{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: MukaDepan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: MukaDepan


RM900 gaji minimum

Posted: 15 Dec 2011 10:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya menetapkan RM900 sebagai gaji minimum nasional dengan pengecualian bagi sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zaim

Gaji min rm 900 bagi pembantu rumah agak tinggi, kalau kita pergi dan tanyakan mereka ini di indon sana mereka sangup kerja dan tak meminta soal gaji sebab mereka susah dan amat perlu kerja, org macam ni lah sepatutnya kita ambik kerja, bukan yg banyak demand...gaji sepatutnya adalah hak mereka yg nak bekerja tu, tawar menawar adalah satu amalan sihat bagi org nak kerja tu..

mentoz

rasanya kakitangan awam tidak perlulah melatah kalau gaji minimum RM900 sebab anda semua masih ada tambahan elaun sampingan berbanding kakitangan swasta yang sekadar bergantung kepada gaji pokok semata. anda juga ada CUEPACS yang tak habis2 memperjuangkan dan membuat bermacam tuntutan kepada kerajaan berbanding kakitangan swatsa yang tiada pihak yang lantang bersuara seperti CUEPACS. jika dilihat kepada belanjawan 2012 baru2 ini, kelebihan lebih banyak diberi kepada kakitangan kerajaan berbanding swasta. diharapkan semua bersyukur. jika kita mahu lebih, sepatutnya kita perlu berusaha lebih lagi. sekadar pandangan.

quratul

walaupown gaji dinaikkan dgn mendadak sekalipown kalau harga barang pown sme2 naik...xde gunenyer gak naik kan...same je...kos sara hidup tinggi...xkire la penjawat awam @ swasta....

Din Beramboi

RM900 klu duk KG ok la..klu duk bandar, mmg tempah maut..jadi kuli batak jer la. rumah jer dah RM500 (pangsapuri murah), byr insuran kereta lg, pampers n susu anak lg..brg dapur lg..waaaarrgghhh tension2..

insanprihatin

x perlulah guna pekerja asing lg.bnyk org tempatan xde kerja.bg peluang lbih pd org kita kan lebih baik dan terjamin kehidupan n keselamatan negara kita ini.

hairi

Saya berpendapat elaun rumah dan cola perlu di naikkan kerana harga barang dan rumah sewa di tanjung malim dan slim river mencecah RM550 sebulan. harga ikan melambung naik di kawasan kampung. harap kerajaan pertimbangkan nasib kami kakitangan kerajaan kumpulan sokongan.

man karton

saya dapati ramai kakitangan awam tidak bersyukur dengan apa yang mereka dapat,rmai kakitangan awam terutama melibatkan pihak berkuasa tempatan tidak membuat kerja..kat tempat saya ni pun ramai duduk minum bincang nak kaya...

j0e

Persoalan nya boleh ka dipaksa.....kerja ngan gomen gak best , bersyukur lah wahai orang gomen

wangbubui

sekarang ini gaji 900 bagi kakitangan awam amat tidak praktikal disebabkan dengan kadar sara hidup yang tinggi.. elaun perumahan cuma rm 180 tetapi sewa rumah paling murah rm 500-700 sebulan... nak tinggal kawasan berhampiran dengan pejabat lagi,,....

ferra

kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan......banyak lagi pekerja disektor swasta yg masih lagi tidak terbela.....contoh pekerja pemandu lori kontena yang gaji asasnya purata rm450.00 sebulan....

azzar

rm900 kat kg pun x cukup...kalau kat kl mcm ne

rakyat malaysia

gaji minima hnya utk rakyat bkn warga asing...klu x makin ramai la kemasukan rakyat asing ke malaysia..tolong hadkan gaji gaji pekerja asing....

Che Ilias b. Che Mat

Baguslah kalau boleh bagi RM900.Tapi jgnlah barang2 pulak naik harga (peniaga yang perlu ambil perihatin) jgn ambil kesempatan. Bersabit gaji pembantu rumah x bolihlah sampai RM900, mati majikan

Alam Maya

Cepat-cepatlah laksanakan ..kesian ramai lagi pekerja swasta di Johor ni bergaji kecil serendah RM450.00. seperti gaji juruwang Metro Parking.. perihatinlah dan ambil tindakkan kepada syarikat yg menganiaya pekerja dan rakyat Malaysia.. asik fikirkan gaji pembantu rumah Indonesia saja..

Effa A.

Ya..kakitangan awam dan pekerja swasta sama taraf juga sama-sama bekerja 8jam sehari.. (-:

Leen

x yah la swasta pun RM900 kan.. coz kerajaan cm ner pun tetap ader allowance... tapi swasta kebykn mati dekat basic jer.. so still unfair lah..

jee

kan katanya nasional tu.....termasuk swasta la....

awang abdul rahman

rakyat malaysia ambil peluang pekerjaan ini ok .....

Adnan Idris

Mengapa kita sibuk membincangkan soal gaji pembantu rumah (hanya libat warga asing) sedangkan pekerja keselamatan kita warga negara masih kerja 12 jam tetapi gaji sekitar RM600 saja

stone cold

nak mati ker gaji rm 900, rm9000 pun blum tentu cukup skung ni

salampb

entahla...untuk sape gaji minima tu ramai yang tak paham...kerajaan tak sebut dengan jelas. Dan ramai yang tak paham dan tak tahu kenapa ia menjadi masalah besar untuk melaksanakannya. Ramai tak paham...Buat la kajian yang realistik dengan melihat terus kepada kos sara hidup semasa. Kalau masih lagi ada gaji di bawah rm1000.00,...tiada pembelaanla namanya tu....

Othman bin Abdullah

tak payahlah cakap hal gaji lagi. Keadaan gaji sekarang pun ramai pendatang asing datang dan rakyat malaysia x tadak yang kebulur

rachel pailon

tapi hanya penjawat awam saja ke?swasta?

Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat