{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


Siti Nurhaliza, Amy Search turut jayakan Konsert Destini

Posted: 23 Nov 2013 02:44 PM PST

Shah Alam: Pembabitan deretan penyanyi terkemuka termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search dalam Konsert Destini pada 20 dan 21 Disember depan, dijangka mampu mengisi sasaran dana RM2 juta Yayasan Tabung Destini Anak Bangsa (YDAB).

Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, berkata konsert julung kali diadakan itu bertujuan mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa.

Guna dana bantu pelajar cemerlang

"Kita berharap dapat menggunakan dana terbabit bagi membiayai tabung derma siswa membantu pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar, pelajar luar bandar serta anak Orang Asli.

"Ini adalah konsert pertama dianjurkan dalam memastikan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dapat berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata, selain Siti Nurhaliza dan Amy Search, beberapa nama besar lain bakal memeriahkan acara seperti Datuk Rossa, Pasha Ungu, Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz dan Dayang Nur Faizah.
Orang ramai, agensi atau syarikat korporat yang berminat menyertai konsert ini boleh menghubungi Unit Pemasaran Konsert Destini di talian 03-79622186 atau 019-6704734.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat