Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Lima sekeluarga maut dirempuh lori tangki Posted: 01 Dec 2012 12:54 AM PST MERSING: Empat terkorban di tempat kejadian manakala seorang lagi maut di Hospital Mersing di sini, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki enam sekeluarga itu bertembung sebuah lori tangki minyak di Kilometer 13 Jalan Endau – Mersing, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, kereta dinaiki enam sekeluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Jengka, Pahang, untuk menghantar seorang ahli keluarga yang mendaftar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka.
Empat yang maut di lokasi ialah Abdullah M Yousuf, 43, isterinya; Samsiah Maidin, 37; anak keduanya, Maisarah, 4 dan kakak ipar Abdullah, Noraini, 41. Manakala anak sulung mereka, Muhammad Aiman Syakirin, 8, maut ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Mersing.
"Sebaik tiba di lokasi iaitu kawasan berbukit, kenderaan arwah Abdullah yang menuruni bukit dipercayai hilang kawalan menyebabkan MPV dipandunya berpusing dan melintang di laluan bertentangan. "Secara kebetulan, sebuah lori tangki minyak sawit tiba di lokasi dan pemandunya gagal mengelak lalu merempuh MPV berkenaan. "Akibat rempuhan kuat itu, semua mangsa cedera parah di kepala dan tersepit di dalam MPV itu menyebabkan kami terpaksa mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat Mersing bagi mengeluarkan mangsa," katanya. Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan semua mangsa dan empat daripadanya sudah meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan. Muhammad Aiman, katanya, yang turut cedera parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia selepas sejak mendapatkan rawatan di hospital itu. Katanya, lokasi itu antara kawasan maut kerana sering membabitkan kemalangan maut dan orang ramai diminta mematuhi papan amaran di sekitar jalan raya. "Semua jenazah dihantar ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 41 (1) AKta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan maut. "Kami sudah mengambil keterangan pemandu lori dan menasihatkan semua pengguna mematuhi peraturan jalan raya dan berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat Mersing ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan beberapa minit selepas kejadian dan dua jentera membabitkan 15 anggota dari balai Endau dan Mersing dikejarkan ke lokasi.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01 |
Posted: 30 Nov 2012 02:06 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang usahawan wanita kerugian lebih RM5 juta manakala empayar perniagaan miliknya turut merudum selepas termakan tipu daya seorang kasanova Internet dengan menyerahkan enam gambar bogelnya kepada lelaki dipercayai warga Afrika itu sebelum dia diugut dan dipaksa menyerahkan wang berulang kali sehingga bankrap. Keterlanjuran ibu tunggal yang berusia 40-an itu menyebabkan dia diperas ugut lelaki terbabit yang mahu mengedarkan gambar berkenaan di Internet jika dia enggan menyerahkan wang setiap kali diminta. Akibatnya, semua wang dan harta mangsa dikikis dan ibu kepada seorang anak remaja itu kini terpaksa pulang ke kampung dan melakukan kerja di kebun untuk menyara hidupnya. Lebih menyedihkan, mangsa rugi besar dan seluruh hidupnya terjejas selepas dua bulan berkenalan dengan suspek melalui Internet, tanpa sekali pun bersua muka.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |