Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 02 Oct 2012 12:10 PM PDT PETALING JAYA: Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin. Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa. Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03 |
Posted: 02 Oct 2012 12:09 PM PDT KUALA LUMPUR: Tetak, rampas dan lari. Itu taktik sekumpulan enam peragut bermotosikal bersenjatakan parang dan kayu ketika menyamun seorang wanita di depan rumahnya di satu kawasan perumahan di Jalan Ipoh, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Wong Rui Kee, 23, patah tangan kanan dan retak beberapa jari akibat ditetak seorang daripada suspek, selain kerugian kira-kira RM1,000 selepas beg tangannya yang mengandungi wang tunai serta telefon bimbit dilarikan. Wong berkata, ketika kejadian dia membuka pintu kereta di hadapan rumahnya kerana mahu pergi kerja. "Tiba-tiba muncul enam lelaki menaiki tiga motosikal dan seorang daripada mereka terus menetak saya dengan parang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |