{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Wujud dewan tadbir Islam

Posted: 27 Sep 2011 03:39 PM PDT

MukaDepan

Antara 20 resolusi Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR: Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia yang berakhir semalam bersetuju supaya Majlis Agama Islam negeri dirangka sebagai satu Dewan Pentadbiran Islam di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan Raja-Raja Melayu yang bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan Islam.

Ini bagi membolehkan majlis berkenaan berperanan sebagai jambatan penghubung antara umat Islam dengan Raja, kerajaan pemerintah dan dengan bukan Islam.

Kongres yang julung kali diadakan bagi membincangkan pelbagai isu mengenai Islam di negara ini juga menggesa kerajaan menyemak dan memperhalusi semula dasar negara dan pelaksanaannya supaya tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan wasiat Raja-Raja. Ia antara 20 resolusi dalam kongres dua hari yang dihadiri lebih 1,300 perwakilan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan Islam itu.

Resolusi meliputi pelbagai isu dibentangkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Othman Mustapha dan akan dimajukan untuk diperkenan Majlis Raja-Raja.

Kongres juga mendesak sistem yang seragam diwujudkan dalam pengurusan majlis agama Islam dan jabatan agama Islam di negeri yang ketua agamanya ialah Yang di-Pertuan Agong, memastikan mahkamah syariah dinaikkan taraf setanding mahkamah sivil, memartabat dan memperkasa sistem perundangan Islam, mendesak penubuhan Suruhanjaya Kedaulatan Agama Negara serta menyegerakan penubuhan
Institut Strategik Islam Malaysia.
Bagi menjayakan cadangan dan gagasan resolusi berkenaan, kongres bersetuju mengadakan sesi bengkel bagi memperhalusi tindakan susulan.

Sementara itu, dalam bidang ekonomi, kongres meluluskan resolusi penubuhan Institusi Waqaf Korporat pada peringkat negeri dan pusat, majlis agama Islam negeri menerokai kaedah dan pendekatan yang dapat memperkukuhkan kedudukan kewangan secara lestari serta menjadi pemegang amanah kepada institusi pendidikan, tabung kewangan dan hartanah yang strategik untuk umat Islam.

Turut dipersetujui adalah menerokai usaha membangunkan modal insan dan modal sosial di kalangan ummah serta mengenal pasti, memantau, membantu dan memperlengkap usaha negara untuk membangunkan taraf sosial, pendidikan dan sosioekonomi ummah.

Resolusi lain adalah:


  • Majlis agama Islam negeri melantik keanggotaan yang lebih representatif di kalangan pakar dan tenaga profesional
  • Mengemas kini enakmen/akta majlis agama Islam supaya ada bidang kuasa yang membolehkan majlis agama Islam negeri berfungsi lebih berkesan, memiliki autonomi dan akauntabaliti kepada Allah dan Raja-Raja Melayu
  • Pastikan Majlis Agama Islam negeri bebas pengaruh, campur tangan dan pembabitan politik.
  • Memperkukuh struktur pentadbiran majlis agama Islam negeri secara kolektif bagi melaksanakan transformasi pengurusan Islam yang profesional.
  • Menegaskan penubuhan Jabatan Agama Islam negeri adalah untuk melaksana dasar dan perkara yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam negeri.
  • Memaksimumkan kegunaan infrastruktur agama Islam sedia ada seperti masjid dan surau.
  • Memperkasa peranan Lembaga Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) sebagai lembaga atau yayasan.
  • Majlis agama Islam negeri perlu menubuhkan sekolah bermula peringkat rendah.
  • Mempertimbangkan cadangan penubuhan Yayasan Kebajikan Keluarga Islam dan Pusat Perundingan Keluarga.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Hj shari

Resolusi memberansangkan dan berusahalah untuk merealisasikan serta pengukuhan umat.


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat