Berita Harian: MukaDepan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 22 Dec 2011 02:33 PM PST MukaDepan Polis tahan ahli perniagaan cuba sogok pegawai Bukit Aman kendali kesPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas diketuai Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali, bagi memberi tumpuan khusus dalam siasatan keseluruhan kes berkaitan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). SPRM dalam satu kenyataan semalam, berkata pengumpulan bukti dan keterangan dimulakan sejak isu terbabit dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010 Oktober lalu. Suruhanjaya itu turut mengesahkan sudah menerima aduan terbaru berhubung kes berkenaan dan sebahagian besar daripada isu yang dibangkitkan dalam aduan terbabit sudah diambil tindakan sewajarnya."Pihak kami memandang serius semua aduan rasuah yang dibuat dan mengambil tindakan tegas tanpa rasa takut atau memihak kepada sesiapa. "Semua pihak diminta memberi kerjasama sepenuhnya dan tidak mempolitikkan isu itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang boleh menjejaskan tindakan SPRM," katanya. SPRM juga menegaskan pihaknya tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan selaras peruntukan mengikut Seksyen 29 (4) Akta SPRM 2009. Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu terus mencetuskan kontroversi terutama yang dibangkitkan pembangkang. Sementara itu, di KUALA LUMPUR, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari mulai semalam selepas didapati cuba menyogok empat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, yang menjalankan siasatan berkaitan kes NFC dan kes penipuan lain. Suspek berusia 45 tahun itu dilaporkan melakukan kesalahan berkenaan kelmarin di Ibu Pejabat JSJK di Bukit Perdana di sini, ketika diminta memberikan keterangan berhubung siasatan yang dijalankan termasuk kes penipuan terbaru yang dilaporkan di Cheras, tiga minggu lalu. Lelaki yang menjalankan perniagaan agensi pekerja asing dan mempunyai syarikat pengangkutan itu turut disiasat atas kesalahan melakukan penipuan di Bercham, Ipoh dan dikehendaki oleh JSJK Perak bagi membantu siasatan. Pengarah JSJK Datuk Syed Ismail Syed Azizan pada sidang medianya petang semalam berkata, suspek berkenaan sudah diserahkan kepada pegawai penyiasat SPRM untuk siasatan lanjut. "Saya tidak boleh komen banyak berhubung kes ini, bagaimanapun apa yang dapat saya nyatakan pihak kami sudah memanggil 27 individu termasuk suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil berhubung siasatan kes NFC dan akan memanggil beberapa lagi saksi lain, namun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kes berkenaan," katanya. Sehingga kini, JSJK sudah merakam percakapan beberapa pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta individu yang terbabit dalam memberikan perkhidmatan kepada NFC. "Kami terpaksa mengambil masa agak lama menyiasat kes NFC berikutan dokumen dan maklumat yang terlalu banyak untuk dilihat dan dikaji dan sehingga kini siasatan lanjut masih dijalankan beberapa pegawai yang kita tugaskan khusus menyiasat kes itu," katanya. Syed Ismail juga berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas melakukan penipuan dan Seksyen 409 atas kesalahan melakukan pecah amanah selain disiasat oleh SPRM berhubung cubaan memberi sogokan. Terdahulu suspek yang ditahan kelmarin, dilihat tiba di Lokap Tahanan Polis Kuala Lumpur Bukit Jalil, kira-kira jam 11 pagi semalam bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung siasatan yang dijalankan ke atasnya. Suspek dilihat keluar dari lokap kira-kira sejam setengah kemudian dan terus dibawa kembali ke Bukit Perdana selepas Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman memberikan kebenaran reman selama dua hari. Mustafar yang dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang didakwa cuba merasuah pegawai JSJK. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenkamal semoga cerita-cerita seperti ini menjadi iktibar kepada kita. takutlah kepada bala ALLAH SWT. jamal bertindak dengan penuh keadilan..semuanya demi agama,bangsa dan tanah air..yang bersalah harus dipenjara sebagai pengajaran gar ianya tidak berulang. Yangretibase Siasatlah setelus-telus dan seadil-adilnya kerana Allah semata-mata. Jalankanlah tugas yang diberikan yang diamanahkan sebaiknya, kerana ia akan ditanya DISANA...... abd.sani b lahadi syabas! SPRM kerana membuat siasatan. mereka ini adalah manusia yang tidak bermoral, jual beli lembu pun nak pakai rasuah. azmel semoga yang bersalah akan didakwa supaya dapat meyakinkan rakyat kepada kerajaan. sekiranya golongan seperti ini masih dipertahankan, mereka akan menjadi punca kepada kejatuhan sesebuah kerajaan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |