{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


Maut tertimbus dalam kolam emas

Posted: 21 Sep 2011 05:59 PM PDT

MukaDepan

ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat pendulang emas yang tertimbus di ladang milik Pertubuhan Anak Yatim Mersing, malam tadi.

ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat pendulang emas yang tertimbus di ladang milik Pertubuhan Anak Yatim Mersing, malam tadi.

MERSING: Laungan 'Allahu Akbar' di bawah timbusan tanah membawa kepada penemuan mayat seorang pemuda yang mati tertimbus ketika mendulang emas untuk menambah pendapatan sebagai persediaan meraikan kelahiran anak kedua tiga bulan lagi, dalam kejadian di sebuah ladang sawit di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian di ladang Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM), dekat Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing itu, Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, dari Kampung Hubung, terbunuh apabila bahagian dasar lubang lebih lima meter dalam yang dimasuki runtuh.

Sebelum kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, Afandi memberitahu bapa mentuanya, Mohd Khamsani Kassim, 43, dia keluar rumah untuk membeli barangan keperluan harian. Bagaimanapun, kegagalannya pulang ke rumah sehingga jam 9 malam menyebabkan Mohd Khamsani Kassim, 43, dia keluar rumah untuk membeli barang keperluan harian.

Bagaimanapun, kegagalannya pulang ke rumah sehingga jam 9 malam menyebabkan Mohd Khamsani bersama seorang ipar mangsa, keluar mencarinya di sekitar kampung serta kawasan ladang berkenaan.

"Hati saya berat menelah Afandi pergi mendulang kerana sebelum ini dia pernah ke situ, walaupun saya melarangnya melakukan kerja bahaya itu. Sebaik tiba, saya terlihat motosikalnya, beg serta peralatan mendulang berhampiran lubang yang digali. Ketika itu, di bawah timbusan tanah, saya terdengar laungan 'Allahu Akbar' sebelum dengusan nafasnya berakhir.

"Apabila meninjau lubang yang membentuk terowong itu, saya yakin dia tertimbus dan berusaha menggali, namun tidak terdaya. Kami kemudian mengambil keputusan menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan," katanya.
Beliau berkata, ladang itu menjadi tumpuan pendulang emas, termasuk menantunya yang menjalankan kerja itu secara sambilan kerana percaya tanah di situ mengandungi emas.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Harun, berkata beliau bersama 13 anggota dari Mersing dan Endau bergegas ke lokasi.

"Kami sukar mengesan mangsa yang terperangkap jauh dalam tanah. Sebuah jengkaut terpaksa dibawa masuk untuk menggali kawasan itu bagi mengeluarkan mayat yang tertimbus. Operasi bermula jam 12 tengah malam yang turut dibantu orang awam akhirnya berjaya mengeluarkan mayat pada jam 2.40 pagi," katanya.

Ibu mentua mangsa, Ayati Othman, 43, menyifatkan kejadian itu amat menyedihkan ketika isterinya, Nurul Saufeqah, 20, sarat mengandung enam bulan, selepas memperoleh anak sulung, Mohd Adam Haikal, yang kini berusia 18 bulan.

"Dia tinggal bersama kami sejak mendirikan rumah tangga. Afandi sering bercerita mengenai hajatnya mendulang emas kerana ada rakan memberitahunya mereka boleh dapat hasil lumayan. Suami saya sering menasihatkan dia tidak meneruskan usaha itu, namun selepas mendulang buat pertama kali sebelum ini, dia seolah-olah seronok, walaupun risikonya tinggi," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semaloi, petang semalam selepas dibedah siasat di Hospital Mersing.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

PHD

Takziah..Masalah ekonomi sgt mmg mencengkam semua orang

NOORADZIAH NOOR

al Fatihah...salam takziah kpd isteri & keluarga....

azmin adnan

sy turut simpati dengan apa yg terjadi....takziah kepada kluarga mangsa...

solihah md radzi

takziah buat keluarga mangsa..al fatihah

scha myra

takziah pd keluarga mangsa

ayie

Takziah ke atas keluarga mangsa...semoga menerima takdir Ilahi dengan hati yg redha...Al-Fatihah...

Naim Abdullah

Alfatihah...itulah pengorbanan saorang ayah terhadap keluarga tercinta, kepada waris keluarga terimalah ketentuan allah dan redza drngan apa yn terjadi

Nur Aqilah Ameran

menyayat hati...semoga isteri nya tabah menghadapi ujian ini..al-fatihah..

kawan_husam

Haram YB2 PAS kaya raya sudi membantu demi Islam

madai

Bersabar dan banyak mengingati tuhan kepada keluarga allahyarham,semoga roh allahyarham di cucuri rahmat. amin

a.Raeff

alfatihah... smoga Allah melindungi arwah. pada sanak saudara arwah, banyak2kan sabar..

NORHASANAH BINTI ALI AMAT

jgnla tlalu mgejar kmewahan skiranya benda itu mmudaratkn diri sndiri...malang tidak b'bau takziah bt kluarga arwah.al-fatiha

cgualiaty

Takziah dari kami semua... untuk keluarga mangsa...

mariati

ALFATIHAH...SEMOGA ROHNYA D TEMPATKN DTEMPAT2 ORG YG BERIMAN,AMINN....

SEMAMBU KUNING

alfatihah...mudah mudahan kehilangan allahyarham dapat diterima waris dengan sabar dan redha..

Jasmi Wahab

alfatihah...kepada waris keluarga

siti rohaya

alfatihah...sy mngucapkn takziah kpd kluarga mangsa..bykkan bersabar..allah lbh mngetahui ats sesuatu pkr yg tlh berlaku..mungkin ada hikmah dsebalik kjadian yg menimpa, yg tdk kita ketahui..

saya sika diamond

takziah pada keluarga mangsa....alfatihah

Kaseh Iznan

takziah.. alfatihah. buat keluarga arwah moga tabah menghadapi dugaan ini. pengajaran dr insiden ini.. fikirkan yang tersayang seblm m'buat apa2 tindakan..

Mohd Hariz

Itulah pengorbanan suami....tak mengira penat & bahaya, asalkan keperluan anak & isteri ada. al-fatihah.

Dee

Berderau roma terbaca 'laungan allhu akbar' insyalh jasadnya di sisi ilahi.

Ana Yana

al-fatihah....buat keluarga arwah banyakkan bersabar dan redha dengan semuanya...semoga roh beliau d tempatkan d kalangan orang2 yg beriman.

erna abdul wahab

al-fatihah..semoga roh beliau ditempatkan bersama2 dengan org2 yg beriman,.amiin..

sitirogayah

alfatihah..sabar

hassim

pengorban serang ayah , insyallah syahid akan dia jika usahanya kerana Allah

Muhammad Zhofran

Apa yang ditinggalkan untuk anak dan isteri???

yasri mts

hati2 lah sewaktu melakukan kerja2 beresiko tinggi dan senang tiasa berkawakal kpd allah, kerana segala2 nya dadlah ketentuan ilahi.

pattzi

innalillah..ajal dah sampai..takziah kpd keluarge arwah..moge tabah menerime dugaan yg d hadapi sekarang..

nor azlan ampang

Takziah kpd kluarga mngsa...al-fatiah...moga2 Allah curahi rahmat keats rohnya...aminnn..

akhie

Qullu nafsinzaikatul maut"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" takziah pada keluarga mangsa,namun dari apa yang di ceritakan di atas,sesungguhnya arwah tidak mati sia2 saama ada di sisi keluarga atau pun di sisi Allah...insya allah dia menanti istri dan anak2nya di syurga.. jasadnyayng tertimbus itu akan menjadi bukti dan laungan ALLAU AKBAR...!!!! yang sempat di lafazkannya itu adalah dalil yang sukup kukuh tentan ketulusan dan keto'atan seoran suamai dan hamba pada allah Robbul alamin.... Al-fatihah..

keyroul

salam takziah kpda isteri dan kluarga yaa atas kemalangan ini.. al-fatihah..


Eksklusif: 'Mama' rekrut keldai dadah

Posted: 21 Sep 2011 05:44 PM PDT

Walton

Sebenarnya mereka sendiri yg sudi menjadi keldai dadah....lepas kena tangkap baru kata mereka tak bersalah dan tertipu....sedangkan sebelum ke luar negara pasti kita tahu apa barang yang hendak di bawa..biasalah manusia ni,kerana duit sanggup buat apa saja.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat