Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 02 Sep 2011 09:53 PM PDT KUALA LUMPUR: Jurukamera BERNAMA TV terbunuh manakala jurukamera TV3 cedera selepas terkena tembakan curi penyerang tidak dikenali ketika pulang daripada membuat liputan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, petang semalam. Mangsa, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas cedera parah akibat ditembak di bahu, manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di tangan dan dilaporkan stabil. Tembakan itu dipercayai disasarkan ke arah trak tentera Kesatuan Afrika (AU) tetapi tersasar dan terkena pacuan empat roda yang dinaiki mangsa. Kejadian jam 5.15 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia) berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan bersama jurukamera TV3 selepas selesai membuat liputan di sebuah kem pelarian di ibu negara bergolak itu. Mangsa terkena tembakan ketika berada dalam kenderaan terbabit sebaik tiba di depan hotel penginapan mereka. Difahamkan, mangsa menginap bersama jurukamera dan wartawan televisyen Malaysia di sebuah hotel lain, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan wartawan media cetak serta sukarelawan misi berkenaan. Wartawan Berita Harian, Nor Azizah Mokhtar, yang turut menyertai misi berkenaan ketika dihubungi malam tadi berkata, mangsa dikatakan sempat menghubungi ahli keluarganya di ibu negara sebaik terkena tembakan itu. Beliau berkata, setakat malam tadi tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. Berikutan kejadian itu, semua sukarelawan dan wartawan akan dibawa keluar dari Mogadishu secepat mungkin menggunakan pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kini berada di Seychelles yang mengambil masa tiga jam perjalanan untuk tiba ke ibu negara terbabit. "Mengikut perancangan, semua anggota misi akan cuba dibawa keluar malam ini (malam tadi) tetapi keadaan sangat berbahaya dan semuanya bergantung kepada situasi semasa," katanya. Nor Azizah berkata, semua anggota sukarelawan lain dan petugas media kini dalam keadaan selamat dan diberikan kawalan keselamatan yang ketat oleh pasukan keselamatan. "Kami semua dikumpulkan di hotel penginapan, tetapi tidak dibenarkan masuk ke bilik masing-masing," katanya. Misi kemanusiaan diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bersama 55 sukarelawan terdiri daripada 18 doktor dan 17 pengamal media berlepas dari ibu negara pada 28 Ogos lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komennmnw al-fatihah untuk allayarham,takziah utk keluarga mangsa...marilah kita bersyukur atas kurniaan ALLAH S.W.T kepada negara kita MALAYSIA... mijan takziah untuk keluarga allahyarham..jadikan iktibar kejadian ini ntk masa hadapan....al-fatihah... Amir Innalillah...Al-Fatihah..
juliaadiena takziah buat keluarga allahyarham...hanya org yang pernah kehilangan tau mcm mana rasanya..sabar ye..mati itu pasti.kat mana2 pun klu dh sampai ajal..kite akan pergi.sekurang2nya arwah meninggal ketika menjalankan tugas..dengan niat yang murni.. matt Saya nak bagi pendapat. Misi kemanusiaan perlu ada garis garis panduan yang sepatutnya sekiranya mahu misi ini mencapai matlamatnya. Keselamatan anggota perlu diutamakan sebelum menjamin keselamatan mangsa yang hendak ditolong. Misi kemanusiaan sepatutnya disalurkan setelah keadaan reda serta dapat kelulusan dari misi pengaman yang bertauliah seperti PBB. Bertindak atas tiket hendakna NAMA serta PENGIKTIRAFAN tak perlu sekiranya mengadaikan nyawa anggota sendiri. Lihat saja sejarah Misi Kemanusian di GAZA, jadikan iktibar. crf iskandar alfatihah...mihon kelab 1 malaysia beri bantuan sewajar nya utk isteri dan anak2 arwah...moga roh nya di cucuri rahmat amin Dr Azwan Saya ingin tegaskan disini, usahlah politikkan isu kematian Allahyarham. Sudah tertulis dalam qada' dan qadar beliau akan mati ketika berkhidmat di Somalia. Saya percaya Allah maha adil. Somalia memang negara lanun, dan berdasarkan GPI yg dikeluarkan, mereka di kedudukan negara terakhir, bermakna yg paling tidak selamat. Tpi itu tidak bermakna kita tidak perlu hulurkan bantuan. Walaupun banyak saluran lain, tapi usaha murni pihak tertentu yg sanggup mengambil risiko perlu disanjung, bukan ditohmah. Mentang2lah ini semua ada kaitan dengan parti politik. Mcm isu kematian di perhimpunan Bersih baru-baru ini, dipolitikkan secara berlebihan, walhal penganjur Bersih pun tahu perhimpunan tiada permit dan polis sudah beri amaran. Salah siapa? Tiada siapa boleh beri jawapan tepat. Oleh itu hal-hal kematian usahlah dikaitkan dengan hal politik secara berlebih-lebihan. Al-Fatihah. Puteri Bunian Yie Al-Fatehah .. Semuga roh Allahyarham Noramfaidhul dicucuri rahmat .. dan di kumpulkan bersama roh orang2 yang beramal soleh, Ameen. Salam takziah untuk keluar Allahyarham .. Redhakanlan pemergiaanya .. Azman Kumpulan ini telah pun berlepas pulang dari somalia pada lbh kurang jam 2.25 ptg td waktu malaysia. Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka dan selamat tiba ke tanah air esok. Amin mohd Dahlan bin Salehudin Takziah utk keluarga allahyarham..hanya keluarga yang tahu kesedihan di alami mohd fauzi Utamakan rakyat negara sendiri dahulu...jgn asyik nak dapat nama utk negara lain...dah tahu tempat tu tidak selamat, sibuk sgt nak bantu...AL-FATIHAH Khadijah A Samad TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH RAKAN MEDIA KITA,MOGA RIH DI CUCURI RAHMAT...ARWAH ADALAH TOKOH DLM MEDIA TERKORBAN DLM MISI KEMANUSIAAN YANG MULIA DARI MALAYSIA..AMEN NURUL ASYIQIN BT AB GHANI semua ini ujian dari allah untuk kita.kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa saudara -saudara kita itu hanis ya Allah...kenape pulak komen2 yg mcm ni...mengungkit kebaikan kite, x ikhlas mcm tu... salah ke Malaysia tolong negara yang susah??? saye bangga dengan keberanian wartawan dan sukarelawan kite.. walaupun terkorban tapi arwah terkorban di jalan yang baik.. semoga roh nya dicucuri rahmat... Khalid Johar Sy benar2 tak faham.. niat nak membantu mmg baik.. lihat lah dulu negara sendiri.. Ape MOTIF sebenarnye nk bantu sampai ada nyawa tergadai.. ambil iktibar kes GAZAR YG LALU.. ada banyak cara nak salurkan bantuan. di kala umat Islam menyambut AidilFitri Si penganjur sibuk nk berbakti tak kena tempat.. rasanye dh tahukan risiko tempat2 macam tu.. Tolong jawab wahai Kelab Pemuda 1 Malaysia.. jgn kabur kan pembaca dan rakyat dgn mengatakan si Mati seorang yg berkaliber dn komited dlm kerjaya .. Sy nak tahu adakah jaket kalis peluru di pakai KETIKA KEJADIAN? yg sedeh nya bila di ajukan SOALAN pada SUMBER2 YG BOLEH DI PERCAYAI jawapan nye tak pasti... so??? ape semuanya nih?? Pengajur jgn gadai kan nyawa org lain utk kepentingan atau utk nk dpt kan kredit diri sendiri dan persatuan anda!!!TAK PERLU NAK JADI WIRA..Sy Rakyat Malaysia dan rakan kpd Adik Si Mati nk tahu sgt apa kah jawapan pihak2 yg berWAJIB ni!!! kam mati tu ada dimana2 ... Allah S.W.T dah tentukan kita hanya merancang Allha yang tentukan... takziah wat beliau.... semoga misimembantu negara somalia diteruskan walupun merbahaya.... styleboy alfatihah untuk beliau Mohd inalillah...malang bumi bergolak dan kebuluran bagaimana hendak menyalurkan bantuan?? wan sobri AL-FATIHAH.. semoga arwah dirahmati Allah swt.. salam takziah kpd keluarga arwah.. Syaidatul Al-fatihah buat allahyarham n takziah buat family arwah... Semoga Allah m'cucuri rahmat atas roh beliau... francisbhkgu TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH RAKAN MEDIA KITA,MOGA RIH DI CUCURI RAHMAT...ARWAH ADALAH TOKOH DLM MEDIA TERKORBAN DLM MISI KEMANUSIAAN YANG MULIA DARI MALAYSIA..AMEN khadijah salam takziah kepada keluarga noramfaizul Hidayah Sedih bila baca ada rakyat Malaysia yang dangkal lagi pemikirannya dan yang tiada sifat kemanusiaan. Saya percaya ketika misi ini hendak dijalankan, setiap ahli yang pergi tahu risiko yang mereka ambil. Sudah takdir beliau nyawanya di ambil di sana ketika hendak membantu warga Somalia. Takziah kepada keluarga Allahyarham noor al-fatihah
Yangretibase Hj M Suhaimi, 'mati shahid' hanya bagi mereka yang terkorban dalam misi jihad fisabilillah. shamsuri alfatihah utk arwah.takdir tuhan tiada siapa dapat elak. tabah & sabar buat keluarga nor shafie bin yusop dah tolong tp balasan tembak sampai mati!!x patut... Yangretibase Masih banyak rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan bantuan. Tidak perlu berkorban untuk Somalia, negara lanun itu. Abah.. Malang ada pengganas..di sebalik masalah kebuluran di negara mereka.ini memberi kesan & kesukaran dlm misi bantuan kpd mereka..Takziah pada keluarga Allahyarham & Al-Fatihah. liza abbas alfatihah untk arwah n takziah untk familynye.smoga rohnya dicucuri rahmat liza abbas alfatihah untk arwah n takziah untk familynye.smoga rohnya dicucuri rahmat nasrullah bukan semua mcm tu...tolong2 la..kenapa ungkitnye..kate negara mereka bergolak..memang ade la suatu keadaan yg tidak kita jangkakn berlaku,tidak berlaku pd org lain mungkin berlaku pd kita..ape2 pon ta'ziah diucapkn kepada keluarga allayarham. artoi salam takziah kpd ahli keluarga jurukamera BERNAMA TV. Kpd sukarelawan semua, anda adalah seorang pejuang. bukan semua mcm tu...tolong2 la..kenapa ungkitnye..kate negara mereka bergolak..memang ade la suatu keadaan yg tidak kita jangkakn berlaku,tidak berlaku pd org lain mungkin berlaku pd kita..ape2 pon ta'ziah diucapkn kepada keluarga allayarham. sabri alfatiah buat noramfaizul. amin doktor kan dia ckp tersasar tembakan tu... baca la news tu baik2...apa jenis komen la 'memang patut kebuluran tak patut ditolong'... malcon 1993.. teringat aku kepada mendiang sarjan gani anak binjoi (6RRD)...misi pengaman PBB 1993 pun mati ditembak di somalia...kesian sungguh jurukamera msia ni... zarina AlFatihah...Kpd keluarga Beliau dan juga Bernama... pak ajak tak payah ditolong org macam itu
zulkifli bin ibrahim Alfatihah kpd arwah,selamat berjuang lagi kpd anggota misi, allahhu akbar Tolong Di negara sendiri rakyat 1M'sia sgt perlukan pertolongan ...kenapa lerrr M'sia nak sgt2 tolong negara lannun.... JGII Sham Alfatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para solehin. Bagi keluarga Allahyarham, semoga tabah menghadapi dugaan dan qadar ini. jo Tak patut diberi pertolongan pada negara lanun ...skrg nak salahkan siapa..?????? jiji Sudah tahu negara tu yg paling bahaya sekali di dunia, dah berape ramai rakyat M'sia mati disana...tapi nak pergi jugak...skrg nak salahkan siapa..?????? Wajimin EWbarahim Kalau begini jadinya mungkin kita perlu pertimbangkan semula misi bantuan tersebut sehinggalah keadaan benar-benar selamat biarpun ramai yang mati kebuluran buat seketika.. jamal ceh, nama pun peluru sesat, korang bg comment tak pakai otak ke apa??!!! azhar latif Kasihan Somalia... Peristiwa ini pasti hanya akan menambah derita rakyat Somalia yang telah sedia sengsara... Pengajaran buat kita yang aman sejahtera supaya tidak menjadi manusia bongkak kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menzalimi kita, tetapi kita yang menzalimi diri sendiri dengan perbuatan kita... Takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dirahmati Allah s.w.t... Hj.M.Suhaimi Hj.Ismail Inna lilLahi wa Inna IlaiHi Rajioon,
Nasarudin yusop Arwah adalah sahabat satu kem penerangan..semoga roh ditempatkan bersama org yg beriman... Khairul Nizam yg kebulur org lain.. yg tembak org lain...
SAYA DAN KELUARGA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PEMBUNUHAN WARTAWAN KITA DI SOMALIA. JUSTERU ITU KAMI MEMOHON KERAJAAN MEMBERI BANTUAN SEWAJARNYA TERHADAP KELUARGA ALLAHYARHAM. ALFATIHAH asyraf ya Allah... kita mahu melakukan kebaikan di negara orang tetapi mendapat bencana.. semoga roh arwah diberkati, Amin... Joriah Johan Alfatihah untuk yg terkorban. InsyaAllah rohnya akan ditmpatkan dgn para syuhadah kerana keikhlasan berkorban utk membantu org lain yg sgt2 memerlukan bantuan.Ajal dan maut akan tiba di mana2.Hanya perlu lebih berhati2.Semoga sukarelawan idak patah semangat dgn kejadian itu.Kami doakan semuanya akan selamat mdsabri kalau tempat yg bergolak yg boleh mengancam nyawa seboleh bolehnya tak payah pergi dgn sendiri .. pergi dgn PBB untuk keselamatan yg terjamin . AL FATIHAH Nazipah Binti Adanan semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi dugaan dan tempatkannya dalam golongan orang yang beriman.Al fatihah. Dang Anom Al-Fatihah...takziah kepada keluarga mangsa.
Samsudin Oli Mohd Alfatihah kepada keluarga dan warga Bernama.
abg memang patut kebuluran. tak patut ditolong Aman kita nak bantu mereka pun kene tembak.. alahai manusia. |
Posted: 02 Sep 2011 06:25 PM PDT (HTTPS) - FULLY SECURE. ARE YOU SURE?! Lessons :
Target :
Generalized :
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |