01:55 PM PDT

felda besout - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda besout - Google Blog Search


Salbiah Johan Pertandingan Memasak <b>FELDA Besout</b> 2 | Suara <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2013 05:40 AM PDT

Salbiah Johan Pertandingan Memasak FELDA Besout 2

TROLAK – Pertandingan memasak telah diadakan pada hari ketiga Karnival Jom Ke FELDA (KJKF) 2013 siri ketiga di FELDA Besout 2.

Daripada 20 orang peserta yang telah menyertai pertandingan memasak, Salbiah Sulaiman berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Tempat kedua pula berjaya dimenangi oleh Yahanah Tarmidi manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nor Hayati Jamhari.

Tempat keempat dimenangi oleh Asenah Adol dan Esah Rais mendapat tempat keempat.

Gambar-gambar akan dimuatkan didalam Galeri Gambar.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada October 28, 2013 - 8:40 pm oleh Shazuein Azmaini

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Landskap Ipoh berubah wajah

Posted: 31 Oct 2013 11:28 AM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

Roshidi Hashim (kiri) melihat pemandangan Ipoh dari salah satu tingkat Hotel Symphony Suite di Ipoh, kelmarin.

IPOH 31 Okt. - Pembangunan 268 projek komersial di bandar raya ini sejak enam tahun lalu telah berjaya merubah wajah dan landskap Ipoh sebagai ibu negeri.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, 268 projek itu merupakan sebahagian daripada 468 projek bangunan komersial yang diluluskan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak tahun 2007.

Menurutnya, projek yang telah siap sepenuhnya itu dilihat berpotensi menjadi satu tarikan baharu, selain menarik perhatian masyarakat luar datang ke negeri ini.

"Saya penuh yakin bandar raya Ipoh akan terus membangun dengan wujudnya lebih banyak bangunan komersial termasuk hotel.

"Itulah yang kita harapkan semasa meluluskan setiap cadangan yang dipohon dulu. Kita mahu bandar raya ini kembali menyinar, sekali gus menarik ramai pelancong luar datang ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Symphony Suites Hotel di sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Symphony Suites Hotel, Lee Chee Ming dan dua Pengarahnya, Datuk Seri Richard Tan dan Marc Khoo serta Pengurus Besar, Thayundi Intachat.

Menurut Roshidi, lebih membanggakan kebanyakan projek komersial yang dibangunkan di bandar raya ini adalah hasil daripada pelaburan anak tempatan.

Katanya, ini secara tidak langsung menunjukkan golongan berkenaan yakin terhadap pembangunan dan potensi yang dimiliki di negeri ini.

Sementara itu, Roshidi berkata, pelancongan merupakan sektor yang sangat dinamik dari segi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), penjanaan pekerjaan dan tukaran asing.

Katanya, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), sasaran-sasaran yang telah ditetapkan bagi sektor pelancongan adalah untuk memperbaiki kedudukan Malaysia menjadi antara 10 negara teratas dari segi pendapatan pelancongan global.

"Oleh itu, saya amat yakin dengan perasmian hotel butik perniagaan Symphony Suites ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan ekonomi di bandar raya Ipoh.

"Dengan segala kemudahan yang ada seperti hotel, pusat beli-belah dan bermacam-macam lagi, pasti ini menjadi satu tarikan baharu pelancong datang ke sini," katanya.

Pulau Pinang tidak dipinggir dalam bajet

Posted: 31 Oct 2013 11:28 AM PDT

Oleh ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Zainal Abidin Osman menyampaikan anugerah kepada salah seorang pemenang dalam majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum peringkat negeri di Kepala Batas, semalam.

KEPALA BATAS 31 Okt. - Kerajaan tidak pernah meminggirkan pembangunan negeri yang ditadbir pembangkang termasuk Pulau Pinang malah menyediakan peruntukan besar dalam Bajet 2014.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, untuk tahun depan, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM880.65 juta bagi melaksanakan beberapa projek baharu di negeri ini.

Sehubungan itu, menurutnya, dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya Pulau Pinang tidak disediakan sebarang peruntukan dalam Bajet 2014 adalah tidak benar.

"Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyebut perkataan Pulau Pinang ketika membentangkan Bajet 2014, kesemua manfaat yang Kerajaan Persekutuan sediakan untuk negeri ini adalah sesuatu yang terjamin.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang tolong jangan bersangka buruk dengan Kerajaan Persekutuan. Tanpa mengira fahaman politik, kita terus bantu rakyat Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum peringkat negeri di sini hari ini.

Guan Eng baru-baru ini mendakwa Bajet 2014 tidak menawarkan sebarang peruntukan kepada Pulau Pinang.

Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri memberitahu, antara pembangunan yang bakal dilaksanakan di Pulau Pinang tahun depan adalah 21 projek di bawah Kementerian Pelajaran dengan kos sebanyak RM77.62 juta.

Tambahnya, turut akan dilaksanakan adalah lima projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (RM24.80 juta), dua projek Kementerian Kesihatan (RM270 juta), dua projek Kementerian Kerja Raya (RM455 juta) serta satu projek Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (RM20 juta).

Projek-projek baharu lain, katanya, termasuk di bawah Jabatan Perdana Menteri (RM7 juta), Kementerian Pelancongan (RM2.5 juta), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (RM5.23 juta) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM1.7 juta).

Selain projek baharu, tambah beliau, Kerajaan Persekutuan juga meneruskan beberapa projek mega seperti pembesaran Empangan Mengkuang yang menelan belanja RM1.2 bilion, pembinaan landasan berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar (RM2.066 bilion) dan Jambatan Kedua Pulau Pinang (RM4.5 bilion).

Projek tebatan Beriah kurangkan banjir daerah Kerian

Posted: 31 Oct 2013 11:28 AM PDT

BAGAN SERAI 31 okt. - Masalah banjir yang kerap melanda daerah Kerian dekat sini, berjaya diatasi sejak siapnya projek tebatan banjir di Beriah setahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, perkara itu terbukti selepas hanya sebilangan kecil penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda di daerah itu baru-baru ini.

Beliau berkata, sebelum siapnya projek tebatan berkenaan, daerah itu kerap dilanda banjir teruk sehingga melibatkan jumlah mangsa yang tinggi.

"Namun setelah siapnya projek tebatan banjir di Beriah setahun lalu, tiada lagi kejadian banjir teruk di daerah ini seperti yang berlaku pada 2003 dan 2006.

"Sebelum ini, setiap kali banjir banyak kawasan terjejas sehingga beratus-ratus orang terpaksa dipindahkan dan jumlah kemusnahan harta benda yang agak tinggi," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan RM300 seorang kepada 16 mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah itu di sini baru-baru ini.

Beberapa kawasan di daerah itu dilanda banjir baru-baru ini termasuk Parit Simpang Lima dan Parit Simpat Empat manakala laluan di Kilometer (KM) 13 hingga KM 17 Changkat Lobak-Matang Pasir di sini, yang ditutup sementara akibat ditenggelami air.

Selain wang tunai, mangsa banjir juga menerima sumbangan barang makanan daripada Yayasan Bina Upaya (YBU) Perak.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Muka Hadapan


Syarikat perumahan turut terlibat?

Posted: 31 Oct 2013 11:28 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

WIEF jadi jenama global - PM

Posted: 31 Oct 2013 11:28 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Lagi pengawal merompak - KPN

Posted: 31 Oct 2013 11:28 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Perbicaraan pengganas Lahad Datu bermula 6 Jan

Posted: 31 Oct 2013 10:41 PM PDT

Tunggu masa nak cekup

Posted: 31 Oct 2013 12:26 PM PDT

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


FAM perangi 'ulat tiket'

Posted: 31 Oct 2013 12:54 PM PDT

Shah Alam: Kira-kira 2,000 anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal trafik dan keselamatan ketika saingan kemuncak Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

2,000 anggota polis bertugas pada final

Posted: 31 Oct 2013 12:50 PM PDT

Shah Alam: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melancarkan perang dan mengambil tindakan tegas terhadap 'ulat tiket' yang cuba menjual tiket final Piala Malaysia antara Pahang dan Kelantan di sekitar Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Cinta Diana tak kesampaian...

Posted: 31 Oct 2013 07:18 AM PDT

Projek Metro: Perubahan imej

Posted: 31 Oct 2013 06:58 AM PDT

Harian Metro: Global

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Global


Tampal kulit dada di muka

Posted: 31 Oct 2013 11:01 AM PDT

Tergergaji kantung zakar

Posted: 31 Oct 2013 10:54 AM PDT

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Pembelaan mangsa dera

Posted: 31 Oct 2013 04:08 PM PDT

Gambar hiasan

Wanita kurang pegang jawatan penting

Posted: 31 Oct 2013 03:58 PM PDT

Saban hari banyak kes dera dan keganasan rumah tangga terpampang di dada akhbar khususnya kes membabitkan orang terdekat termasuk suami, dan keluarga pertalian darah seperti saudara mara.

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


JPN Kelantan, Terengganu siap sedia

Posted: 31 Oct 2013 11:28 AM PDT

Oleh TOREK SULONG dan ISWAN SHAFIQ MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

Zahari Daud (kiri) menyampai Anugerah Puncak Citra Karisma sempena Majlis Anugerah Citra Karisma PPD Kuala Krai kepada warga pendidik di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, kelmarin.

PASIR PUTEH 31 Okt. - Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan bersiap sedia menghadapi musim banjir bermula bulan ini dengan mengambil langkah perlu bagi memastikan semua calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Perlajaran Malaysia (STPM) di seluruh negeri dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan yang selesa.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Zahari Daud berkata, sekolah-sekolah di kawasan yang mudah ditenggelami air terutama di daerah Rantau Panjang, Kuala Krai dan Pasir Mas diberi fokus utama untuk disalurkan bantuan segera.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pasukan keselamatan bagi menyelaraskan kerja-kerja menyelamat serta membantu calon-calon peperiksaan terbabit.

"Pengalaman banjir sebelum ini menjadi garis panduan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada calon peperiksaan dan langkah yang akan diambil mendapat kerjasama padu daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

"Pihak pengurusan sekolah telah diberi arahan untuk persiapan awal termasuk penyediaan asrama bagi penempatan calon di kawasan yang ditenggelami air serta melakukan tindakan pantas menyelamatkan barangan sekolah dan dokumen penting sebelum berlakunya banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Citra Karisma (ACK) PPD Kuala Krai 2012/2013 di Sweet Beach Resort, Tok Bali di sini semalam.

Yang hadir sama, Pegawai PPD Kuala Krai, Anuar Mamat; Timbalannya, Ramali Deraman dan seluruh warga pendidik Kuala Krai.

Dalam majlis itu, sebanyak 13 anugerah seperti ACK Sukan, Kokurikulum, Pengurusan Buku Teks serta Kewangan diberikan kepada sekolah terpilih membabitkan 12 sekolah menengah dan 41 sekolah rendah di seluruh Kuala Krai.

Bagi Anugerah Puncak Citra Karisma, dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Satu (SMKSYP1) bagi kategori sekolah menengah dan Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra Satu (SKSYP1) untuk kategori sekolah rendah.

Zahari berkata, langkah berkenaan wajar bagi mengelak semua calon terutama yang tinggal di kawasan rendah dan pedalaman negeri ini tidak terkandas daripada menduduki peperiksaan penting itu.

"Setakat ini JPN Kelantan berjaya menangani masalah ini dengan jayanya dan tidak ada calon peperiksaan yang tidak dapat menduduki peperiksaan kerana terkandas akibat banjir pada tahun sebelum ini.

"Tindakan pantas pihak sekolah terutama mengenal pasti calon yang tinggal di kawasan rendah dapat membantu melicinkan proses menyelamat di peringkat awal.

"Kegagalan pihak sekolah memberi maklumat awal mengenai banjir di kawasan mereka boleh melambatkan usaha menyelamat sekali gus menganggu fokus serta tumpuan calon peperiksaan," katanya.

Zahari berkata, sekolah berisiko tinggi menghadapi banjir perlu menyediakan bilik peperiksaan alternatif lebih selamat untuk calon-calon menduduki peperiksaan.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam tersebut.

"Setakat ini, kita telah mengenal pasti lima daerah paling kritikal dilanda banjir setiap tahun iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman.

"Jadi, bagi mengatasi masalah itu, kita telah merangka pelbagai jalan penyelesaian termasuk memindahkan pusat peperiksaan itu di tempat yang lebih tinggi atau menempatkan pelajar di asrama sekolah berkenaan lebih awal seperti yang dilakukan pada setiap tahun.

"Kita juga akan mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa termasuk tentera, polis dan sebagainya untuk memindahkan pelajar ini bagi memastikan peperiksaan tidak terganggu akibat permasalahan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak pengurusan beberapa buah sekolah terutama di daerah yang sering mengalami banjir diberi taklimat mengenai persediaan menempatkan mangsa banjir di sekolah masing-masing.

"Biasanya, jarang sekolah dinaiki air kecuali di Hulu Terengganu. Masalah yang sering berlaku ketika banjir ialah jalan menuju ke sekolah yang dinaiki air. Itu sahaja," katanya.

90% sekolah di Terengganu ada internet kelajuan tinggi

Posted: 31 Oct 2013 11:28 AM PDT

Sebahagian peserta yang menghadiri program Hari Profesionalisme Pengurusan VLE Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Sebanyak 447 daripada 494 buah sekolah atau 90.5 peratus sekolah di negeri ini dipasang dengan internet berkelajuan tinggi.

Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussain berkata, perkara itu hasil inisiatif syarikat telekomunikasi tempatan, YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) yang menyediakan kemudahan internet 4G dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) kepada guru dan pelajar di sini.

Dalam masa sama, beliau berkata, bilangan guru yang menerima latihan VLE di negeri ini tahun lepas sebanyak 258 orang daripada 129 buah sekolah terpilih.

"Sehingga September tahun ini pula, hampir semua sekolah di negeri ini menerima latihan tersebut melibatkan 694 guru daripada 347 buah sekolah. Walau bagaimanapun, bilangan ini tidak termasuk 18 buah Champion School yang dilatih khas oleh FrogAsia iaitu syarikat telekomunikasi internet," katanya.

Beliau berucap sempena Hari Profesionalisme Pengurusan VLE Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib di Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Eksekutif YTL Corporation, Datuk Yeoh Soo Keng serta Pengarah Eksekutif YTL Communications, Yasmin Mahmood.

Majlis tersebut yang bertujuan memberi penerangan khusus berhubung projek 1BestariNet itu turut dihadiri para pengetua serta guru-guru besar dari hampir semua sekolah di negeri ini.

Dalam pada itu, Zakaria memberitahu, sehingga kini, seramai 1,396 pelajar dan murid terpilih di negeri ini menerima latihan VLE.

"Tahun lalu, 820 murid daripada 205 buah sekolah yang terdiri daripada empat murid untuk setiap sekolah dilatih manakala tahun ini, seramai 576 murid daripada 288 buah sekolah terlibat dengan setiap sekolah diwakili dua murid.

"Guru yang menerima latihan ini (VLE) di peringkat negeri sebagai lead user atau penyelaras VLE pula terdiri daripada dua guru ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dari setiap sekolah.

"Mereka ini kemudian akan dipertanggungjawab untuk melatih guru-guru dan menjadi penggerak kepada pelaksanaan VLE di sekolah masing-masing," katanya.

Bas, lori banyak buat kesalahan

Posted: 31 Oct 2013 11:28 AM PDT

Oleh JAZALY AMRY JAAFAR
utusankelantan@utusan.com.my

Ismail Munajad memeriksa dokumen seorang pemandu bas dalam sekatan jalan raya di Kilometer 9, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, kelmarin.

GUA MUSANG 31 Okt. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati banyak kenderaan pengangkutan komersial terutama bas dan lori yang beroperasi di negeri ini masih gagal mematuhi beberapa peraturan dan undang-undang jalan raya ditetapkan.

Penolong Pengurus Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur, Ismail Munajad berkata, pihaknya mengesan sekurang-kurangnya 15 kesalahan biasa dilakukan hasil sekatan jalan raya yang dijalankan di Kilometer 9, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.

Katanya, hampir 50 kenderaan jenis itu telah diperiksa dengan kebanyakannya didapati melanggar syarat permit, justeru SPAD tidak ada pilihan selain mengeluarkan saman terhadap pemandunya.

"Antara saman yang dikeluarkan bagi kenderaan jenis bas adalah tidak menggunakan laluan yang dibenarkan dalam permit, gagal mengemukakan lesen kendalian dan permit perkhidmatan dan pengeluaran tiket tidak bercetak.

"Bagi kenderaan jenis lori pula, banyak didapati membawa barang yang tidak dibenarkan dan muatan lebih daripada paras panel ditetapkan meskipun secara jelas semua peraturan itu ada di dalam permit," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa operasi itu.

Menurut beliau, operasi yang bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi itu melibatkan 16 anggota dengan pihaknya turut menjalankan pemeriksaan keseluruhan kenderaan untuk memastikan ia selamat digunakan.

Katanya, tujuan utama sekatan jalan raya itu adalah memeriksa empat jenis dokumen yang wajib dibawa oleh kenderaan komersial iaitu permit kenderaan, lesen kendalian, permit perkhidmatan dan jadual tambang bagi bas.

Sementara itu, Ismail menasihatkan para pengguna perkhidmatan bas membuat pilihan terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ditawarkan untuk memastikan mereka tiada masalah yang timbul dan mereka sampai ke destinasi dengan selamat.

"Para penumpang bas saya nasihatkan supaya sebelum membeli tiket itu pastikan dahulu jenis bas yang hendak dinaiki dan paling penting sekali pengendali bas atau pengusaha bas mengikut peraturan SPAD seperti termaktub di dalam permit kenderaan dan lesen pengendali yang ada," katanya.

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Fathia, Miera teruja di Uzbekistan

Posted:

Fathia, Miera teruja di Uzbekistan

Fathia, Miera teruja di Uzbekistan

KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my
(Yang mewakili delegasi Malaysia ke Forum Filem Antarabangsa Tashkent dan Minggu Kesenian Style.Uz di Tashkent, Uzbekistan dibawa oleh Rafflesia The Pearl Centre)

SINAR mentari tidak pernah lekang daripada pandangan mata sepanjang tujuh hari berkampung di ibu kota yang paling padat penduduk, Tashkent, Uzbekistan.

Benar, jadual yang padat bagi meraikan Minggu Kesenian Style.Uz dan Forum Filem Antarabangsa Tashkent bermula 19 hingga 24 Oktober lalu bagai tidak terasa penatnya.

Hal yang sama diakui sendiri oleh pelakon filem Pecah, Miera Leyana yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi bertuah Uzbekistan.

"Cuaca yang menyamankan telah membuatkan kita lupa sebentar hiruk-pikuk kota Kuala Lumpur. Walaupun matahari bersinar sepanjang masa, udara sejuk yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengubat tekanan bekerja tanpa henti sepanjang tahun ini," tutur Miera sambil menghirup secangkir teh tradisional di sudut hotel yang dinamakan chaikhana.

Sambil melontarkan pandangan ke laluan Jalan Dedeman, menyaksikan pejalan kaki pulang usai bekerja lewat pukul 6 petang, tambah Miera, ketenangan sebegini yang selama ini sering dicari-cari olehnya untuk bersantai, berehat dan bermuhasabah sejenak.

"Lihat sahaja seni bina Islam di tengah-tengah pusat bandar, contohnya Kompleks Hizrati Imam, sudah membuatkan hati tersentuh dek keagungan dan kemasyhuran perkembangan Islam sekitar abad ke-15 dulu.

"Unik, gah dan menyimpan sejarah menarik untuk diterokai sebenarnya.

"Alangkah indah kalau saya diberikan lebih banyak ruang masa untuk meneroka segenap isi ruang kota ini," ujar pemilik nama sebenar Miera Leyana Kasmi, 21.

MIERA akui tertarik dengan fabrik kapas yang ditenun cukup cantik dan unik di Uzbekistan.


Penerbangan menaiki Uzbekistan Airways mengambil masa kurang lapan jam dari kota Kuala Lumpur dan sela masa waktu tempatannya cuma lewat tiga jam.

Ironi Uzbekistan digelar City Of Sun memandangkan sang mentarinya tidak pernah segan-silu menampilkan diri sepanjang tahun biarpun peralihan musim.

Kata Miera, dia dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa panorama pada musim salji sekitar yang bakal menyusul pada bulan Januari tidak lama lagi, sangat menakjubkan.

"Bayangkan, masjid serta madrasah di sini yang berwarna coklat bakal dilitupi salji putih sepanjang musim sejuk nanti. Ketika itu, kata penduduk di sini, pemandangannya sungguh luar biasa," kongsi Miera.

Meskipun sukar pada mulanya untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan penduduk tempatan terutama ketika berjual beli memandangkan kebanyakan mereka menggunakan bahasa Uzbekistan dan Rusia sebagai perantara, perkara itu menjadi 'alah bisa tegal biasa'.

"Mula-mula memang sukar untuk berkomunikasi kerana mereka tidak mahir menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantara melainkan pelajar yang menuntut di universiti di sini.

"Namun, lama-kelamaan apabila sering menggunakan isyarat badan, perkara itu bukan alasan untuk tidak membeli-belah di sini.

"Perkara yang menarik perhatian saya adalah cenderamata dan fabrik kapas yang ditenun cantik di sini.

"Coraknya seakan-akan sama dengan kain pua kumbu dari Sarawak tapi motif dan warnanya lebih meriah dan terang membezakan fabrik-fabrik di sini," katanya.

FATHIA kelihatan cukup menawan dalam pakaian tradisi Uzbekistan.


Cuaca nyaman

Tarik perhatian

Sempena acara karpet merah Forum Filem Antarabangsa Tashkent yang berlangsung pada 19 Oktober lalu, Miera dan Fathia diberikan kesempatan mewakili Malaysia dan negara di Asia Tenggara untuk melewati permaidani acara paling berprestij itu.

Menariknya, Miera dan Fathia masing-masing berjaya mencuri tumpuan beberapa produser dan selebriti terkenal Uzbekistan dan Rusia untuk disunting membintangi karya terbaharu mereka.

Miera telah ditawarkan untuk mendukung peranan utama dalam sebuah filem berjudul Jealous arahan Said Muxtozor, seorang pengarah dari Rusia yang akan memulakan penggambaran tahun depan.

Fathia pula mendapat perhatian luar biasa daripada selebriti tempatan yang menyangka dia adalah sebahagian penduduk tempatan Uzbekistan, selain ditawarkan untuk tampil dalam sebuah klip video penyanyi tersohor negara itu, Atarbek Dotsent Maxashev yang akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur.

"Ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke Uzbekistan. Kali pertama ketika festival Asrlar Sadosi pada bulan Mei lalu dan situasi yang sama berlaku kepada saya. Mereka tetap anggap saya penduduk tempatan Uzbekistan.

"Sampailah saya perlu menerangkan kepada mereka bahawa saya berasal dari Malaysia dan tidak boleh bercakap bahasa Uzbekistan, kemudian barulah mereka mula bertanyakan asal-usul saya," cerita pemilik nama penuh Nur Fathia Abdul Latiff, 25, bersungguh-sungguh.

Makam bersejarah

Melihat pada faktor sosiobudaya dan ekonomi penduduk di Uzbekistan, kata penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, ia tidak jauh berbeza dengan Malaysia.

"Uzbekistan adalah sebuah negara Islam yang membangun lebih kurang Malaysia juga, mereka ada kawasan perkampungan dan bandar yang sedang pesat membangun.

"Cuma yang berbeza daripada kita adalah budaya, cara hidup, pemakaian, dan makanan mereka. Negara ini banyak menghidangkan makanan berasaskan sayuran dan buah-buahan.

"Daripada saya seorang yang bukan penggemar sayuran tiba-tiba menjadi pencinta sayur. Malah, hidangan di sini juga mempunyai rasa yang berbeza dan lebih rasa rempah-ratusnya," kata Fathia yang menggemari hidangan seakan Nasi Bukhari yang diberi jolokan Bloaf.

MIERA LIYANA (kiri) dan Nur Fathia berkongsi rasa dan emosi sepanjang berada di Uzbekistan baru-baru ini.


Delegasi juga dibawa melawat ke wilayah sebelah barat Uzbekistan iaitu Samarkand menggunakan penerbangan domestik yang mengambil masa 45 minit dari Tashkent.

"Samarkand menyimpan sejarah dan rahsia lampau yang sangat unik. Di sini terletaknya makam pahlawan paling disegani di Uzbekistan, Amir Temur serta makam perawi hadis dan sahabat Rasulullah SAW, Imam Bukhari.

"Syukur Alhamdulillah saya diberikan peluang untuk melawat ke lokasi-lokasi ini.

"Cantiknya tempat ini memang sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata, malah ketika lawatan hati tiba-tiba menjadi sayu dan sebak," ujar Fathia.

Benar kata orang, jauh berjalan luas pengalaman. Umpama sebuah hikayat suatu ketika dulu yang semakin lama disimpan semakin tinggi nilainya, begitu juga darjat sebuah pengalaman.

Manis, menyentuh hati dan merengkuh emosi. Itulah uniknya Uzbekistan!

Barbie 'hidup' di Malaysia

Posted:

Barbie 'hidup' di Malaysia

Barbie 'hidup' di Malaysia


PEMENTASAN Barbie dipersembahkan dengan aura moden yang penuh elegan.


NOSTALGIA indah. Pementasan ala teater patung Barbie dan rakan-rakannya selama hampir dua jam di Amphitheatre, Sunway Lagoon dilihat mampu mengimbau kembali zaman kanak-kanak, khususnya golongan wanita yang inginkan sedikit hiburan yang berlainan pada hujung minggu ini.

Acapkali teman lelaki membawa teman wanita serta ibu bapa membawa anak-anak mereka berjalan pada hujung minggu ke tempat yang klise seperti pusat membeli-belah, menonton wayang, taman rekreasi dan tempat yang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Apa yang pasti, mereka mempunyai pilihan yang lebih unik pada minggu ini kerana sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-19, Galaxy Group telah menerbangkan khas dan buat pertama kalinya, Barbie Live! Musical Show ke Malaysia.

Persembahan penuh muzikal tersebut bermula dengan sorakan lebih 1,000 penonton yang memenuhi segenap ruang Amphitheatre, Sunway Lagoon yang terletak di Subang Jaya itu.

Barbie Live! Musical Show dimulakan dengan set berlatar belakang dan bertemakan pentas muzik Hollywood yang mana Barbie dan rakan baiknya, Teresa sedang rancak membuat latihan sebelum menjalani pengambaran filem baharu lakonan mereka.


MENARIK... Tarian tradisional yang ditarikan oleh Barbie dan pasangannya sambil diiringi para penari latar.


Plot dikembangkan dengan Teresa digambarkan sebagai mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah dan tidak percaya akan bakat serta keupayaan lakonannya.

Barbie lalu membantu Teresa dengan menayangkan beberapa cakera padat video (VCD) lakonannya yang terkenal seperti Swan Lake, Princess and the Popstar dan Maripos & Fairy Princess dengan harapan sahabat baiknya itu dapat mengambil pengajaran dan moral yang tersurat serta tersirat dalam cerita-cerita tersebut.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang menarik ditempuh oleh Barbie dan Teresa sepanjang tempoh tersebut supaya Teresa dapat peroleh kepercayaan diri sambil mengukuhkan tali persahabatan yang terjalin antara mereka.

Pementasan yang berbentuk muzikal ini dimainkan dengan penuh warna-warni serta tidak mengecewakan penonton yang hadir menonton dengan niat untuk bergembira dan bersantai bersama orang tersayang

Selain itu, pelbagai jenis lagu dipersembahkan secara langsung oleh para pelakon dengan penuh keceriaan dan antara yang mendapat perhatian penonton seperti Rise Above it All, Be A Friend dan Look How High We Can Fly.

Tarian juga memainkan peranan yang penting dalam pementasan ini dan babak yang paling mengujakan adalah ketika mereka menari sambil menyanyikan lagu Get Your Sparkle On.

Pementasan ini sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama diselitkan empat babak berasingan seperti The Rehearsal, Swan Lake, Barbie's Dressing Room dan Mariposa.


TARIAN moden yang dipersembahkan oleh para pelakon sangat bertenaga.


Bahagian kedua mempunyai dua babak seperti Outside & Inside Barbie's Dressing Room.

Hampir 60 peratus yang datang menyaksikan pementasan pada malam pembukaan itu merupakan kanak-kanak bawah 12 tahun.

Sesungguhnya terdapat senyuman kepuasan pada wajah mereka ketika persembahan itu tiba ke penghujung.

Bagi penggemar watak patung comel ini dan berniat untuk melihat sendiri bagaimana kesudahan cerita yang penuh menarik itu, masih boleh mendapatkan tiket di Kaunter Tiket Galaxy di Boulevard, Mid Valley atau Sungai Wang Plaza dengan segera kerana persembahan yang julung-julung kali dianjur dan dipentaskan di Malaysia selama enam hari bermula 29 Oktober lalu itu akan berakhir pada 3 November ini (Ahad).

Selain itu, tiket yang berharga RM93 hingga RM303 itu juga boleh dibeli melalui laman sesawang, www.ticketcharge.com.my.

Untuk informasi lebih lanjut, sila hubungi Galaxy Group di talian 03-2282 2020 atau layari laman web www.galaxy.com.my.

Wajah anak angkat Almy mirip Fizz

Posted:

Wajah anak angkat Almy mirip Fizz

Wajah anak angkat Almy mirip Fizz

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


Fizz yang kelihatan mesra bersama Nur Afrina yang memanggilnya dengan gelaran papa.


RAMAI yang terkejut apabila pelakon Fizz Fairuz memberitahu bakal berkahwin dengan bekas kekasihnya, pelakon Almy Nadia.

Malah, ramai juga yang mempertikaikan tindakan Fizz, 34, berkahwin dengan Almy, 27, selepas apa yang telah dilakukan pelakon filem Nur Kasih itu terhadap Almy.

Bahkan, ada juga yang pelik kenapa Almy sanggup menerima Fizz kembali selepas lelaki itu mengambil keputusan bertunang dengan wanita lain.

Bagaimanapun, ada sumber yang memberitahu Kosmo!, keputusan Fizz mahu berkahwin dengan Almy kerana mereka sudah mempunyai cahaya mata.

Cahaya mata yang dimaksudkan sumber itu ialah anak angkat Almy iaitu Nur Afrina Darwisya, 4.

Sumber itu juga mendakwa, wajah kanak-kanak perempuan itu juga persis muka Fizz.

Terkejut dengan berita tersebut, Kosmo! segera mendapatkan kenyataan kedua-dua pelakon itu.

Kosmo!: Ada yang mendakwa bahawa anak angkat Almy iaitu Nur Afrina Darwisya merupakan anak sebenar kalian. Benarkah?

FIZZ: (Terkejut). Nur Afrina itu memang anak angkat Almy. Dia tiada kena-mengena dengan saya. Bagaimanapun, ketika hendak mengambil anak angkat dulu, Almy pernah memberitahu saya. Namun, segala proses pengambilan semuanya diuruskan oleh Almy. Budak itu juga diambil Almy sejak bayi lagi.

ALMY: Saya rasa sangat kelakar. Kalau betul apa yang didakwa, pergilah selidik semua hospital ada atau tidak nama Almy melahirkan anak. Tolong jangan ragui status anak angkat saya. Saya ambil dia (sebagai anak angkat) sejak 27 April 2010.

Ada yang mendakwa Almy pernah menghilangkan diri selama setahun lebih kerana mengandung? Sila komen.

ALMY: Sebenarnya saya tidak hilangkan diri. Ketika itu saya masih berlakon, cuma mungkin orang tidak perasan sebab saya hanya muncul untuk RTM sahaja. Ketika itu juga saya akui berat badan naik tetapi bukan disebabkan mengandung.

Adakah Almy terkejut dengan dakwaan tersebut?

ALMY: Saya tidak terkejut. Saya sudah bersedia sejak awal lagi dengan dakwaan seperti ini. Sebelum ini lagi ramai yang pernah meragui status anak tersebut. Malah, ramai juga yang beritahu muka Nur Afrina lebih kurang sama dengan Fizz apabila saya memuat naik gambarnya di laman sosial Instagram.

Bagaimanakah hubungan Fizz dan Nur Afrina?

FIZZ: Hubungan saya dengan dia (Nur Afrina) baik. Dia juga panggil saya papa dan hadir ke sambutan hari jadi saya pada 22 Oktober lalu. Kami mulai rapat sejak tiga bulan lalu.

ALMY: Mereka menyanyangi antara satu sama lain. Malah, Nur Afrina sendiri sudah menganggap Fizz bapanya dan memanggil dia papa.


FIZZ menyatakan yang dia akan merisik Almy Nadia pada minggu depan.


Apakah yang dimaksudkan oleh Fizz bahawa Nur Afrina menganggap anda sebagai bapanya?

FIZZ Sebelum ini dia tidak mempunyai bapa. Tiba-tiba dapat kasih sayang seorang bapa. Itu yang dia seronok dan anggap Fizz sebagai bapanya.

Apakah perkembangan terbaharu majlis perkahwinan kalian? Sudah ada tarikh?

FIZZ: Buat masa ini belum ada sebarang tarikh kahwin. Namun, saya akan merisik Almy pada minggu depan dengan membawa sebentuk cincin.

ALMY: Saya tetap tidak mahu memberi sebarang kenyataan selagi majlis belum berlangsung. Bila sudah selesai, Fizz sendiri akan memberitahu perkara selanjutnya. Biar dia sahaja yang bersuara.

Sudah buat sebarang persiapan perkahwinan?

FIZZ: Saya menyerahkan semuanya kepada keluarga. Mereka yang menguruskan perkahwinan kami.

Apakah perasaan Fizz apabila hubungan kalian akan berakhir di jinjang pelamin?

FIZZ: Ada orang cakap yang saya ini sudah ludah jilat balik. Bagi saya, tutup buku lama dan buka buku baharu. Kita hanya merancang dan ia juga bergantung pada jodoh.

Kenapakah hanya anda sahaja yang memberi kenyataan tetapi Almy pula menutup mulut?

FIZZ: Saya sendiri yang beritahu dia jangan buka mulut sebab takut bercanggah kenyataan pula.

Beralih pada soalan lain, apakah perkembangan anda dalam bidang seni?

FIZZ: Saya telah berhenti berlakon seketika hingga 5 Januari depan kerana ingin memberi tumpuan pada Akademi Fantasia 2013 (AF2013). Pada masa yang sama, saya juga sedang sibuk dengan program Liga Lawak Superstar. Sekarang ini juga saya sedang membina badan untuk watak saya iaitu Super Bro dalam filem Cicak Man 3 yang akan menjalani penggambaran pada awal tahun depan.

ALMY: Dalam dua bulan lagi saya akan kembali dengan perniagaan saya iaitu karipap sejuk beku. Saya juga sedang menjalani penggambaran drama untuk RTM berjudul Gadis Saza.

Harian Metro: Arena

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Arena


Liku-liku pemain ke-12

Posted: 31 Oct 2013 11:58 AM PDT

Semangat Elephant Army kibar kain rentang

Posted: 31 Oct 2013 11:57 AM PDT

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search


MyNewsHub | <b>LAHAD DATU</b> Tg Labian, Tg Batu In <b>Felda Sahabat</b> <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 12:40 AM PST

Lahad Datu – Tanjung Labian and Tanjung Batu in Felda Sahabat, here, have been declared as red zones by the authorities after armed men were seen near the villages.

Sabah police commissioner Datuk Hamza Taib confirmed this latest development and added that both villages are next to each other.

The villages are also said to be between 5km and 7km from Kampung Tanduo where the original group of about 200 gunmen are holed up. – New Straits Times

LAHAD DATU Tg Labian, Tg Batu In Felda Sahabat Declared Red Zonehttp://mynewshub.my/eng/wp-content/uploads/2013/03/LAHAD-DATU.jpghttp://mynewshub.my/eng/wp-content/uploads/2013/03/LAHAD-DATU-150x150.jpgmynewshub latest

Lahad Datu - Tanjung Labian and Tanjung Batu in Felda Sahabat, here, have been declared as red zones by the authorities after armed men were seen near the villages. Sabah police commissioner Datuk Hamza Taib confirmed this latest development and added that both villages are next to each other. The villages...

Lahad Datu - Tanjung Labian and Tanjung Batu in Felda Sahabat, here, have been declared as red zones by the authorities after armed men were seen near the villages. Sabah police commissioner Datuk Hamza Taib confirmed this latest development and added that both villages are next to each other. The villages are also said to be between 5km and 7km from Kampung Tanduo where the original group of about 200 gunmen are holed up. - New Straits Times

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat